Sabtu, 14 Jun 2014

INFO!! Polis Kedah Lancar Ops Cantas Secara Besar-Besaran!! #HanyaDiKedah


Polis Kontinjen Kedah akan melancarkan Ops Cantas Bersepadu selama seminggu, mulai Jumaat ini hingga Khamis depan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, operasi itu bagi memperkasa Ops Cantas sedia ada, sebagai usaha membanteras kegiatan dan menurunkan kadar jenayah di Negeri Jelapang Padi itu.

“Kita akan aturkan pelbagai strategi bagi membanteras kegiatan jenayah. Kita meletakkan operasi ini mengikut zon bagi memudahkan ia berjalan dengan baik dan berjaya,” katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat ASP kepada 32 Inspektor, di Ibu Pejabat Polis Daerah, pada Khamis.

Sehubungan itu, sasaran pengurangan kadar jenayah akan dibincang dengan kontinjen Perak dan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Jelasnya, operasi itu tidak hanya dilaksanakan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah, sebaliknya ia turut membabitkan pelbagai jabatan lain.

Tiada ulasan: