Isnin, 8 Jun 2015

BN Kedah Tunai Janji Bina Rumah - Mukhriz


Kerajaan BN Kedah telah meluluskan dan pembinaan sebanyak 27,081 unit rumah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013. Kejayaan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan salah satu janji PRU-13 lalu.

Kerajaan negeri telah menyasarkan pembinaan 40,000 rumah yang meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013 hingga 2018 dan sejak dari 2013 sejumlah 28,081 unit dicapai dan ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang baik.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran.Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).

Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.

"Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.


BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang," katanya.

Sebelum itu, Dato' Seri Mukhriz telah merasmikan Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS) dan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Taman Tunku Intan Safinaz di Jitra. Taman ini dibina oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Beliau juga berkesempatan melihat rumah contoh dan berpuas hati dengan pembinaan oleh BDB.

Tiada ulasan: