Ahad, 29 Mac 2015

#GST! Peniaga Barang Naik, Kementerian Masih Tidoq Lena..


Orang ramai tertanya-tanya, kenapa kedai runcit, pasaraya, pasar-pasar dan banyak lagi premis perniagaan sudah pun naikkan harga barang sebelum cukai GST yang mengantikan SST dimulakan 1 April ini. Apa hak mereka untuk naikkan harga?

Masakan harga barang dah naik, kerana cukai GST belum pun bermula. Kenapa boleh jadi begini?

Bagaikan ada kesepakatan, apabila peniaga sekarang sudahpun menyimpan stok, menyorok barangan mereka dalam stor hingga ada premis (bukan semua) seolah-olah kosong tanpa barang jualan. Bila ditanya kenapa kosong, dijawab pula, barang habis, stok baru semua kena GST, jadi mereka perlu tunggu GST, kemudian barulah peniaga akan keluarkan balik barang untuk dijual dan ditambah dengan GST.

Bukankah itu satu taktik penipuan?

Bila semua peniaga naikkan harga, rakyat akan tertekan, siapa yang akan dipersalahkan? Tentunya Kerajaan akan dipersalahkan, peniaga melepaskan diri dengan alasan harga barang naik sebab GST. Untuk kita yang faham tentang GST, mungkin boleh membantah, tetapi bagi makcik, nenek dan tok wan di kampung yang tak memahami GST, sudah tentu dihamburkan sumpah seranah pada Kerajaan yang memerintah.

Dalam bidang pembinaan pun sama, sekarang ni ada kontraktor kecil terpaksa tangguhkan kerja kerana tiada lagi barang dari syarikat pembekal. Alasannya kena tunggu lepas GST, dah tentu ini menyusahkan kerja mereka didalam pembinaan. Kemungkinan besar kerja banyak tertangguh dan ianya menimbulkan kemarahan kontraktor dan orang ramai.

Inilah yang berlaku diluar sana. Rakyat dikejutkan dengan harga barang yang meningkat. Didalam penerangan GST, tak semua barang dikenakan GST, barang keperluan seperti beras, gula, susu dan lain-lain tidak dikenakan GST, namun sebelum GST lagi peniaga sudah menaikkan harganya hingga RM 4atau RM5 keatas.

Begitu juga dengan susu tepung bayi, dikenakan 0% GST. Tetapi melalui tinjauan umum, kebanyakan pembekal susu tepung bayi masih mengekalkan harga yang sama, akan tetapi, beratnya berkurangan. Malah ada yang kurangkan hingga 500g. Bukankah itu sangat melampau?

Kenapa mereka para peniaga, pembekal, pengilang atau pemborong, berani naikkan harga (barangan) sesukahati tanpa alasan yang kukuh? Apakah ada tangan ghaib yang mengarahkan mereka bertindak sedemikian? Mungkin ada kebenarannya, kerana kita tahu, ada pihak yang tak suka dengan GST, jadi mereka boleh berpakat untuk bertindak sedemikian supaya rakyat marah kepada kerajaan.

Ada juga peniaga yang terpengaruh dan takut dengan khabar aingin dan fitnah yang berlegar-legar sekarang ni. Mereka (peniaga) takut rugi dan sebab itu mereka mengambil tindakan dengan menaikkan harga dulu sebelum GST. Bila harga dah naik, yang jadi mangsa ialah kita para pengguna.

Dimana pihak bertanggung jawab?

Semua perkara ini takkan terjadi jika ada pemantauan dari kementerian yang berkaitan. Sepatutnya situasi ‘barang naik’ seperti sekarang, bukanlah situasi diluar jangka. Kita sudah maklum tentu ada pihak yang akan cuba buat menganggu dan burukkan nama kerajaan dengan GST ni.

Tetapi bila kementerian yang diharapkan pun boleh terleka atau tidak terjangka dengan situasi sekarang, ia merupakan satu bonus pada mereka, kerana penguatkuasa yang patut menjaga keadaan dan memastikan segalanya stabil masih belum muncul, sedangkan diluar sana, mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga sedang bermaharajalela.

Di pihak penguatkuasa mereka baru nak bermesyuarat!!

Sampai bila kementerian yang dipertanggungjawabkan itu nak diketuk baru berjalan? Takkan perkara sebegini pun perlu arahan dari Perdana Menteri?

Apa nak buat, nasib badan.

MyKmu

5 ulasan:

kluangman berkata...

Tak perlu bimbang,

Semua ini kita letak kepercayaan kepada Najib dan Ahmad Maslan.

Hassan Malek kan ada...

Tanpa Nama berkata...

Repot pada yang berkenaanlah dengan maklumat yg lengkap supaya tindakan pantas boleh diambil.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah nama penguatkuasa..jalankan kewajipan dan tanggungjawab tu..bukan tunggu laporan dulu. Ini lah sikap pengkhianat dlm badan kerajaan..supaya senang rakyat salahkan kerajaan...Badan Malik buat apa..tak kan nak tunggu cium tangan Rosnah saja.

Tanpa Nama berkata...

Asyik nak tunggu report je...
korang takde kaki..takde tangan..takde mata...takde telinga ke nak pegi siasat? Tak reti menyamar? Korang tak pegi beli barang? Ke kotang dapat brg free srlama ni? Nmpk sgt staf yg bertanggungjawab pemalas atau makan gaji buta je....

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI