Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tatu’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.
“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu.
“Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.
Kredit: Sekadar Fikrah
Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..
7 ulasan:
Ada satu negara kunun negara Islam. Kalau masuk Islam di situ, kena gaduh dengan bangsa sendiri yg bukan Islam....
Bukannya nak tunjuk contoh atau beri kesedaran kepada bukan Islam.
Bab2 macam ni pun sempat nak mengata orang...pelik betul la orang islam yang mengaku terlebih 'islam' ni hati busuk dan tak pernah nak bersangka baik.
setahu aku Dap yg berjaya tarbiyah Pas...hahaha
bak kata Mat Sabu dia lbih sanggup mkn babi dgn cina dap daripada mkn ayam dengan Umno..Terok betoi pemimpin ni..
anon 5.02. Bukan mengata....cuma mengingatkan agar berubah ke Islam sebenar..
anon 11.07pg mohon tuan jelaskan apakah yg tuan cakap maksud islam yang sebenar ?
Ada puak yang selalu bersangka dialah orang islam sebenar.....
Nak tanya Islam sebenar gi tanya Tok Guru yg betul...... Jangan tanya ustaz yg selalu dok menyanyi...
Tak tercerita disini...
Yang jelas kalau pemimpin serba boleh. Pakai jubah boleh... berjoget bersama artis boleh...zalim kepada umat Islam yg tak ikut cakap mereka......TENTU TAK IKUT AJARAN ISLAM SEBENAR.
Catat Ulasan