Rabu, 19 November 2014

Projek Pembangunan Bola Sepak #Kedah! # BajetKedah2015


Sidang Dun membahaskan Bajet Kedah 2015 masuk hari ketiga.

Adun Kuah mohon kerajaan negeri fokus pada pasukan bola sepak Kedah, kerana ia merupakan sukan utama rakyat negeri Kedah, malah rakyat Kedah sangat prihatin jika apa-apa terjadi pada bola sepak.

Beliau juga menyentuh mengenai, pembangunan bola sepak. Kerajaan perlu merancang untuk mencari bakat dari akar umbi.

Soalan ini dijawab oleh YB Exco Belia Sukan, Adun Jitra.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah merancang malah sudah fokus untuk membina pasukan yang kuat pada umur 21 tahun piala presiden merupakan skuad pelapis.

Malah kerajaan juga sudah ada sekolah sukan bagi, mengasah bakat untuk pelajar maju kedepan.

KFA juga sudah mewujudkan program percarian bakat, hampir disetiap daerah seperti di langkawi, Kulim, Sungai Petani dan lain-lain. Malah program ini telah dihebohkan pada orang ramai, dan mereka yang berminat wajib hadir sesi pemilihan.

Dalam program tersebut lebih kurang 300 orang anak muda yang hadir. Program seperti itu lebih terbuka dan memberi peluang pada semua pihak untuk sertai program pemilihan tanpa memgunakan kabel. Pemilihan terbuka dan lebih telus.

#BajetKedah2015 #Bajet #BajetKedah

Tiada ulasan: