Khamis, 19 Mac 2015

Beli Pesawat Baru, Mana Lebih Penting Wang atau Nyawa?


Sejak semalam keadaan media massa dan media sosial masih panas dengan isu pembelian pesawat untuk kegunaan PM dan juga Yang Dipertuan Agong oleh Kerajaan Malaysia yang baru. Biasalah orang Malaysia ni cepat melompat kalau ianya berkaitan dengan kerajaan. Patutnya perlu dipertimbangkan dulu, baik atau buruk sesuatu perkara tersebut.

Ada yang tanya, kenapa beli pesawat baru ketika negara diambang krisis ekonomi?

Untuk pengetahuan tukang tanya dan pembaca, pesawat yang ada sekarang ni, sudahpun berusia 20 tahun keatas. Kos nak ‘maintain’ bulanan pun dah meningkat jutaan ringgit. Malah dari segi keselamatan pun, agak bahaya jika pesawat yang dah berusia tu terus digunakan.

Tambahan pula pesawat itu dinaiki oleh pemimpin tertinggi negara, seperti Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri.

Pembelian pesawat baru ni, bukan seperti membeli kereta baru. Ianya ada menuntut pelbagai perjanjian. Teknologi, kerjasama dan tentunya melibatkan hubungan dua negara. Sudah tentu Kerajaan ‘terpaksa menempah’ pesawat ini lebih awal, sebelum diterima untuk kegunaan sekarang.

Soal keselamatan pemimpin tertinggi pun perlu diutamakan. Kereta kalau rosak kita boleh berenti ditepi jalan. Paling tak pun terbabas sikit dari laluan, tapi masih boleh berhenti untuk baiki.
Pesawat kalau rosak? Apa kesannya?

Agak-agak nyawa yang ada dalam tu terjejas tak? Siapa yang akan disalahkan jika pesawat itu terhempas? Tambahan pula ketika itu, pesawat sedang menerbangkan pemimpin kita ke satu lawatan rasmi kerajaan di luar negara.

Bila terhempas atau terjadi kejadian yang tak diingini, malapetaka, ketika itu pun orang yang sama tetap akan salahkan kerajaan. Orang yang komplen dan marah Kerajaan beli pesawat sekarang ni, merekalah yang akan menghentam dan tujukan kata-kata pedas pada kerajaan, maka keluarlah ayat-ayat seperti dibawah ni,

– Kenapa dah tau rosak tapi tak beli baru?
– Mana lebih penting, wang atau nyawa?
– Kerajaan tak sayangkan nyawa pemimpin, sengaja bunuh diri!
– Tukar kerajaan kerana tak pandai mentadbir, hingga mengorbankan nyawa.
– Rafizi buat sidang media, hentam kerajaan atas kelemahan pentadbiran.

Semua persoalan atau kata-kata diatas sebenarnya menjadi rujukan pada kita, kenapa perlu Kerajaan menukar pesawat baru yang lebih moden. Bukan soal keselamatan takut terhempas saja, ianya ada kena mengena juga dengan sistem pertahanan. Masakan pesawat yang membawa pemimpin tertinggi negara tidak mempunyai sistem pertahanan keselamatan yang ‘up-to-date’?

Apa pandangan negara luar pada Malaysia?

Fikirkanlah..

MyKMU

5 ulasan:

Usin berkata...

Naik je pesawat komersial...nape? x selamat gak ke...klu jujur memang nak berjimat, x yah disuruh sebenarnya...tapi klu memang dah sifat semulajadi gila kemewahan, boros...tu yang dikorek-korek juga alsan ntuk mewajarkan tindakannya walaupun nampak sangat tingginya darjah kejahilan dan kejilatan fakta-fakta yang diberikan...

Tanpa Nama berkata...

bongoknye budak mentah ni..kalau gitu obama pun kena naik pesawat komersial lah..ini soal keselamatan pemimpinlah budah bodoh bingai..parti kau tak perintah bolehlah cakap merapu..

Orang melayu berkata...

Bdk yg 12:51 tu bebl ke apa , kn dh d kt jet kerajaan , mknya jet tu bsk kor sesiapa yg memerintah dia pn akn gunakn jg

Unknown berkata...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

Tanpa Nama berkata...

kembalikan kepercayaan kami staf-staf kuin terhadap barisan nasional dengan kembalikan kuin ke tempat asalnya MERGONG...... kami terseksa disini!!!!!