Isnin, 25 Ogos 2014

HOT!! Teguran Tun M, Muhyiddin Buktikan Beliau Paling Layak Jadi TPM!


Dalam banyak-banyak statement menteri yang jawab hujah Tun M. Tan Sri Muhyiddin paling sopan dan menghormati tokoh negarawan tu. Apa salah jika menerima dan memgakui.. bukan rugi pun. Orang yang cerdik memang suka tunduk dari mendabik dada.

Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.

"Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di Permatang Pauh hari ini.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Muhyiddin berkata sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.

"Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan," katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.

Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan.

"Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.

"Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu...jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.

"Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka...oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai," katanya.

Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius...jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan".

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERANGGAPAN BAIK DAN BERTERIMA KASIHLAH KITA MENERIMA BAIK TEGERUN DARI SEORANG AYAH PADA ANAK . JIKA TUN SUDAH TIADA SAPA YG HENDAK MEMARAHI KITA SUPAYA ''BERTAKTIH'' DILANDASAN YG BETUL , JGN PULA KITA BERENAND DIDARAT DAN BERJALAN DIPERMUKAAN AIR

TEGURLAH TUN KAMI DIANTARA RAKYAT YG TDK TAHU MARAH PD TUN

Tanpa Nama berkata...

MARAH DAN MENEGUR ITU TANDANYA SAYANG.

Tanpa Nama berkata...

Hishamudin sekor yg bodohx bertempat..
org tegur pasal ISA.. pasal ketegangan kaum..
dia dok kata x kenang jasa sepupu dia p buat rundingan dgn pemisah ukraine..
bodoh sunggu hishamudin tu
x mustahin disebabkan kebengongan org mcm dia.. org makin benci kt UMNO
org putih puji dia pasai manage urusan mh370, walaupun haram x jumpa sampai sekarang.
so dia nak lah sepupu dia pun dipuji jugak..
tgklah jawapan dia bila org pertikai pasal tindakan kerajaan hormat mangsa mh17..
bingai mcm biawak dia punya jawapan..
tok sah dok cerita la dia p jumpa keluarga polis dan askar tu..
jawab apa signifikasi bila buat sambutan mcm tu..
klu susah sgt.. x sah jd pemimpin..
pencen.. tunggu Najib lantik CEO PETRONAS.. kan senang.. makan tidoq makan tidoq.. duit masyyukkkk

ini tidak..
dok buat malu umno saja.
piirrsaaahhhhhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Najib tak komen lagi sampai hari ni. Sebab apa? Sebab dia masih 'blurr' tentang apa yang Tun kata.Memang sah Najib ni bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Bagitu lah Cara orang nak popular. Yang peningnya ialah bila teguran dibuat mesti lah ramai orng dok cakap, kalu tidak Tun tidak akan timbulkan perkara ini. Yang jadi mangsa ialah Tun sendiri, orng yng suka bodek yang suka mengampu ramai, jaga perut sendiri, jahanam lah umno, amat sedih....mintak simpang la....

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dia teliti dulu apa ayahanda Tun katakan
Tue lah langsung tak nak faham....apa punya bingai!...