Selasa, 1 Julai 2014

HOT!! Perkara Membatalkan Puasa yang Patut Anda Semua Tahu..


Antara perkara yang boleh membatalkan puasa

MELUDAH
Meludah boleh membatalkan puasa jika air ludah itu jatuh di atas sepinggan mee goreng lantas anda membersihkannya menggunakan lidah.

MENJERIT
Menjerit juga boleh membatalkan puasa sekiranya jeritan itu bertujuan untuk memesan sepinggan mee bandung lantas anda makan mee bandung itu ketika berpuasa sambil menikmati segelas air tebu.

MEMBERUS GIGI
Memberus gigi boleh membatalkan puasa sekiranya anda memberus gigi selepas gelincir matahari (selepas pukul 12:00 tengah hari) sambil berkumur dengan air sirap bandung sehingga habis dua gelas.

BERLARI
Berlari juga boleh membatalkan puasa sekiranya anda berlari sambil minum air kotak perisa Mango. Selain itu berlari sambil minum air kotak perisa coklat juga boleh membatalkan puasa.

MENGURAT
Mengurat juga boleh membatalkan puasa apabila anda mengurat seorang gadis cantik sambil mengorek hidung, lantas taik hidung yang diperoleh hasil mengorek hidung tadi anda makan kerana menyangka telah masuk waktu berbuka.

McTheory:
Jangan marah naaa.. hahaha..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rokok boleh kan...