Isnin, 17 November 2014
#BajetKedah2015 Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri - @MukhrizMahathir
Disebabkan kerajaan peka kepada aduan dan cadangan daripada semua pihak. Samada ianya datang dari seorang petani kecil atau seorang ketua eksekutif syarikat gergasi, Kerajaan Negeri sentiasa mendengar dan mengambil maklum setiap perkara yang dibawa kepengetahuan.
Kerajaan juga mahu tindakan segera diambil, terutama sekali jika ianya melibatkan kebajikan rakyat dan perihal kemajuan ekonomi rakyat.
Maka, dengan itu kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri (State Economic Council) bagi mempercepatkan sesuatu keputusan atau proses kelulusan. Majlis ini akan dianggotai oleh ahli-ahli tetap yang akan membuat keputusan segera tanpa perlu terikat dengan kerenah birokrasi.
Kerajaan Negeri percaya, dengan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri ini, pertumbuhan ekonomi Negeri dapat dirancakkan pada kadar yang maksimum.
Kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir semasa pembentangan di #BajetKedah2015.
#Bajet #BajetKedah #HanyaDiKedah #MMFC #PulunKedahPulun #KedahSerataRata
sumber MukhrizMahathirfc.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan