Jumaat, 6 November 2015

Pengerusi SPAD Turun Padang Jumpa Pemandu Teksi

Pengerusi SPAD Turun Padang Jumpa Pemandu Teksi


Masalah Grabcar&Uber ini merupakan antara masalah utama pemandu teksi sekarang. Hingga ada yang mengatakan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak melakukan tugas dengan baik, dengan bahasa kasarnya dorang kata SPAD tak buat kerja.

Benarkah SPAD tak buat kerja?

Tahukah anda SPAD sering-kali berjumpa dan berbincang dengan pemandu teksi, pemandu bas dan lain-lain untuk mengetahui masalah mereka secara berdepan. Tak perlu buat surat, tak perlu tunggu giliran, anda boleh suarakan terus pada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malah baru-baru ini ada perjumpaan telah diaturkan oleh SPAD untuk berjumpa bersama persatuan-persatuan teksi. Malah, sepanjang bulan Oktober dan November 2015 ini, dimana SPAD telah menganjurkan lima sesi pertemuan yang melibatkan lebih daripada 250 pihak berkepentingan di dalam industri teksi. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menerima maklum balas serta feedback pemandu teksi secara langsung tanpa melalui "orang tengah".


Jika SPAD tak bertegas dalam usaha membantu pemandu teksi, takkanlah Pengerusi SPAD sanggup bertemu dengan pemandu teksi dan mengadakan perbincangan untuk mendengar segala rayuan, cadangan dan pendapat dari mereka.

Segala feedback yang diterima oleh pemandu teksi akan diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh SPAD supaya dapat dirangka satu penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik. Ini sekaligus akan memenuhi keperluan dan kemahuan semua pihak terlibat, termasuk pemandu teksi dan penumpang.

Oleh itu kemungkinan besar SPAD akan dapat mencegah atau membenteras terus GrabCar&Uber dengan lebih berkesan.

Tan Sri Syed Hamid Albar bersama pemandu teksi dalam pertemuan mereka.

Tiada ulasan: