Khamis, 3 Mac 2016

Rakyat Sokong Kerana Saya Menentang Kemungkaran dan Kebatilan! - Tan Sri Muhyiddin


KUALA LUMPUR - Sidang Media tergempar oleh Tan Sri Muhyiddin, Datuk Sri Shafei Apdal dan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir di Astro Awani sebentar tadi menyentuh tentang isu pengantungan beliau, dan beliau mengatakan bahawa pengantungan beliau yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi ialah tidak wajar, tidak mengikut proses biasa, dan alasan bahawa beliau tidak melakukan tugas Timbalan Presiden adalah tidak benar.

Beliau akan merujuk kepada ROS tentang perkara tersebut.

Kedua, beliau menegaskan bahawa beliau akan terus kekal dalam UMNO kerana tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan perjuangan parti itu. Malah beliau memberitahu bahawa tak pernah beliau bercakap untuk meninggalkan UMNO. Malah beliau menjadi ahli UMNO dari tahun 1970 lagi. Beliau menjadi ahli UMNO kerana, mahu menjamin dan memperjuangkan masa depan negara kita, Agama, Bangsa dan Negara.

Live Astro Awani

Tan Sri juga menyatakan sokongan rakyat terhadap beliau, kerana berani menentang kemungkaran,

"Rakyat juga menyatakan sokongan terhadap saya, tak kira sama ada saya ahli UMNO atau tidak, tetapi kerana saya berani menentang kemungkaran, tanggung jawab saya, melaksanakan yang hak atau kebenaran, menentang kemungkaran dan kebatilan, itu yang saya lakukan, kerana itu rakyat sokong saya."

Tan Sri juga ada mengulas mengenai dakwaan Azalina mengatakan beliau berkonspirasi untuk jatuhkan Perdana Menteri, jawab beliau.

Apakah dengan mendakwa Perdana Menteri melakukan kesalahan adalah konspirasi? Adakah Pendana Menteri kebal akan undang-undang?

Kami akan siarkan video sidang media ini nanti. - MMFC

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ari tu kan main promote Mukhriz dengan umnunye..

Lihat ape umnu buat!

Umnu dah x guna kerana ia dipenuhi dengan pembodek yang akan sentiasa menyokong siapa yang berduit dan berkuasa!

Sila cari pemimpin dari parti lain. Atau tubuh parti lain yang akan menjadi kerajaan campuran menjatuhkan umnu pru nanti.

Sentiasa Panas berkata...

Sokong!

Tanpa Nama berkata...

Kalau masih ada cita-cita nak jadi PM Malaysia, MESTIlah ada dalam UMNO...nak ke mana lagi???

Tanpa Nama berkata...

Cuba bayangkan awak jadi PM, timbalan awak tabor fitnah dan niat jahat pada awak. Tak setia dan tikam belakang? Adakah awak masih Simpan dia?????

Jika Boss awak dulu tak betul, sepatutnya beritahu dia sendiri, runding dan betulkan bukan jadi batu api ke sana ke sini. Kata alim, macam orang tak alim je.
Timbalan Lim Guan Eng yang kapir tu pun tak buruk2kan dia...bukan Lim Guan Eng tu malaikat tak buat salah, cuma tak dihebohkan je...tak macam orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

sudahlah tu tsmy..berlagak bersih..sapa rakyat yang sokong tu selain puak2 penjilat tegar..

Tanpa Nama berkata...

Cuba ingat balik berapa banyak tanah orang yg tergadai masa jadi MB johor dulu

Tanpa Nama berkata...

Keadaan ekonomi negara Malaysia sedang tenat.
1. Guru2 sekolah, cuba bertanya kpd tukang2 cuci yg bekerja sbg kontrak, bila mereka dapat gaji? Pihak Kerajaan telah melengah2kan pembayaran gaji mereka dgn lambat menegeluarkan cek kpd syarikat pembersihan sekolah sebab Kerajaan mengalami kekurangan duit. Sikit lagi, keadaan ini tidak boleh berterusan. Tukang2 cuci sekolah akan berhenti kerja. Apa akan jadi kpd tandas2 sekolah? Ini boleh diatasi dgn menyuruh murid2 sendiri secara bergilir2 mencuci tandas sekolah. Kira settlelah tu.
2. Cuba pulak tanya kpd jaga2 sekolah bila mereka dapat gaji. Jawapanya juga lambat. Mereka nak makan apa? Jaga2 sekolah pun akan berhenti. Keadaan ini agak merbahaya kerana jaga2 sekolah itu tahu di mana tersimpannya barang2 yg berharga di sekolah spt laptop. komputer, wang tunai dll. Tak mungkin, jaga2 sekolah ini akan merompak sekolah mereka. Tak juga jadi masalah, kan guru2 ada utk bergilir2 jadi jaga sekolah. Kalau malam ini jaga sekolah, besok bolehlah cuti dari mengajar.
3. Lambat-laun, guru2 sekolah pulak tak bergaji. Macam mana nak bayar hutang rumah? hutang kereta? Nak beri makan anak bini?
Pihak Kerajaan Malaysia sudah tidak lagi boleh meminjam dari luar negara, kerana sudah mempunyai hutang tertunggak sebnyak RM800 bilion!
4. Wang terkumpul dlm Tabung Haji akan menjadi mangsa. Wang dlm KWSP akan jadi mangsa. Wang Tabung Angkatan Tentera akan jadi mangsa.
5 Rakyat yg bodoh akan menjadi mangsa. Melayu sememangnya bodoh piang!

Tanpa Nama berkata...

Balik-balik guna nama rakyat. Rayat mana yang sokong jenis manusia lalang macam hampa. Hang pun sama dah kena pegang dengan Mahathir mana mau lari. Cuma Najib bukan jenis manusia yang suka pekena kawan hangpa puas lah dok pemain dia.

Yiddin kami cuma nak peringat sekiranya hang lupa Allah swt tu maha mengetahui apa yang hang pernah buat.

Tanpa Nama berkata...

Awak sendiri pun batil.