Jumaat, 18 Julai 2014

HOT!! Ketua Pemberontak Ukraine Temui Kotak Hitam Pesawat #MH17?


Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita Interfax, kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dariwaypointTamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.

1 ulasan:

SentiasaPanas berkata...

Soalnya, dengan rusia di belakang pemberontak, siapa yang berani nak bertindak? US sekalipun tetap kecut perut..atau sekadar satu lagi gotong-royong dunia barat nak menjahanamkan umat Islam?