Isnin, 21 Disember 2015

Bila Menteri Turun Padang Buat Lawatan Mengejut


Jarang untuk kita melihat seorang Menteri turun padang apabila menerima aduan daripada orang ramai. Kebanyakannya hanya menghantar pegawai atau kakitangan untuk uruskan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, membuktikan bahawa beliau ialah Menteri yang benar-benar bertanggung jawab. Tindakan turun padang ke JPJ Wangsa Maju secara mengejut ini dilakukan DS Liow semata-mata mahu melihat sendiri permasalahan-permasalahan yang diadukan oleh rakyat.

Beliau turut merasai sendiri apa yang dialami orang ramai, Liow mendapati bahawa tempoh masa menunggu di kaunter bagi urusan memperbaharui lesen memandu memakan masa lebih daripada 1 jam. Walhal tempoh yang disasarkan adalah dua kali ganda kurang daripada itu!




Apabila bertanyakan hal itu kepada pegawai JPJ yang bertugas di kaunter berkenaan, beliau diberitahu bahawa pelanggan yang datang ke cawangan tersebut dianggarkan seramai 800 orang setiap hari. Lebih daripada kapasiti yang JPJ ada.

Kemudian DS Liow telah mengarahkan lebih banyak lagi kaunter dibuka, bagi membolehkan perjalanan urusan di situ lebih cepat dan lancar. Katanya, pengurangan masa menunggu merupakan antara yang terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan.




Beliau juga mengenal pasti ada kiosk yang tidak beroperasi selepas waktu bekerja. Sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke kementerian bagi menangani permasalahan yang wujud.

Dalam cadangan untuk mengurangkan kesesakan dikaunter JPJ beliau mungkin akan memperkenalkan beberapa kaunter 'online' untuk memudahkan penguna berurusan dengan JPJ dari rumah sahaja. Itu mungkin dapat diuruskan tapi mengambil sedikit masa.

Ternyata, lawatan mengejut yang dibuat oleh DS Liow, benar-benar memberi manfaat pada beliau dan rakyat melihat kesusahan dan kesepitan mereka dirasai oleh Menteri yang bertanggung jawab dan cuba untuk selesaikan masalah yang selama ini berlaku.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kaedah online lebih menjimatkan masa, bayar online dan jpj pos lesen baru kerumah....mudahkan !.