Isnin, 20 April 2015

Apa BN buat di Rompin Selama ni? #PrkRompin



BN-UMNO sudah mencalonkan Datuk Hassan Ariffin Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rompin sebagai calon mewakili BN dalam PRK P91 Rompin.

Pemilihan Datuk Hasan memang dikehendaki oleh majoriti pengundi BN-UMNO di dalam PRK Rompin kali ini berikutan beliau dilihat sebagai legasi paling layak menggantikan arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis (JJ)

Kenapa pilih Datuk Hasan dan BN?

Sebabnya sepanjang arwah Tan Sri JJ menjadi Duta Besar di Amerika Syarikat, segala kerja parti dilaksanakan oleh Datuk Hassan dan semua ahli-ahli UMNO serta komponen BN dengan cemerlang.

Legasi Tan Sri JJ dan BN memang cemerlang di Rompin. Banyak diusahakan oleh arwah bersama BN Rompin selama 5 penggal antaranya;

  • Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  • Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  • Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  • Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  • Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00
  • Membina hubungan erat Malaysia -US sepanjang 4 tahun menjadi TYT Duta Besar Malaysia di Washington
  • Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana
  • Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI
  • Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  • Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  • Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  • Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  • Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong.

Banyak yang boleh diceritakan tentang jasa BN-UMNO di Rompin di bawah arwah JJ.

Adakah itu semua bukan kebaikan dan jihad membangunkan umat seperti mana ditohmahkan puak-puak jumud PAS?

Apakah itu semua duniawi dan rasuah pembangunan yang melekakan rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh puak-puak jumud PAS dalam kempen mereka di Rompin?



Perumahan baru untuk Generasi Kedua Felda di Rompin...adakah ia petanda kezaliman BN kepada rakyat?



Ramai generasi kedua menantikan nikmat mendiami rumah mampu milik yang dibangunkan oleh Felda dan Kerajaan Barisan Nasional ini termasuk puak-puak langau hijau...Kita tidak akan dapat keistimewaan sebegini jika memilih parti kutu brahak yang hanya tahu kritik di sebalik kepiah, jubah dan purdah mereka saja.

Puak-puak jumud ini tak ubah seperti katak di bawah tempurung yang hanya tahu dunia tempurung mereka; sempit, jumud, gelap dan kecil.

Apakah membangunkan umat itu bukan satu kebaikan yang dituntut agama?

Apakah memecah belahkan umat melalui hasutan, fitnah dan tohmahan itu boleh dikira sebagai jihad fisabilillah?

Datuk Hasan ada kelebihan sendiri

Tak perlulah menuduh calon UMNO tak reti agama atau berumur hingga mengenepikan orang muda.

Yang berumur jika lebih kredibiliti dan berkemampuan itu lebih baik. Datuk Hassan yang dikenali ramai sering turun padang dan memberi bantuan sebagai penyambung kepada arwah JJ sekiranya arwah JJ sibuk di luar.


Bahkan beliau berpengalaman dengan selok belok di Rompin termasuklah pernah menjadi ADUN di Bukit Ibam dan Tioman serta Timbalan Menteri Besar Pahang.


Pengorbanan beliau amat besar kepada masyarakat di Rompin.



Jeti Feri di Tanjung Gemuk, Rompin untuk ke Pulau Tioman, antara jasa BN yag menjana ekonomi rakyat. Adakah ini tanda kezaliman BN memnggirkan rakyat?

Tetapi masa peneroka dan rakyat Rompin susah ada puak-puak pembangkang datang membantu menghulurkan bantuan sepertimana jasa yang dilakukan oleh BN di Rompin?

Di bawah kepimpinan BN di Rompin tak de pun rakyat di situ mati kebuluran. Rakyat diajak supaya mempelbagaikan sumber ekonomi mereka untuk menjana pendapatan harian

Adakah PAS yang hanya tahu menghasut dan melonggokkan mereka berhimpun untuk merusuh dalam himpunan haram Kuning, Hijau, Oren, Hitam itu dikira jihad fisabillah?

Adakah hanya itu jasa-jasa PAS pada umat dan rakyat di Rompin?



Antara jasa-jasa PAS melonggokkan peneroka dan generasi mereka yang jumud dijalanan untuk perjuangan yang tak pasti dan sonsang dari syariat. Sambil kumpul sambil tipu sambil kaut sedekah...duit lesap ke mana?

Siapakah yang membantu rakyat Rompin selama ini jika bukan BN-UMNO di bawah kepimpinan arwah JJ, Datuk Hassan dan semua komponen BN?


Tak perlulah PAS dan jenteranya berkempen di Rompin kerana ia hanya akan menjadi punca perpecahan umat.

Ingat menabur fitnah, memaki hamun, memutar belit ayat-ayat suci untuk membela manusia songsang dan memecah belahkan umat itu haram dan berdosa besar.



Antara jasa BN adalah membangunkan komuniti Orang Asli termasuklah mengembangkan syariat Islam kepada mereka di Bukit Lepas, Rompin. Banyak mana pula ahli-ahli DAP berjaya di Islamkan oleh PAS?

Insaflah wahai rakan-rakan PAS. Marilah bersama-sama BN-UMNO kita makmurkan lagi bumi Rompin agar anak cucu kita lebih selesa di sini.

Syukur pada nikmat Allah dan kenanglah segala jasa manusia yang membantu kita.

Undi Barisan Nasional insya Allah kita dapat meneruskan keselesaan pada rakyat dan menjadikan kita hamba-hamba yang tahu bersyukur pada segala nikmat Allah taala.

Tinggalkan perjuangan PAS yang banyak tersasar itu. Sertai UMNO, Insya Allah kita bersama-sama akan jadi umat yang hebat.

Lihatlah contoh calon-calon PAS di Rompin sebelum ini hanya tahu melalak menyalahkan orang tapi diri mereka sendiri sampai tergolok tergadai harta benda mengejar duniawi nak jadi ADUN dan MP tapi tak jadi...

Cukup-cukuplah tu...



sumber MyMassa

Tiada ulasan: