Rabu, 21 Oktober 2015

Laporan Penuh Tentang Kes MH17


Seperti yang dijanjikan kerajaan Malaysia telah menerima laporan dari Majlis Keamanan Belanda atau Dutch Safety Board (DSB). Laporan yang dikeluarkan itu mengesahkan bahawa MH17 telah ditembak peluru berpandu BUK atau BUK surface-to-air missile.

Laporan muktamad ini jelas bercanggah dan menafikan terus teori Rusia bahawa pesawat MH17 telah ditembak oleh jet pejuang Ukraine. Siasatan DSB juga mendapati teori alternatif yang lain, sekiranya pesawat ini menjunam akibat daripada letupan dalaman atau terkena tembakan mahupun serangan di udara.

Sehubungan itu, Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai telah menyeru untuk meneruskan pendakwaan walaupun sebelum ini telah digagalkan dengan kuasa veto Rusia ketika dibentangkan ke Majlis Keselamatan PBB untuk menetapkan satu tribunal antarabangsa.

Ketika perjumpaan ketua-ketua negara JIT bertemu di New York baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak telah bersetuju bahawa perjanjian untuk menubuhkan mahkamah bebas antarabangsa bagi mengadakan satu mekanisme pendakwaan yang lebih berkesan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Oleh itu, tidak perlu melengahkan lagi untuk dibicarakan penjenayah-penjenayah ini dan Malaysia bersama-sama dengan negara Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia sentiasa berusaha untuk mencari keadilan bagi waris para penumpang dan anak kapal MH17.

Ketika laporan yang telah dibentangkan di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen di Belanda, Pengerusi Majlis Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra, berdiri di hadapan bahagian ketiga rangka kapal terbang yang dibina semula dari serpihan yang ditemui dari kawasan Timur Ukrain.

MH17 telah terhempas di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777.

Laporan DSB juga mendedahkan ketika MH17 terhempas, kedua-dua pilot telah terbunuh serta merta tetapi penumpangnya masih hidup dalam jangkamasa seminit setengah dan pada masa yang sama, mendapati peluru berpandu BUK buatan Rusia telah dilepaskan dari beberapa meter menuju ke arah kokpit kapalterbang tersebut. Selain itu, DSB mendapati apabila arah peluru berpandu tersebut dikajisemula, ianya datang dari kawasan sekitar 320 kilometer selatan-timur Grabovo, Ukrain di mana kebanyakan kawasan tersebut dikawal pihak pemisah.

Datuk Liow telah mencadangkan agar International Civil Aviation Organization (ICAO) perlu menguatkuasakan maklumat yang relevan mengenai risiko penerbangan dan mewujudkan protokol antarabangsa untuk menyebarkan maklumat-maklumat tersebut kepada negara-negara anggotanya serta syarikat-syarikat penerbangan di mana ia mampu menyelamatkan nyawa manusia.

Kerena, tragedi MH17 ini boleh terjadi kepada mana-mana syarikat penerbangan yang lain, jika semua itu tidak dinyatakan dan dunia tidak mengambil iktibar atas kejadian ini.

Tiada ulasan: