Selasa, 24 Jun 2014

INFO! Kementerian Sasarkan RM20 juta Jualan Untuk #MAHA2014 @IsmailSabri60 #DSIS


Nampaknya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani benar-benar serius untuk mengembangkan lagi sektor pertanian keperingkat yang lebih tinggi.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 yang akan diadakan November ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta dan lima juta pengunjung, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pameran dwitahunan yang berlangsung selama 11 hari bermula 20 Nov di Serdang, Selangor itu juga memberikan peluang kepada usahawan pertanian dan industri asas tani di negara ini menjual produk mereka dalam pasaran yang lebih luas. "MAHA 2012 jualan kita capai RM10 juta dengan pengunjung 3.3 juta, jadi bila tahun ini sasaran kita letak lebih besar.

"Selain itu kita juga mengaturkan padanan perniagaan buat usahawan pertanian dan industri asas tani bukan sahaja dengan peniaga dalam negara malah dari luar negara," katanya di sini hari Sabtu. Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pertanian dan Keusahawanan Sempena Road To Maha, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Serta Minggu PKS Peringkat Negeri Melaka 2014 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.


Ismail Sabri berkata kementerianya juga kini sedang giat membantu usahawan pertanian dan industri asas tani memasarkan produk mereka ke luar negara yang mana inisiatif terbaharu ialah Agrobazar di Singapura yang dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

Selain itu katanya pada September ini kementerian itu akan mula membawa masuk produk halal dihasilkan usahawan negara ini ke bandar Xi'an di China dan sebuah pasaraya besar di bandar itu telah bersetuju untuk memasarkan 1,000 jenis produk usahawan Malaysia di sana.

"Kita harap dapat memasarkan sebanyak 3,000 produk di wilayah sekitar bandar itu nanti dan Oktober nanti kita juga akan membawa masuk produk usahawan kita ini ke Dubai dan Jepun," katanya.

Selalu kita import sayur pada Indonesia, kemungkinan besar, selepas ni, mereka pun akan ambil pada kita, kalau kena pada gayanya.

Tiada ulasan: