Selasa, 19 Mei 2015

Pengusaha Bas Minta #SPAD Kaji Semula Tambang Bas


SPAD pada bulan Mac yang lepas, melalui Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengumumkan kenaikan harga tambang bas ekspress untuk perjalanan diseluruh negara, sekitar RM 4.60 hingga RM 11, namun akibat dari desakan orang ramai, terpaksa SPAD menangguhkan kenaikkan tersebut hingga kesatu tarikh yang lain.

Disebabkan penangguhan tersebut Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) telah menghantar memorandum (bulan lepas) dengan tujuan mahu SPAD mengkaji semula tambang bas untuk dinaikkan bagi mengelakan kos kepada pengusaha bas.

PEMBAWA juga meminta kerajaan memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas sebelum Ramadan. Yang Dipertua PEMBAWA, Tajudin Mohd Yunus telah menghantar memorandum berkaitan hal berkenaan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk diperhalusi kerana bimbang ada syarikat bas yang terpaksa gulung tikar jika keadaan itu berlanjutan.

Selaku sebuah Suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam perihal pengangkutan awam, SPAD perlu meneliti dan mengkaji kandungan memorandum yang dikemukakan PEMBAWA untuk mencari penyelesaian terbaik bagi pengguna dan pengusaha bas.

Tidak berguna jika keputusan SPAD boleh membuatkan pengusaha bas mengalami kerugian, dan akhirnya menyebabkan syarikat bas tutup. Jika ini berlaku, bermakna SPAD tidak memainkan peranannya sebagai Suruhanjaya dengan baik. Sebagai penguatkuasa yang bertanggung jawab, seharusnya SPAD perlu mengambil kira semua aspek, bukan hanya pada penguna.

Jika perlu dinaikan tambang bagi mengurangkan bebanan kos pengusaha bas, SPAD perlu bertindak, walaupun keputusan yang bakal dibuat SPAD ini (tidak popular) tetapi ia perlu bagi mengimbangkan antara pengusaha dan penguna.

Sudah pasti, setiap keputusan akan memberi kesan kepada penguna atau pengusaha.

Malah Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar sebelah) juga bersuara, pihaknya akan memberikan pandangan terhadap isu dibangkitkan persatuan ini.


Nancy dalam satu kenyataan berkata "Segala isu akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya beserta dengan cadangan bagi jalan penyelesaian terbaik kepada pengguna dan pengendali. Kami ingin menyatakan SPAD sentiasa peka terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan oleh pengendali bas ekspres,"

SPAD perlu meneliti setiap keputusan yang bakal dibuat ibarat "menghela rambut dalam tepung-rambut jangan putus, tepung jangan terserak"...Isu ini perlu dilihat dari dua pihak..nanti bila penetapan harga tambang sudah dibuat, jangan terburu-buru menyalahkan kerajaan kerana menaikkan tambang sedangkan ianya permintaan daripada Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA). Terang beliau lagi bila diminta mengulas mengenai isu 'PEMBAWA' yang mahu menaikkan tambang bas.

Tiada ulasan: