Sabtu, 13 Ogos 2016

Sokong Mukhriz Keluar Dari UMNO?


Mengikut kata-kata dari Johari Baharum, kalau sesiapa yang sokong Mukhriz kena keluar dari UMNO. Johari sedarkah apa yang dia kata ni. Jangan dok cabar ikut suka la Johari oii.. tahukah hang bahawa, senarai keahlian ahli UMNO diseluruh negara dah lama tak dikemaskinikan. Orang yang meninggal 5 tahun lepas pun masih ada dalam senarai tu.

Sebab tu bila senarai dihantar ke cawangan-cawangan, ada nama yang dah meninggal masih wujud dalam rekod. Walaupun cawangan dah hantar info kata orang tu meninggal setiap kali senarai dihantar.

Kenapa UMNOhq tidak kemaskinikan data ahlinya?

Mengikut maklumat yang aku terima, jika UMNOhq kemaskinikan maklumat senarai ahli UMNO. Akan banyak cawangan UMNO di negeri-negeri yang akan dibubarkan. Lebih-lebih lagi di Selangor. Sebab tak ramai anak muda yang menyertai UMNO tapi yang meninggal dunia, takkan kita boleh nak tahan-tahan tak bagi orang meninggalkan.

Jadi, senarai ahli UMNO pun dibiar bersawang tanpa kemaskini. Sekarang terjadi krisis dalam UMNO, sudah tentu, jumlah ahli akan semakin berkurangan. Teringgin nak lihat UMNOhq kemaskinikan senarai ahli, apakah masih 3 juta ataupun, sudah banyak terjejas.

Sebab tu bila Ketua Bahagian Kubang Pasu, cabar macam tu, ramai yang gelak dan ketawa, kata Johari ni tak sedaq lagi.

Mungkin itu saja cara untuk dia kekal sebagai Timbalan Menteri, kerana setakat sekarang, bagai tak nampak dia wujud dikementerian tersebut. Hanya pelengkap atas kertas, atau diberi ganjaran kerana sering mengkritik Tun dimedia perdana.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Kedah dah lama dah menyampah kat siJohari Baharum ni,hanya tunggu masaje nak dihumbab kedalam longkang.....

Tanpa Nama berkata...

Wah mamat ni angkuh betul. Mungkin dia masih ok ingat sorang dua saja yang menyokong Mukhriz. Sebulan lagi terkencing terberaklah engkau. Menyesal tak sudahlah nanti dok cabar bodoh gitu.

Tanpa Nama berkata...

Kami rela keluar UMNO.
Kami Rindu Parti Tun Mahathir.
Jom Rakyat Malaysia BERSATU.

Tanpa Nama berkata...

La, dah betul la tu. Kalau dh sokong mukhriz maknanya sokong bersatu la. Elok la keluaq umno...kan...