Isnin, 9 Jun 2014

HOT!! Apahal #PPIM Ugut Blogger @YuseriYusoff Ni?? #CadburyHalal

Nama Islam dijual lagi??

Mc ada baca dalam blog Sangkakala. tapi Mc agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh PPIM dalam menangani tuduhan yang dilemparkan oleh seorang penggiat media sosial yang juga merupakan seorang blogger Yuseri Yusoff tentang satu permintaan yang dikemukakan oleh PPIM terhadap syarikat Cadbury untuk membaik pulih nama syarikat tersebut yang dikaitkan dengan porcine babi dalam coklat keluaran mereka.

Tindakan seolah olah mengugut blogger tersebut dilihat amat tidak bermoral dan PPIM kini Mc sendiri lihat seperti sebuah persatuan kongsi gelap yang akan melakukan ugutan sekiranya mereka merasa tergugat.



Dengan mengatakan "KAMU BERMAIN DENGAN API" Mc melihat seolah olah persatuan ini dinaungi atau dimiliki oleh mereka yang akan menyerang siapa sahaja jika mereka terusik atau tercabar.

Bukan susah sangat nak jawab soalan dari Yuseri Yusoff tu, beliau meminta agar pemimpin PPIM melakukan sumpah mubahalah sekiranya mereka tidak meminta apa apa dari syarikat Cadbury dan ini sebenarnya bagi membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Tapi bila ugutan seperti ini dilakukan oleh PPIM, Mc sendiri pun dah mula rasa tercabar seolah olah PPIM terlalu hebat dan jika PPIM mahu, Mc dan sahabat TMK sendiri pun boleh mengisytiharkan perang terhadap mereka melalui media cyber.

Sudah la mereka banyak berdolak dalih, malah persatuan tersebut tidak berani mennafikan bahawa mereka ada atau tidak mengemukakan tuntutan terhadap Cadbury dan mengambil pendekatan kerana saham Cadbury turut dimiliki oleh Bousted Holding dan Felda Holding berhad kerana kedua dua syarikat ini adalah milik bumiputera.

Jadi di sini Mc dan sahabat TMK pula memberikan pilihan sama ada mereka (PPIM) mahu meneruskan peperangan atau mengambil tindakan lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dengan ini Mc dan TMK menyokong blogger Yuseri Yusoff dan Sangkakala, malah kami bersedia untuk berperang bagi mempertahankan kebenaran.

Kalau tak salah buat apa nak takut kan??

PPIM sila jawab soalan kami tu.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum..saudara seIslam.Bersabarlah..Kita katakan kita risau Melayu berpecah..tapi nampak kita tak sedar segala tindakan kita juga menjuruskan begitu..jangan berperangsangka ..jadilah pendamai sesama islam.sebarkan salam..ikatkan silaturahim sesama kita...itulah kemahuan junjungan besar Baginda Muhammad S.A.W. Umat Islam Bersaudara.

Tanpa Nama berkata...

Tapi sekarang ni ramai yg lebih pentingkan
persaudaraan sesama kafir..

Tanpa Nama berkata...

Memang sekarang persoalan agama kerap di ketepikan, sesama Islam bercanggah, yang hairannya dengan kafir boleh bertolak-ansur dan sanggup jadi barua mereka.........

Tanpa Nama berkata...

BODOH TMK dgn PPIM sama2 Islam bergaduh. Cadbury punya hal. Mcm ni ka nk takluk Palestine dr Yahudi?
Macam ni ka nk lawan Cinabeng dlm politik..

TMK pun BODOH. PPIM pun BODOH!
blogger UMNO ni kdg2 mcm gangster juga. sama ja!

McTheory berkata...

Huhuhu.. TMK pulak kena bodoh.. kami pertahankan hak kebenaran. Faham betui2 pasaipa kami buat mcm tu. Kami mencegah mungkar yg dibuat oleh mana2 pegawai PPIM (jika ada) .. kalau tak buat.. hadap la dgn berani..