Ahad, 31 Januari 2016

Surat terbuka Orang Kedah kepada YAB DS @NajibRazak PM Malaysia


Assalammualaikum.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, moga Dato Seri sihat dan meneruskan usaha membawa negara kita kearah yang lebih maju, bukan saja segi ekonomi bahkan sosialnya.
Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk meluahkan rasa hati seorang rakyat terhadap pergolakan politik di Kedah sekarang. Bukan niat untuk mencampuri urusan politik negara atau negeri tapi, hanya ini medium untuk saya luahkan rasa hati.

Dato Seri, tahu tak bahawa, rakyat Malaysia termasuk Kedah sedang mengalami tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kehidupan yang semakin terhimpit malah ada yang mula tertekan dengan cara hidup sekarang.

Tapi apabila isu penukaran YAB Menteri Besar Kedah muncul. Ianya telah tengelamkan berapa isu utama yang lain, rasanya Dato Seri sendiri pun tahu. Malah rakyat juga seakan terlupa akan masalah ekonomi yang melanda diri dan negara. Ini kerana rakyat Kedah hatta Malaysia memandang penukaran Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah adalah satu isu besar yang tak patut berlaku.

Mungkin dari pandangan mata Dato Seri PM, Dato Seri Mukhriz ini tidaklah sehebat mana. Tak penting pun dalam organisasi UMNO. Kemungkinan juga disebabkan Ayahanda beliau yang sering mengkritik pentadbiran Dato Seri, menyebabkan beliau sendiri telah diCOP sebagai api dalam sekam.
Sebenarnya pada pandangan rakyat, Dato Mukhriz adalah HERO, beliau hanya menyuarakan pendapat hatinya mengenai isu-isu semasa yang menghimpit rakyat Kedah. Sebagai seorang MB, sudah tentu beliau mahu menjaga negeri dan rakyatnya ditahap yang terbaik.

Mengenai krisis politik pula, sepatutnya Dato Seri PM boleh menarik nafas lega apabila di Kedah ada seorang pemimpin yang mampu menjanjikan kemenangan pada BN untuk PRU 14 ini. BN Kedah mampu menang, cuma perlu membuat beberapa penambahbaikan saja. Bukan mudah nak cari pemimpin BN yang disayangi rakyatnya buat masa sekarang.

Jikalau Dato Mukhriz mempunyai masalah. Seharusnya beliau terlebih dahulu dipanggil mengadap Dato Seri bertanyakan masalah dan selesaikan secara dalaman. Ketua Bahagian, ketua sayap dan adun yang melakukan sidang media tempohari, saya percaya mereka amat setia dengan Dato Seri, biar apa pun keputusan Dato, mereka tetap akan mengikut arahan.

Jadi adalah lebih baik Dato Seri PM, cuba menyelesaikan masalah ini dengan baik dari dalam. Panggil MB, KB dan semua individu didalam UMNO Kedah untuk berbincang dan cari penyelesaian. Pemimpin yang berjiwa besar seperti Dato Seri PM, seharusnya mampu menguruskan perkara ini, dan saya percaya Dato mampu lakukan.

Masa ini juga Dato Seri boleh membuktikan bahawa Dato Seri mampu mengawal masalah dalaman didalam parti sendiri. Malah kelihatan hebat dimata rakyat apabila bertindak demikian. Jika Dato Mukhriz menjadi hero dimata rakyat, Dato Seri pula menjadi hero kepada beliau, memaaf dan menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh lagi.

Ini boleh membuatkan imej Dato Seri melonjak naik ketahap tertinggi, kerana berjaya memaaf dan menyelamatkan orang yang pernah menegur pentadbiran Dato.

Saya juga percaya orang Kedah dan rakyat Malaysia akan melupakan isu nasional yang lain jika Dato Seri boleh berlapang dada dan menjadi penyelamat kepada hero rakyat yang teraniaya.

Namun semua kebaikan yang saya nyatakan diatas boleh hilang serta-merta, apabila Dato Seri cuba untuk mengugurkan juga Dato Mukhriz sebagai MB Kedah. Ini kerana buat masa sekarang rakyat Malaysia melihat Dato Mukhriz sebagai insan yang teraniaya, dan dibelot oleh rakan-rakannya sendiri. Sepatutnya Dato Seri boleh menjadi hero menyelamatkan keadaan dan bukan menjadi sebaliknya yang lebih memburukkan lagi.

