Khamis, 9 April 2015

Aplikasi 'MeterOn' Tingkat Keyakinan Terhadap Pengkhidmatan Teksi #SPAD

Seorang model sedang menunjukkan aplikasi terbaru dari SPAD.

Sebelum ini admin pernah membuat posting mengenai aplikasi baru yang agak menarik diperkenalkan oleh SPAD, diberi nama 'MeterOn'.

Boleh rujuk SINI.

Wujudnya aplikasi ini apabila pihak penguatkuasa menyedari bahawa, banyak aduan yang diterima oleh pengguna, berkaitan salahlaku pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, pemandu tidak dikenali/tak berdaftar dan sebagainya, hinggalah paling kritikal, ada perompak menyamar jadi pemandu teksi, untuk menyamun dan boleh membunuh penumpang.

Bagi mencegah dan mengurangkan risiko terhadap penumpang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengambil satu langkah proaktif dalam memperkenalkan sebuah aplikasi 'Meter On' bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pengadu.

Gambar pelancaran dibawah,

Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad

'MeterOn' - Aplikasi ini membantu penumpang mengenalpasti pemandu teksi dengan hanya memasukkan 'no pendaftaran teksi' segala info mengenai pemandu teksi dan pengangkutan teksi terbabit akan keluar. Ia memudahkan penumpang mengenalpasti pemandu dan membuat aduan jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pemandi teksi terbabit.

Meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan teksi.

Jika sebelum ini nyawa pelanggan yang mengunakan perkhidmatan teksi ini umpama dalam permainan 'hidup dan mati'. Nasib tak baik, jumpa pemandu teksi jahat, pelanggan pasti menjadi mangsa. Dengan aplikasi ini, kita dapat mengesan lebih awal!

Selain membantu dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam perkhidmatan teksi, objektif aplikasi 'MeterOn' ini juga, mahu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi supaya mereka (pemandu teksi), mereka dapat dinilai oleh pengguna dan seterusnya, dapat memberi 'rating' (kepada pemandu teksi) bagi melabel mutu perkhidmatan.

Detail mengenai 'MeterOn' ini boleh dirujuk pada poster dibawah,




Aplikasi 'MeterOn' ini boleh di download mengunakan Google Play bagi penguna android dan iTunes bagi penguna iPhone.

Bagi mengunakan atau download aplikasi boleh rujuk SINI.

Tiada ulasan: