Selasa, 3 Februari 2015

Pengiat sukan negeri Kedah diikhtiraf - Ds Hj @MukhrizMahathir

Siang tadi berlangsung Majlis penyampaian ganjaran sukan Malaysia (SUKMA) Ke XVII 2014 dan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Serta Perjumpaan Dengan Ikon /Penggiat juga Guru-guru Sukan Negeri Kedah DarulAman yang disampaikan dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah.

Seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan negeri Kedah, pengikhtirafan dan ganjaran ini diberi kepada pengiat sukan negeri yang cemerlang dalam bidang sukan masing-masing. Ianya sebagai pembakar semangat untuk mereka terus cemerlang dan menjadi ikon kepada atlet lain untuk berjaya seperti mana mereka yang menerima ganjaran.

Di dalam majlis tersebut juga Dato Seri MB, melancarkan Piala YAB Menteri Besar Kedah yang akan berlangsung disetiap daerah negeri Kedah pada 22 februari ini. Tujuan utama liga ini ialah untuk mencari bakat baru disetiap daerah negeri Kedah, ianya bakal digilap dan berkemungkinan besar akan diserap ke pasukan utama negeri.

Tentunya ini merupakan perkembangan yang menarik untuk sukan bola sepak negeri. Kerana pertandingan bola daerah ini diwujudkan semula, setelah ianya telah lama diberhentikan oleh Kerajaan negeri terdahulu.

Dalam sidang media selepas majlis berakhir, Dato Seri Hj Mukhriz sempat berpesan kepada pengiat sukan, penyokong dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan, supaya sentiasa menjaga tingkahlaku.

Nasihat beliau,

"Adab bersukan perlu dihayati, ia perlu diterapkan dikalangan atlet dan semua yang terlibat. Sambil kita mengejar glamor dalam sukan. Semangat kesukanan itu sangat penting. Jauhi perbuatan yang tak beretika dalam sukan".

"Kita kena jaga maruah negeri Kedah. Dengan cara itu, kita akan menjadi lebih cemerlang pada masa depan" sambung beliau lagi.

Ternyata pesanan beliau ditujukan kepada para atlet sukan negeri Kedah, dan juga pada penyokong, lebih-lebih lagi pada penyokong bola sepak Kedah.

Beliau risau akan insiden yang berlaku melibatkan penyokong Johor di stadium Larkin, kemungkinan ia boleh berlaku di Kedah jika nilai-nilai murni dalam sukan kita tidak terapkan secara baik.

Promote Page sahabat kita

Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..

https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah

1 ulasan:

pak muliadi berkata...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل