Khamis, 21 Mei 2015

Menteri Jawab Fitnah Terhadap KLIA2!


Saban hari pelbagai fitnah muncul dalam pelbagai segi, walaupun Kerajaan sudah cuba melakukan yang terbaik untuk terus membawa negara menjadi negara maju.

Penyebaran fitnah ini termasuklah kos pembinaan KLIA2 yang dikatakan terlalu tinggi dan membazir.

Benarkah tuduhan tersebut?

Fitnah dan tuduhan tersebut dijawab secara jelas oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,

Kata Menteri Pengangkutan, kenaikan kos berkenaan sebenarnya adalah kerana penukaran konsep reka bentuk untuk KLIA2 sepertimana yang dipersetujui kesemua pihak.

"Projek KLIA2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk KLIA2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan."



Apabila ada perubahan dari perancangan asal, sekiranya terdapat perubahan misalnya pertambahan skop kerja, atau kerja lebih masa, maka sudah tentu berlaku peningkatan dari segi kos dan juga memberi kesan kepada jadual yang dirancang.

Tambahan pula wujud perubahan setelah pihak syarikat penerbangan memohon tambahan kemudahan yang tiada di dalam kontrak asal.

Bukan semua pembinaan berjalan lancar sepertimana yang tertulis atas kertas seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi projek mega yang melibatkan pelbagai pihak dan macam-macam masalah pun boleh terjadi.

Patutnya kerja pembangkang, menegur Kerajaan dalam dasar atau perkara pentadbiran. Tapi kini kerja mereka dah berubah, mereka lebih suka memfitnah demi kepentingan politik mereka. Biar negara musnah, janji hasrat mereka tercapai.

Tiada ulasan: