Sabtu, 30 Ogos 2014

INFO!! Mukhriz Mahathir Menteri Besar Untuk Rakyat Kedah! #KedahSerataRata #MMFC


Ramai yang tak tahu, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir lebih mengutamakan rakyat dari orang UMNO sendiri. Malah beliau tidak memilih bulu dalam memberi bantuan atau sumbangan pada yang memerlukan. Pada rakyat pemimpin seperti ini yang dicari, namun pada sesetengah jentera UMNO (bukan semua) ia satu tindakan tak relevan.

Isu ini sebenarnya sensitif, tapi itulah kebenaran. Tak bermakna beliau terus abaikan parti, kerana beliau sentiasa memantau keperluan, 15 bahagian UMNO dengan memberi peruntukan secukupnya untuk menjalankan kerja.

Bagi admin, tindakan DSMM adalah betul, beliau merupakan Menteri Besar Kedah, bukan hanya Menteri Besar UMNO Kedah. Walaupun platform yang menjadikan beliau MB adalah UMNO, namun tanpa sokongan rakyat Kedah, segala yang beliau rancang takkan menjadi.


Patutnya orang UMNO di Kedah bersatu membantu beliau membentuk kesepakatan diantara rakyat Kedah tanpa mengenal politik. Kerana itu yang beliau bawa. Asalkan Islam dan dari bani 'Ta' MiM' Insyallah beliau akan bantu.

Insyallah bulan hadapan, beliau akan turun ke setiap bahagian untuk bertemu ahli UMNO di Kedah. Sambil menjelaskan dasar yang beliau bawa dan menghapuskan sentimen 'kurang kasih sayang' beliau terhadap parti.

P/s: PM pun kata rakyat didahulukan.. kerana kita YB bekerja untuk rakyat..

Sumber dari page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amanah itu penting...

Tanpa Nama berkata...

kalau lah selangor dapat MB macam ni kan bast. cumburu saya dgn orang kedah.

Tanpa Nama berkata...

steadylah mukriz

Tanpa Nama berkata...

Akibat dari penambakan tanah dipinggir sungai dekat jalan sekooah alor merah sungai menjadi cetek dan sempit .tiada pemantauan dari pihak berkuasa .Ini mengakibatkan sering berlaku banjir di jln sekolah, jln syed ahmad, tmn asas, tmn golf dantmn lumba kuda .pohon tindakan dari pihak bertanggungjawab