Jumaat, 25 September 2015

Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung Menyemai Sifat Perpaduan



Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung yang lebih dikenali sebagai “Mid Autumn Festival” adalah satu pesta kebudayaan yang diraikan oleh masyarakat Cina di Malaysia, bahkan oleh kaum Cina di seluruh dunia. Ia merupakan perayaan tradisional utama kaum Cina selain dari Tahun Baru Cina.

Pada tahun ini, Gabungan Persatuan Orang-Orang Cina Sungai Petani telah dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menjadi penyelaras program Karnival Pesta Tanglung 2015 peringkat Negeri Kedah yang merupakan acara tahunan pada setiap tahun bermula pada tahun 2014 yang lalu.

Cadangan ini disambut kerana sudah menjadi dasar Kerajaan untuk menyemai sifat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Negeri dan juga di Negara kita.

Syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah, kerana telah memikul tanggungjawab dalam merealisasikan program pada malam tersebut.


Sambutan program ini, mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran pengunjung yang ramai terdiri dari pelbagai kaum dan masyarakat di Negeri Kedah. Adalah diharapkan program Karnival Pesta Tanglung pada tahun ini akan lebih meriah dengan sambutan yang lebih menggalakan dari semua kaum dan masyarakat Sungai Petani khususnya serta pengunjung dari luar daerah amnya.



Program seperti ini yang diadakan pada malam semalam akan menjadikan bandar Sungai Petani sebagai sebuah bandar yang dinamik dan meriah. Dalam Karnival Pesta Tanglung terdapat program lukisan dinding yang lebih dikenali oleh mural art telah bermula sejak 19 Ogos yang lalu merupakan satu aktiviti yang bermakna di mana sukarelawan di kawasan Kedah telah mencurahkan tenaga untuk mencantikkan di sebahagian rumah kedai di Jalan Dewa.

Lukisan di dinding ini merupakan lukisan dinding kedua di Kedah selepas Pekan Semeling. Penulis yakin bahawa ini juga akan menjadi satu daya tarikan pelancong menjelang Tahun Melawat Kedah atau lebih tepat lagi Discover Kedah 2016.

Selain itu, pembinaan pintu gerbang di Jalan Dewa juga menggambarkan kerapatan dan kerjasama di kalangan penduduk setempat dengan ahli jawatankuasa. Pintu gerbang ini dijangka akan menjadi mercutanda baharu bagi setiap orang yang memasuki ke kawasan Sungai Petani. Pintu gerbang yang unik juga telah dibina di Medan Selera Jalan Dewa yang merupakan salah satu usaha mencantikkan Bandar Sungai Petani. Penulis juga turut dimaklumkan bahawa penglibatan sukarelawan memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Karnival Pesta Tanglung ini. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, tahniah kepada MCA Kedah, kerana berjaya memupuk perpaduan didalam masyarakat dengan pesta kebudayaan yang amat meriah sekali.





Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah




Tiada ulasan: