Selasa, 14 April 2015

#MCAKedah bakal wujudkan kembali perpaduan kaum di Malaysia..


Jika benar anda pengikut politik tanahair, sudah tentu anda kenal dengan YB Dato' Dr Leong, salah seorang Adun Kedah berbangsa cina yang masih kekal dalam barisan kepimpinan, walaupun BN dilanda gelombang tsunami kaum pada PRU yang ke 13.

Anak jati Kedah ini telah dilahirkan pada tanggal 26 Mei 1960 di Hospital Sungai Petani, Kedah Darul Aman. YB Dr. Leong Yong Kong kini berusia 55 tahun dan mempunyai tiga orang anak hasil dari perkongsian hidup bersama isteri beliau.

Dr. Leong Yong Kee memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) dari Agra University, India. Beliau juga memegang Post-graduate Diploma in Occupational Medicine dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr. Leong Yong Kong juga gemar membaca, diantara buku kegemaran beliau ialah 108 Heroes, kerana kisah perjuangan menentang kuasa feudal yang kejam serta ketidak adilan sosial yang dipaparkan dalam buku itu benar-benar menarik perhatian beliau.

Sewaktu temubual saya bersama Dr. Leong (panggilan mesra) beliau pada mulanya agak kurang berminat dengan keperluan media sosial, sebab bagi beliau media sosial ini selalu digunakan untuk menyebarkan perkara yang tidak baik. Setelah saya menerangkan bahawa media sosial juga boleh digunakan untuk menyebarkan perkara yang sepatutnya dan membendung perselisihan diantara kaum. Barulah beliau membuka mulut untuk ditemubual dan meluahkan apa yang mahu beliau lakukan sebagai wakil kaum cina dalam Kerajaan negeri.

Dr. Leong yang juga Exco Kerajaan negeri dalam portfolio Kesihatan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Perpaduan, juga merangkap AJK MCA negeri Kedah. Beliau kini sedang berusaha untuk mencari jalan bagi menyatukan semula perpaduan kaum di Malaysia yang semakin hilang didalam api perkauman.

Diantara perancangan beliau ialah,

Mewujudkan beberapa NGO perpaduan, bagi mengekalkan kerjasama antara kaum, menyebarkan maklumat positif tentang masyarakat Malaysia yang majmuk dengan mengunakan platform media sosial seperti facebook dan portal, malah mengadakan program-program kebudayaan kebangsaan untuk merapatkan lagi perpaduan diantara bangsa khususnya untuk rakyat Kedah.


Kerana bagi beliau, bahan bacaan dan longgokkan mengenai kebaikan diantara kaum semakin berkurangan, berbanding provokasi yang mengakibatkan pecah belah sesama kita. Sebab itu beliau cuba untuk membendung perkara tersebut, kerana kita rakyat Malaysia, duduk didalam satu negara dibawah satu bumbung.

Dr. Leong juga merupakan salah seorang pencetus, supaya Kerajaan Kedah menganjurkan Karnival Aman Makmur sempena Tahun Baru Cina, menjadi karnival Tahun Baru Cina secara rasmi dibawah Kerajaan negeri, yang akan diadakan setiap tahun.

Beliau juga telah mendapat persetujuan dari YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz, untuk meletakkan 'Pesta Tanglong' sebagai pesta sambutan rasmi untuk kaum cina di Kedah.

Tiada ulasan: