Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia... Papar semua catatan
Sabtu, 17 Ogos 2013
PANASS!! Perasaan MB Kedah Setelah 100 Hari Mentadbir! #KedahAmanMakmur
DATUK Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei 2013, setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dalam PRU13 dengan memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun.
Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam melantik lapan Exco dalam melicinkan pentadbiran, di mana beliau memegang portfolio Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri.
Sebaik menggalas tugas sebagai Menteri Besar, Mukhriz menggariskan 14 perkara utama manifesto BN Kedah dalam buku Akujanji PRU13 untuk direncanakan sepanjang tempoh lima tahun ini.
Sepanjang 100 hari mengambil alih kepimpinan, Mukhriz dilihat amat serasi terajui Kedah, malah telah merencana perancangan terbaik untuk melonjak ekonomi Kedah melalui beberapa transformasi politik, ekonomi dan sosial.
Sebaik BN berjaya rampas kembali Kedah dalam PRU13, apakah pendekatan yang diterapkan dalam pentadbiran untuk menawan kembali sokongan rakyat?
Mukhriz: Kerajaan BN mengambil pendekatan berhemah sejurus mengambil alih pentadbiran negeri, di mana kita mengambil alih pemerintahan secara perlahan tanpa paksaan terhadap mana-mana pihak. Kita tidak drastik dengan arahkan mana-mana individu meletak jawatan dalam kerajaan, tidak pernah berdendam dengan pengurusan terdahulu. Saya juga memupuk hubungan baik dengan pihak pembangkang, pada hari kedua dilantik sebagai Menteri Besar, saya mengunjungi bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Kedah Medical Centre (KMC) dan turut melawat beliau di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebanyak tiga kali. Saya anggap ini tanggung jawab saya selaku Menteri Besar baru, mewakili kerajaan negeri menghormati dan mengambil tahu kebajikan beliau. Saya dapati pendekatan saya ini diterima baik semua pihak, sama ada Pas mahupun Umno.
Bagaimana penerimaan awal terhadap Datuk sejurus peralihan kuasa?
Mukhriz: Pendekatan sama juga saya terapkan dalam pentadbiran mahupun perubahan di peringkat kerajaan negeri, saya tidak akan lakukan perubahan drastik hingga mencetuskan rasa panik kakitangan khususnya Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS). Apa jua perubahan dibuat dengan mengkaji situasi semasa, sekiranya perlu. Malah dalam minggu pertama sejurus memegang pentadbiran, saya adakan perjumpaan bersama KCS secara tertutup. Saya akui kalangan KCS ada yang cenderung politik, ada memihak kepada Umno dan ada sokong Pas. Itu hak individu, cuma satu pesanan saya, berkhidmat kepada setiap lapisan masyarakat tanpa pilih kasih dan buang dendam kerana kita adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat. Kepada mereka yang tidak menyokong BN, saya harap jangan cuba sabotaj kerajaan negeri, sama ada dengan melengahkan kerja atau tidak luluskan permohonan atau enggan kerjasama dengan ketua jabatan. Ia mudah dibuat namun beri impak negatif kepada negeri. Pendekatan berhemah ini akan saya teruskan pada masa akan datang, kerana kita sudah lama dibelenggu polemik politik yang memecahbelahkan masyarakat. Saya harap kedua pihak akan main peranan masing-masing dan elakkan persengketaan agar tidak jejas kepentingan rakyat.
Kedah sinonim dengan negeri pertanian dan boleh dikatakan agak terbelakang berbanding negeri lain, apa perancangan awal Datuk untuk pulihkan imej selain lonjakan prestasi ekonomi Kedah?
Mukhriz: Saya orang baru di sini dan tak anggap mempunyai penyelesaian kepada semua masalah, terutama aspek ekonomi dalam membangunkan Kedah. Saya juga tiada pengalaman dalam jawatan peringkat negeri sebelum ini, malah saya akui hubungan dengan kerajaan negeri pun kurang rapat. Namun sebagai orang baru, ada juga kelebihannya. Saya tidak dibelenggu masalah terdahulu, saya datang dengan kacamata baru dan tak buruk sangka pada mana-mana pihak. Perancangan awal saya mahu wujudkan Makmal Transformasi Kedah (MTK) untuk bawa masuk pakar dalam pelbagai bidang dari dalam atau luar Kedah. Fikirkan strategi bersama untuk bangunkan Kedah dan pilih sektor yang wajar diberi tumpuan, contohnya, pertanian, pelancongan, industri automotif serta getah berteknologi tinggi. Semua perkara ini sedang diperhalusi untuk menjadikan bandar raya ini membangun pesat. Kita juga akan tinjau projek-projek jangka pendek, sederhana dan panjang. Pada masa sama, tidak abaikan tanggungjawab sosial, di mana projek yang dilaksanakan mesti memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kedah. Untuk jayakan aspirasi ini, aspek pembangunan modal insan juga diberi perhatian. Saya mahu lihat anak Kedah berkemahiran tinggi dan menepati permintaan pasaran agar mendapat faedah daripada pembangunan.
Apakah inti pati perancangan Makmal Transformasi Kedah (MTK)?
Mukhriz: Perancangan ini meliputi jangka masa lima tahun, dalam usaha kekalkan BN sebagai pemerintah. Kita juga ada jangka masa 10 dan 15 tahun. Melalui MTK, saya akan buktikan pada rakyat, ada yang boleh dilaksana dalam tempoh sepenggal, ada untuk jangka masa panjang. Saya percaya apabila rakyat pilih BN, itu harapan mereka terhadap kerajaan yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat. Kita perlu ada strategi berkesan selain berfikir di luar kotak serta memiliki pelaksana yang efisien. Sistem penyampaian juga mesti mantap untuk elak projek gajah putih atau sebarang penyelewengan.
Bagaimana pula dengan aspek sosial, budaya, warisan yang banyak diwarisi negeri ini selaku negeri tertua di negara ini?
Mukhriz: Aspek itu juga tidak akan dilupakan. Kedah sememangnya kaya dengan unsur sejarah, budaya dan warisan. Saya berhasrat untuk hidupkan semula bagi tujuan pelancongan, selain mahu anak muda kita mengenali latar belakang budaya sendiri. Dengan cara ini, mereka akan bangga menjadi anak Kedah selain lebih jelas mengenai jati diri. Sekarang ramai anak Kedah berhijrah untuk cari kerjaya yang menepati cita rasa, ini suatu kerugian. Selain wujudkan peluang kerja dan niaga di sini, saya mahu pupuk rasa sayang golongan muda terhadap negeri ini dan usaha akan dibuat dalam pelbagai cara, antaranya memperhalusi sejarah negeri di peringkat sekolah. Saya juga berhasrat kembalikan kegemilangan budaya Kedah, seperti persembahan Mek Mulung sebagai tarikan baru. Aspek pembangunan pelancongan di Langkawi mahupun tanah besar juga perlu ada ciri-ciri tersendiri untuk serlahkan identiti Kedah, contohnya, Lembah Bujang.
Dalam tempoh 100 hari pentadbiran, adakah BN berjaya menunaikan sebahagian janji-janji dalam manifesto pada PRU13 lalu?
Mukhriz: Matlamat kerajaan negeri adalah untuk tunaikan Akujanji BN, sama ada cepat atau lambat sahaja. Setiap yang disenaraikan sudah diagih kepada Exco berkaitan mengikut portfolio masing-masing untuk diperhalusi. Contohnya, aspek agama yang mahu perkasakan semula sekolah pondok dan maahad tahfiz, di mana kita sudah salurkan dana. Kita juga akan bagi keutamaan pada pembangunan Maktab Mahmud yang berjaya lahirkan ramai ilmuan agama. Bagaimanapun, untuk projek ekonomi ia ambil masa, dan saya harap dalam tahun pertama ini dapat lancarkan beberapa projek besar, seperti Bandaraya Getah Kota Putra di Padang Terap. Kita sedang kenal pasti beberapa syarikat pelabur berteknologi tinggi untuk projek itu. Pada 22-24 Ogos ini, saya akan mengiringi Perdana Menteri ke Bangkok untuk jumpa Perdana Menteri Thailand, untuk memperhalusi memorandum persefahaman yang ditandatangani itu.
Pembinaan litar lumba untuk golongan muda antara janji manifesto yang menjadi tarikan, adakah ia akan menjadi kenyataan?
Mukhriz: Projek itu masih dalam perbincangan, saya sedang berusaha untuk jalin kerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk merealisasikan projek ini. Ini penting kerana mereka ada kepakaran termasuk acara peringkat kebangsaan yang mungkin boleh memanfaatkan litar baru ini. Saya akan pastikan projek ini dilaksana secepat mungkin.
Isu pembalakan dijadikan agenda sebelum PRU13, adakah Datuk akan lebih selektif berikutan Datuk antara individu yang mendokong gerakan hentikan pembalakan di Pedu melalui Jaringan Gelombang Merah sebelum ini?
Mukhriz: Saya kotakan janji di mana isu itu ditangani dengan baik. Alasan kerajaan terdahulu untuk tebang balak tetapi berselindung di sebalik bangunkan ladang buah di Pedu, sudah dihentikan. Kita hanya teruskan pembalakan secara selektif untuk elak pencemaran alam sekitar. Ini yang kita bangkitkan dalam Akujanji BN PRU13. Pembalakan dalam Tasik Pedu pernah dibangkitkan oleh BN sebelum ini, namun ia perlu dikaji sama ada berbaloi untuk diteroka atau sebaliknya. Pokok balak itu ditenggelami air dan ia tidak menyumbang kepada ekosistem. Kayu bernilai tinggi itu tetap bertahan walau terendam lama dalam tasik. Jika kos dapat dikawal ada kemungkinan kita akan kaji. Kedah akan terus mempraktikkan amalan sebelum ini, di mana pembalakan dibuat secara tender untuk tingkatkan pendapatan.
Kerajaan negeri berhasrat untuk lakukan transformasi ke arah negeri berteknologi tinggi?
Mukhriz: Kedah sinonim dengan tanaman padi dan sudah selesa dengan status itu, namun dari aspek struktur tidak memberi pulangan besar, malah petani tidak beroleh hasil lumayan. Formula itu perlu diberi nafas baru, adakah kita berani keluar dari zon selesa? Saya sedar peranan Kedah sebagai pembekal makanan negara namun ia menjadi faktor menyekat pembangunan negeri. Perlu cari satu formula baru untuk kedua-duanya tanpa korbankan mana-mana aspek. Saya juga perlu yakinkan semua pihak untuk buat perubahan ini.
Adakah ini bermakna tanah sawah akan bertukar status tanah industri?
Mukhriz: Kita masih ada tanah yang bukan tanah sawah untuk dimajukan sebagai taman industri, seperti di Bukit Kayu Hitam, di mana 3,000 hektar sudah dikenal pasti. Perbincangan turut diadakan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk kita bangunkan kawasan pinggiran Mada sekitar 8,000 hektar. Kita akan bangunkan Alor Setar sebagai Bandaraya Metropolis yang menjadi tumpuan ilmuan dengan wujudnya universiti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berteknologi tinggi.
Bagaimana dengan dakwaan Selatan Kedah lebih maju berbanding Utara Kedah?
Mukhriz: Perbezaan ini wujud kerana kawasan Selatan mengambil manfaat kerancakan ekonomi Pulau Pinang. Saya akan wujudkan pembangunan riadah di Selatan untuk tarik rakyat Pulau Pinang untuk melancong ke Kedah. Bagi Utara yang juga kawasan sempadan juga berpotensi dimajukan, saya yakin apabila projek Kota Putra dan Kota Perdana Bukit Kayu Hitam dibangunkan, pertumbuhan ekonomi rancak. Kita akan wujudkan hab logistik untuk kumpul dan edar produk PKS Kedah ke seluruh negara termasuk eksport ke Thailand. Kedah Utara bakal alami fasa pertumbuhan pesat namun berbeza sektor dengan kawasan Selatan.
Apakah perkara paling mencabar dalam tempoh 100 hari mentadbir?
Mukhriz: Paling sukar ialah untuk ubah pemikiran pelbagai pihak untuk terima transformasi yang dibawa dalam pentadbiran saya. Transformasi ini bukan perubahan tetapi yang diharapkan transformasi yang menuntut mereka keluar daripada zon selesa dan buat keputusan yang akan ubah nasib secara drastik. Ia perlukan keberanian.
Apa yang dapat Datuk rumuskan sepanjang menerajui Kedah?
Mukhriz: Saya akui masih dalam proses pembelajaran dan pengalaman di MITI banyak membantu. Setakat ini ia adalah perjalanan yang menarik. Ada yang berkata, untuk menawan hati rakyat Kedah mudah sahaja iaitu gunakan pendekatan mesra dan mudah berkomunikasi untuk menang PRU. Saya sudah cuba tetapi ia tidak cukup, yang penting perlu tunaikan janji yang dibuat dalam usaha tingkatkan taraf hidup rakyat. Ini keutamaan saya. Bukan mudah untuk yakinkan orang untuk buat perubahan. Saya tidak mahu lihat Kedah terbelakang lagi, saya mahu Kedah pesat membangun dan yakin ia boleh dilakukan. Saya akan cari peluang terbaik dan teroka potensi Kedah, anda akan teruja dengan apa yang kita ada kelak. Saya optimis dalam tempoh lima tahun, Kedah akan berubah wajah!
Jumaat, 9 Ogos 2013
HOT INFO! Jalan Kaki Sejauh 5,700KM Ke Makkah!
Seorang warga Bosnia bernama Senad Hadzic, 47, berjaya mengharungi pelbagai cabaran sejauh 5,700 km dalam masa 314 hari dengan merentasi tujuh negara termasuk Syria.
Hadzic turut membawa beg galas seberat 20 kilogram bagi merealisasikan hasratnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.
"Saya tiba di Syria dan berjalan sejauh 500 km merentasi negara itu dalam tempoh 11 hari. Berikutan konflik meruncing di negara tersebut, saya juga terpaksa melalui pemeriksaan di puluhan pos kawalan keselamatan yang dikawal oleh tentera kerajaan dan pemberontak.
Bagaimanapun, saya tidak pernah ditahan oleh mereka kerana segala urusannya seperti dipermudahkan oleh ALLAH SWT," katanya.
Selain itu, Hadzic terpaksa berhadapan dengan perubahan suhu di beberapa negara.
Menurutnya yang terendah dicatatkan adalah -35 darjah Celsius di Bulgaria, manakala suhu paling panas adalah 44 darjah Celsius di Jordan.
Sebelum tiba di Makkah, beliau terkandas beberapa minggu di Istanbul untuk memperoleh kebenaran bagi merentasi Selat Bosphorus.
Dia juga terpaksa menunggu dua bulan di sempadan Jordan-Arab Saudi untuk mendapatkan visa.
Masyallah di akhir zaman ni masih ada lagi orang macam ni.
Khamis, 11 Julai 2013
INFO! Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah Bertindak Bijak!! #HanyaDiKedah
Nampaknya masalah KUIN hampir selesai apabila kakitangan Insaniah Holding diserap masuk sebagai kakitangan KUIN tetap. Lepas ni tak ada lagi, orang akan kata Kerajaan BN balas dendam terhadap Insaniah Holding.
Keputusan kerajaan Kedah menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun turut dinikmati 26 pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd yang diserap sebagai kakitangan tetap.
Pengarah Perhubungan Awam Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata mereka yang terdiri daripada pekerja penyelenggaraan dan kebersihan itu akan menikmati semua kemudahan sebagai anggota sebuah badan berkanun.
Beliau berkata surat pelantikan pekerja itu diserahkan sendiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin kepada wakil mereka Salim Baharom pada perjumpaan dengan kakitangan Kuin baru-baru ini.
"Pelantikan ini menandakan kerajaan negeri juga prihatin dengan kebajikan kakitangan anak syarikat milik Kuin kerana antara mereka ialah ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
"Pengurusan Kuin berharap pelantikan ini menggembirakan semua pihak terlibat terutama dalam menyambut bulan Ramadan al Mubarak ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Semalam, Mukhriz ketika mengumumkan institusi pendidikan swasta milik kerajaan negeri itu dijadikan badan berkanun, berkata tindakan itu bermakna semua kakitangan Kuin bakal menikmati enam kelebihan antaranya kenaikan gaji 13 peratus mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.
Sementara itu, seorang pekerja terlibat yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Kedah yang diterajui Mukhriz kerana tidak mengenepikan golongan bawahan.
Pekerja pembersihan, Amnah Omar, 48, berkata Insaniah Holdings mengalami masalah kewangan sehingga gaji mereka tidak dibayar dan Kuin tampil menyelesaikan masalah itu.
"Saya dan rakan-rakan sangat lega dengan keputusan kerajaan Kedah menyerap kami sebagai kakitangan tetap Insaniah Holdings," katanya. - Bernama
McTheory:
Bukti Kerajaan Kedah sekarang lebih utamakan rakyat dari Kerajaan Pas dulu..
Khamis, 28 Februari 2013
HOT INFO! Kisah Christopher Calumbus Belajar Jelajah Dunia Hanya Penipuan?
Mengikut
sejarah Barat, Magellan, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alexander
de al Buquerqu adalah beberapa nama yang diangkat menjadi tokoh
pelayaran dunia Barat serta mubaligh ajaran Kristian yang tersohor.
Mereka juga yang mengangkat Ferdinand Magellan menjadi manusia pertama
yang berjaya mengelilingi dunia. Benarkah fakta ini?
Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka.
Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka.
Antaranya ialah
kesusahan serta keperitan mereka ketika belayar, tekanan dan dilema
yang dihadapi oleh anak-anak kapal yang letih belayar, sikap tidak putus
asa mencari jalan untuk pulang ketika tersesat di lautan yang luas,
kapten kapal yang obses dengan sejarah pelayaran terdahulu dan
bermacam-macam lagi. Hal inilah yang turut saya rasakan ketika menonton
kisah pelayaran Magellan pada tahun 1520 yang disiarkan di TV1 baru-baru
ini.
Jangan kita larut dengan propaganda Barat ini kerana umat Islam lebih awal melakukan aktiviti pelayaran berbanding Barat! Buktinya, rekod pelayaran Ibnu Batutah yang dicatatkan dari tahun 1325 hingga 1354 masih lagi wujud dan digunapakai hingga ke hari ini.

Pengembaraan
Abu Abdullah Muhammad b. Abdullah Al-Lawati Al-Tanji ini bukan sahaja
melibatkan pelayaran di laut tetapi turut melibatkan perjalannya di
darat yang merangkumi kira-kira 75 000 batu perjalanan.
Ibnu Batutah
juga merupakan tokoh Islam yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dan
bukannya berbentuk empat segi seperti yang didakwa oleh seorang lagi
tokoh pelayaran Barat, Ptolemy. Peta pelayaran lengkap Ibnu Batutah
gagal diperoleh oleh orang Barat.
Oleh itu, tidak
hairanlah Magellan tersesat beberapa kali di lautan serta terpaksa
mengikut nalurinya sendiri ketika belayar kerana menggunakan peta dunia
yang dilukis oleh Ptolemy. Peta tersebut juga diakui tidak mengikut
skala saiz bumi yang asal(diameter bumi kurang 28%). Akhirnya, mereka
mencipta pelayaran sendiri dan di akhir pelayaran Magellan, baru
dibuktikan bumi itu bulat!
Kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar(Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan) telah ditulis oleh Ibnu Jauzi, seorang juru tulis Sultan Morocco dan karya agung tersebut telah diterjemah ke beberapa bahasa lain.

