Jumaat, 15 Mei 2015

#SPAD Bakal Perkenalkan Teksi 1Malaysia yang baru



Dalam meningkatkan perkhidmatan teksi di Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang untuk meningkatkan lagi Perkhidmatan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang telah lama diwujudkan.

Dulunya TEKS1M ni sinonim dengan kenderaan model Proton Exora berwarna putih coklat keemasan. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, pengurusan TEKS1M memperkenalkan kenderaan baru 'Toyota Innova'.

Setakat ini, TEKS1M yang bermodelkan Proton Exora hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Ianya jauh untuk mencapai sasaran 7,500, bagi memenuhi sasaran Toyota Innova dicadangkan sebagai ganti.

Mengikut info yang dipetik dari portal otomatif Pautan.Org. SPAD bercadang untuk memenuhi keperluan TEKS1M sebanyak 7,500 bagi mencapai sasaran menjelang akhir tahun ini.



Jangkaan harga bagi TEKS1M-spec Toyota Innova akan bermula pada harga RM 73,288 bagi manual, dan RM76,011 teksi automatik. Kita perlu tahu, jenama Toyota merupakan kenderaan yang berkualiti tinggi dan tidak banyak ragam jika diguna secara terus, terutamanya seperti kenderaan awam ini.

Selain Toyota, SPAD juga turut melakukan rundingan dengan jenama lain seperti Nissan.


Kenapa Nissan?

Untuk pengetahuan pembaca, syaraikat kereta Nissan sekarang sedang mengembangkan model NV200 sebagai model teksi 'dunia' dalam usaha syarikat itu menjadi kuasa teksi dunia. Jadi, kemungkinan besar, perkhidmatan dan kepakaran yang terbaik Nissan didalam bidang teksi, akan digunakan oleh SPAD bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada sekarang.

Gambar di bawah ini, ialah model Nissan NV200 yang digunakan di bandaraya besar dunia termasuk New York dan Paris.


Penambahan model teksi ini, selain meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia. Pengguna juga akan ada lebih pilihan teksi, untuk dinaiki. Jika sasaran SPAD tercapai, perkhidmatan TEKS1M akan setanding dengan negara-negara maju dunia.

Ini bermakna, SPAD sudah pun bersedia untuk merubah terus perkhidmatan teksi, bukan hanya membaik pulih dan mencegah salahlaku pemandunya, bahkan jentera awam ini juga ditukar ganti bagi memastikan kepuasan maksimum penguna diutamakan.

Tiada ulasan: