Rabu, 13 Mei 2015

UMNO Ada Caranya Tersendiri Menyelesaikan Masalah Dalaman - Mukhriz



Sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 69 hari ini dengan pelbagai isu dalaman yang melanda, Dato' Seri Mukhriz berkata sebagai parti yang berpegang kuat kepada amalan demokrasi, UMNO mempunyai cara tersendiri dalam menangani dan menyelesai isu-isu dalamannya.
Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meminta supaya cara itu, yang menjadi amalan parti selama ini, diteruskan dalam usaha menyelesaikan permasalahan dalaman parti.

"Sebagai sebuah parti yang sangat berpegang kepada demokrasi, saya rasa biarlah proses yang diamalkan dalam parti yang menentukan hala tuju dan bagaimana ia hendak menangani isu-isu berbangkit," katanya dalam sidang media di Wisma Darulaman hari ini.

"UMNO memiliki cara-cara yang tersendiri dalam mengatasi perbalahan dalaman, tetapi ia tidak semestinya dikongsi dengan khalayak ramai," katanya.

Mukhriz berharap sambutan ulang tahun penubuhan UMNO hari ini akan menjadikan lebih 3 juta anggotanya bersemangat untuk terus memperjuangkan parti yang menjadi tunggak kepada orang Melayu.

Anggota-anggota UMNO perlu terus berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai parti yang memerintah dan menunjangi Barisan Nasional, katanya.

" UMNO Ada Caranya Tersendiri Menyelesaikan Masalah Dalaman "
" UMNO Ada Caranya Tersendiri Menyelesaikan Masalah Dalaman " - Mukhriz Mahathir Keyataan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir berkenaan isu permasalahan dalaman UMNO setelah ditanya wartawan kelmarin selepas pengumuman senarai ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, May 12, 2015

Tiada ulasan: