Ahad, 16 November 2014

Budak 5 tahun selamat adik dari Kebakaran terima pingat #HangTuah.



Sebentar tadi ketika di hari warga emas dan kanak-kanak sedunia seorang kanak-kanak mendapat anugerah khas Pingat 'Hang Tuah' atas keberaniannya menyelamatkan adiknya yang berusia 3 tahun sewaktu rumahnya terbakar.

Adik Mohd Syawal yang nekad membawa keluar adiknya dari rumah ketika berlaku kebakaran terus membawa adiknya ke rumah neneknya yang tinggal berdekatan.

Oleh itu majlis telah berbesar hati menganugerahkan pingat 'Hang Tuah' demi mengenangkan keberanian adik Mohd Syawal!!

Anugerah disampaikan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir selaku tetamu kehormat majlis.





Tahniah adik Mohd Syawal!!

Untuk baca berita kejadian..

Boleh rujuk dibawah..

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berjaya menyelamatkan adiknya yang berusia 4 tahun dalam satu kebakaran pada 11.30 pagi di Kampung Kubang Depu dekat sini.

Ketika kejadian, Mohd Syawal Mohd Shukri dan adiknya, Mohd Syakir sedang bermain di dalam rumah mereka sebelum ternampak api muncul dari bilik dan dapur.

Mohd Syawal, yang petah bercakap dan menggelarkan dirinya 'abang', memberitahu pemberita tanpa membuang masa, beliau memberanikan diri mengeluarkan Mohd Syakir dan membawanya ke rumah nenek mereka yang terletak berhampiran.

Beliau kemudian keluar mencari bapa dan penduduk kampung kerana rumahnya terletak agak berjauhan dengan rumah orang lain.

Anak sulung tiga beradik itu berkata semasa kejadian, bapanya Mohd Shukri Mohd Nor, 36 dan ibu, Huslina Abd Rahman, 26, tiada di rumah kerana bekerja dengan membawa bersama adik bongsunya, Mohd Syaril Mohd Shukri, 3.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata ketika dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal, beliau terlihat kepulan asap hitam dari jauh dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku serta terus memecut ke rumahnya.

"Bila sampai, saya amat terkejut apabila mendapati rumah saya sendiri sedang marak terbakar, dan saya cuba masuk ke dalam rumah kerana menyangka dua anak saya masih berada di dalam rumah yang terbakar itu," kata beliau yang lega apabila dimaklumkan jiran bahawa kedua-dua anaknya selamat.

Mohd Shukri berkata beliau sekeluarga kini tinggal sehelai sepingggang kerana semua peralatan rumah, dokumen penting serta persiapan hari raya musnah dalam kebakaran yang dianggar menyebabkan kerugian RM28,000.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh Ridzuan Mamat berkata 10 anggota dari Balai Besut dan Jerteh dikejar ke tempat kejadian dan ketika sampai, didapati hampir 90 peratus rumah kayu itu musnah dijilat api.

Turut melawat keluarga mangsa ialah Adun Hulu Besut Nawi Mohamad yang menyampaikan sumbangan peribadi.

Beliau berkata tindakan segera akan diambil memastikan keluarga malang itu tidak berdepan masalah tempat tinggal ekoran kejadian hari ini. – Bernama, 4 Ogos, 2013.

Sumber MukhrizMahathirfc.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PINGAT HANG TUAH - indahnya dan memang tepat sekali utk cucu comel dan BERANI spt. Mohd. Syawal ni! Kalau jadi PERAJURIT NEGARA satu hari nanti - tak mustahil!

Tapi Mctheory, adakah keluarga Syawal dah dpt. bantuan bina rumah baru dan sbgnya?

Makcik Sambal Belacan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Mc,
kenapa tak buat coverage pasal mahasewel puak haram jadah PR ni menghina Surau di Batu 5 Sintok ni?

Org luar haramjadah ni mai merosakkan bumi Kedah.. PARIA bawani ini mesti dtp tempat di Surau ni atas org Melayungok PR jugak!!

http://khairulryezal.blogspot.com/2014/11/melampau-bhawani-s-berceramah-hingga.html