Karya ini juga
menjadi rujukan utama untuk armada laut kerajaan Abbasiyah dan
Uthmaniyyah ketika melakukan pelayaran dan penjelajahan menakluk
negara-negara di bahagian dunia yang lain. Secara tidak langsung, proses
dakwah agama Islam telah awal lagi dilaksanakan oleh kerajaan Khilafah
Islam berbanding orang Kristian Barat. Hasilnya, wujudlah beberapa
kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Delhi di India.
Bidang kejuruteraan maritim Islam berkembang mudah kerana galakan pemerintah Islam. Kerajaan Abbasiyah ketika zaman pemerintahan Khalifah Mutawakil (220H/884M) amat menggalakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran dilakukan.

Dinasti
Fatimiyyah(350H/915M) pula telah memonopoli angkatan laut di Afrika
Utara dengan pembinaan dermaga-dermaga kapal bersama penciptaan kapal
dan alat pelayaran yang lebih maju. Pembinaan kapal oleh Barat turut
dipengaruhi oleh seni bina asal yang dipelopori Islam. Selain itu,
faktor geografi negara Arab yang strategik (antara Timur dan Barat)
memudahkan siri pelayaran dan penjelajahan dilakukan berulang kali.
Agenda asal pelayaran oleh orang Barat sebenarnya bertujuan untuk meneruskan siri Perang Salib. Mereka melakukan pelayaran untuk sampai ke kawasan-kawasan yang dikatakan telah berlaku perkembangan agama Islam dan cuba mengkristiankan masyarakat Islam di sana.

Jelas bahawa
tujuan mereka adalah kerana agama(lihat layar kapal Victoria yang
digunakan Magellan-bertanda salib) di samping cuba meluaskan pengaruh
kuasa negara asal mereka ke negara-negara luar. Orang Barat sebenarnya
hanya mampu mengambil alih fahaman pagan dan animisme, bukannya agama
Islam kerana aqidah masyarakat Islam lebih kuat dan Islam lebih awal
sampai dari yang mereka jangkakan.
Masyarakat
Islam di Filipina misalnya, melarikan diri ke negara lain yang terdekat
iaitu Ambon dan Mindanao apabila kawasan mereka dimasuki oleh pendakyah
Kristian dari Sepanyol ini.
Walaupun agama menjadi matlamat utama pelayaran mereka, sistem yang diamalkan oleh Sepanyol tetap zalim berbanding penjajah Barat yang lain. Mereka mengamalkan sistem buruh paksa ke atas rakyat tempatan sedangkan penjajah British mengajar rakyat jajahannya menjadi pegawai. Beza sekali sistem yang diamalkan oleh kedua negara penjajah ini.
Ingin saya tekankan di sini bahawa kebangkitan penjajah Barat dalam bidang pelayaran adalah lewat jika dibandingkan dengan Islam kerana proses pengkolonisasian mereka hanya bermula selepas kejatuhan empayar Andalus yang diikuti dengan siri peperangan Perang Salib. Tidak mustahil jika dikatakan sekiranya empayar Andalus berjaya dipertahankan hingga kini, era kegemilangan Islam akan berterusan dan negara Barat tidak akan berjaya menguasai dunia mahupun mewujudkan sejarah pelayaran yang kononnya dimulakan oleh mereka.
Negara Barat sebenarnya hanya mengambil peluang apabila Kerajaan Abbasiyah bangkit! Ketika Abbasiyah mula cenderung ke arah timur dan mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, Barat mula mengumpul kekuatan untuk bangkit di penghujung pemerintahan kerajaan Islam ini. Sekurang-kurangnya Abbasiyyah tidak bergabung tenaga dengan kekuasaan saki-baki Umayyah di Andalus untuk meluaskan kuasa ke dunia barat. Pada masa yang sama, negara Barat turut membawa bersama ilmu-ilmu hebat milik Islam dan mengatakan ia milik mereka!
