Ahad, 5 April 2015

Menteri Pengangkutan Sedih Kehilangan Dua Individu Terpenting negara!


Semalam terjadinya peristiwa yang mengemparkan seluruh rakyat Malaysia. Apabila helikopter yang membawa 6 orang individu penting dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Kenduri anak YAB Dato Seri Najib Razak.

Selaku Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengesahkan, laporan kematian 6 individu yang melibatkan, Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Datuk Sri Azlin Alias (SUSK PM) dan 4 yang lain dalam nahas helikopter awam AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) di Semenyih, Kajang petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Tiong Lai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Dalam nahas helikopter awam tersebut telah meragut nyawa 

1) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis
2) Pengawalnya, Razakan B Seran
3) SUSK PM, Datuk Sri Azlin Alias ​
4) Dato' Tan Huat Seang

Serta Juruterbang dan Kru

5) Kapten - William Clifford Fournier,
6) Pembantu Operasi -  Aidana Baizieva.

Helikopter milik IGB Corporation yang dikendalikan oleh Cempaka Penerbangan dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang telah terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih.


Beliau yang masih lagi berasa sedih atas kehilangan dua orang sahabat baiknya, iaitu Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Sri Azlin. Tidak mampu untuk mengucapkan kata-kata, hanya mampu mengucapkan pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat negara.

3 ulasan:

HAMIDIsP berkata...

Semoga kehilangan ini mampu diganti dengan penjawat yang lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

Sedih memang sedih. Tapi kalau sokong amano, takkan ada yang boleh jadi baik kerana hala tuju parti itu tak pernah baik.

Hari kemerdekaan 31 OGOS 1972. Hari ini 6 APRIL 2015 dan seterusnya............
Melayu semakin mundur.

Semutar Hitam berkata...

Siapa yg akan menggantikan Prima di Kedah?? Keduanya pun dah pergi.. dahsyatnya manusia la ni,nyawa orang dimain2...