Khamis, 19 Jun 2014

HOT!! Permata Untuk Bantu Rakyat, Bukan Untuk Popular Diri! @NajibRazak


Tak guna kalau kita bertudung tapi dalaman penuh dengan sifat dengki dan iris-hati. Itulah yang sering terjadi pada ahli parlimen Pas. Seringkali berfikir yang bukan-bukan terhadap program yang kerajaan jayakan.

Contoh macam ahli parlimen Rantau Panjang ni, dulunya Ketua Muslimah Pas, sekarang Mc tak pasti adakah masih ketua. Jika masih ketua, patutlah anak bawahannya berperangai teruk, sebab ketua pun buruk benar perangainya!

Cuba tengok video dibawah,




Apakah selama ini program Permata tidak membantu rakyat Malaysia? Atau Pas yang buta?




Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan “berniat jahat” oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,” kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

“Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.
“Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

“Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara,” kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

McTheory:
Puak ni memang.. buta perut, buta hati..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita semua tahu program PERMATA ini hanya untuk menaikkan nama Rosmah.Tak perlu bagi bermacam-macam alasan.

Tanpa Nama berkata...

Salah sorang buta perut dan buta hati

Tanpa Nama berkata...

sesuatu yang baru. Yang sedia ada diperkasakan yng baru diterokai. Dulu2 semasa sebelum pembinaan jambatan pulau pinang, banyak suara dari pihak belah sana yang mengecam, mengatakan upgrade. feri, pembinaan pembaziran.kalau ikutkan pembangkang, sampai lani takde jambatan kot.

Tanpa Nama berkata...

Perabih duit rakyat. Patut bagi duit lebih kat jabatan pendidikan je urus pendidikan anak.

peruntukan kat jabatan pendidikan pun dah kurang samapi "claim" guru2 pun berkira. PIBG disuruh plak cari duit sendiri banyak2 BANTU SEKOLAH. Mangkaq betul punya sistem.

Program permata bukan cover ramai budak. Terpilih ja. Bawak pi sana sini sedangkan ramai2 lagi yg lain melopong.

Rasanya negaralah yg satu2nya skop kerja bini pee em menjadi penaung pendidikan negara.

Kalau dah buat kerja yg bukan kerja sendiri tu samalah MACAM NAK POPULAR.

Harap nanti anak2 permata tu nantilah yang sedar dan MUSNAHKAN BALIK BEE END TU. Macam cerita Nabi Musa.