Islam terlebih dahulu melakukan eksplorasi dunia yang membawa kepada penemuan bidang ilmu lain seperti ilmu buruj, ilmu kejuruteraan maritim serta ilmu perdagangan. Satu kenyataan yang perlu diingat-tamadun Islam adalah tamadun yang paling awal(660-1924) dan paling lama, kira-kira 1300 tahun, berbanding tamadun Barat yang baru berusia 600 tahun(1400-2008)

Selasa, 24 Julai 2012
GEMPAR!! Berita Ni BIKIN Pakatan Haram Panasss!!
Malaysia berada di landasan ekonomi yang betul . Ini bukan orang UMNO yang kata, tapi Wall Street Journal yang kata . Media yang selalu hentam Malaysia melalui proksi mereka Anwar Wall Street Journal terpaksa mengakui hakikat ini.
Antara beberapa point penting yang dilaporkan oleh WSJ untuk menyokong pandangan mereka ialah:-
1. Initial Public Offering (IPO) kedua dan ketiga terbesar di dunia ialah dari Malaysia iaitu Felda Global Venture Berhad (RM 10 billion) dan IHH Healthcare (RM 6.3 billion)
2. Penanda aras bagi indeks KLCI Malaysia juga mencatat rekod pada hari Rabu yg lepas apabila meningkat hingga 7% tahun ini.
3. Ekonomi Malaysia juga dipuji apabila mencatatkan kadar pengangguran yang rendah,kadar inflasi terkawal, dan kadar pertumbuhan kasar produk domestik yang dijangkakan sekitar 5% tahun ini.
4. Bank-bank di Malaysia juga dalam keadaan baik dengan kualiti aset yang mantap.
Link untuk article ni ada disini, nak baca article penuh kena subscribe lerr.
Apa pun kalau tengok di ruangan komen, ada la juga yang tak puas hati bila bagi komen berbau sotong dan udang kering. "Small investor have always been lured buying blindly...bla bla bla" . Siapakah yang bodoh nak melabur berjuta-juta (nilai 'small' investor I guess?) diluar negara tanpa mengkaji kestabilan ekonomi,budaya,sumber manusia dan sosio politik sesebuah negara.
Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya kerajaan yang memerintah bertukar? Keyakinan pelabur2 akan jadi goyang, mesti diaorang nak tengok prestasi kerajaan yang baru sebelum nak buat keputusan. Tapi berdasarkan rekod Pakatan yang tak habis2 bermain politik,jika mereka jadi kerajaan maka alamatnya tak kemanalah negara yang dibina hasil titik peluh kerajaan BN .

Sumber Mc ambil dari BedaMan
Selasa, 10 Januari 2012
Wajib Baca!! Warkah Untuk Ahli UMNO dan Rakyat Malaysia!!
Ahli2 Umno dan Rakyat Malaysia,
Terlepasnya Anwar Ibrahim dari hukuman Mahkamah Tinggi memperlihatkan,
1. Segala fitnah dan pembohongan Ai selama ini bahawa kes Saiful v Ai adalah satu konspirasi Bn/Umno adalah satu bidaah dan semata2 propaganda dan tipu helah Ai dan Pkr selama ini.
Isnin, 8 Ogos 2011
IKTIBAR BUAT RAKYAT MALAYSIA!! wajib baca!!
8 ketua kampung di daerah sintang kalimantan barat kecewa dengan kerajaan Indonesia yang gagal menyediakan prasarana dan mengabaikan tanggungjawab serta perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya di sempadan sabah dan sarawak.
Mereka berhasrat untuk mengibarkan bendera Malaysia sempena hari kemerdekaan republik itu pada 17 ogos nanti.
Menurut mereka selama ini sejumlah besar penduduk di kawasan kalimantan terpaksa mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan mencari kerja di Malaysia kerana kerajaan republik itu gagal menunaikan janji mereka.mereka hanya datang bila berkempen sahaja.sesudah menang hanya janji tinggal janji..
Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dapat menikmati segala kemudahan prasarana yang terbaik di sediakan oleh kerajaan Malaysia yang jauh lebih baik dari negara jiran itu.
Jadi lah seorang rakyat yang cintakan negara bukan memburuk burukkan negara di luar sana..
Langgan:
Catatan (Atom)