Tindakan gugur tersebut boleh membuktikan (pada pandangan rakyat) bahawa Dato Seri lah yang merancang semua ini dan tidak mungkin rakyat Malaysia akan memaafkan tindakan tersebut, kerana isu simpati ternyata boleh membuatkan orang terlupa akan perkara baik yang lain.

Sesungguhnya rakyat sedang memerhati apa saja tindakan Dato Seri, malah menilai kembali mandat yang pernah mereka berikan. Terpulang pada Dato Seri, samaada mahu menjadikan keadaan lebih baik, atau lebih buruk dari sekarang.

Kerana Dato Seri perlu tahu, sebagai ahli UMNO, saya juga hampir hilang keyakinan terhadap parti, apabila melihat YAB MB kami dibelot dan dianiaya sedemikian rupa. Jika beliau Menteri Besar pun boleh diperlakukan sebegitu, apa sangatlah kami rakyat bawahan ini.

Jadi kini terpulang pada kebijaksanaan Dato Seri untuk menjadi hero pada rakyat, atau menjadi individu yang melawan kehendak rakyat.

Tapi dihati kecil saya menyatakan Dato Seri Najib sebenarnya boleh menjadi penyelamat..percayalah.

- Suara Rakyat Kedah -
‪#‎SelamatkanKedah‬

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalah ni x akan selesai jika Mukhriz terus dianggap sbg org luaq oleh umno kedah. Bukan nak nafikan kesan pengaruh najib. Tp secara jujur boleh x britau brapa ramai ahli Umno kedah yg Mukhriz kenal?

Tanpa Nama berkata...

Aku dah hilang terus kepercayaan pd umno..boleh pegi mampuslah umno

Unknown berkata...

apa yang boleh diharapkan pada lanun bugis tu??
sampai nak bayar gaji [enjawat awam pun guna gst tu pun ada hati nak bina jambatan terpanjang di malaysia,bertambah tambah panjang lah hutang kera jaan..

Tanpa Nama berkata...

Saya jua sempati dgn MB Kedah,tapi orang kedah juga blh menesihati Tun M. serta bersempati dgn DS Najib yg saban hari kena tibai dgn Tun.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya DSN tidak mempunyai pengaruh yang kuat, dia sedar tentang perkara ini, sebab tu dia gunakan CASH untuk mendapatkan pengaruh.

moas berkata...

Aura DSMM bukan setakat di Kedah tpi rakyat di tpt lain yg juga penyokong UMNO....Kami nak pemimpin yg kurang kontroversi...

tanggo berkata...

Ada satu rahsia yg terdapat dalam KERAJAAN KEDAH.
Ia itu penipuan waris Mahsuri.Ramai mereka berkaitan terlibat.Sekali pandang mereka terbabit takut murka Sultan dari murka Tuhan.Salah satu sebab di Kedah jadi ribut.
Tak ramai orang bawahan tahu AIshah yg dikatakan keturunan Mahsuri sebenarnya adalah anakluar nikah seorang tokoh Kedah.Inilah yg sedang diperbetulkan dan akhirnya memanda menteri melepaskan jawatan kerana dipaksa oleh mereka terbabit.

tanggo berkata...

Bila ada orang hendak dedahkan rahsia Aishah waris Mahsuri palsu pasti ada halangan.Mereka takut murka Sultan dari murka Tuhan.Sebenarnya Aishah itu adalah anak luar nikah dari seorang tokoh Kedah.Pasti terbongkar juga kini atau bapanya yg ori meninggal.

Tanpa Nama berkata...

Ini punya mamak Madhey punya pasal. Apa yg dia nak sebenarnya....
Kalau suka serang orang lain, mamak Madhey mesti sanggup kena serangan balas...
Sekarang tahu la kau mamak peluru siapa lebih power...

HAMIDIsP berkata...

Mukhriz satu lagi lambang kegagalan mutlak najib sebagai seorang PM. Najib penakut dan tiada karisma sebagai seorang pemimpin.

tanggo berkata...

Kenapa sudah 2 kali dalam bulan ini usaha nak buat DNA Aishah dan bapanya dihalang dengan pelbagai cara.

tanggo berkata...

Sudah 2 kali dalam bulan ini usaha nak buat DNA Aishah dengan bapanya dihalang dengan pelbagai cara.