Memaparkan catatan dengan label Meninggal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meninggal. Papar semua catatan
Jumaat, 29 Jun 2012
TERKINI! Osman Kering Meninggal Dunia - Zed Zaidi
Mc terbaca twitter Zed Zaidi yang menyatakan Osman Kering telah meninggal dunia. Takkanlah Presiden Baru Seniman nak menipukan..
McTheory:
Al-fatihah! kepada Roh Pak Osman
Khamis, 3 Mei 2012
TERKINI!! Bob Kuman Meninggal Dunia - Al Fatihah!
Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.
Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Bob Kuman,semoga Allah S.W.T menempatkan Arwah bersama orang-orang yang beriman
untuk mengetahu kisah lebih lanjut tentang arwah Bob Kuman sila klik sini
McTheory:
Al-Fatihah pada Allahyarham..
Isnin, 20 Februari 2012
TERKINI!! Al-Fatihah, Latif Ibrahim meninggal dunia!!
Dua hari lepas Mc tersalah lapor mengenai Latif Ibrahim, namun kali ini Mc mendapat berita yang benar dan tepat.
Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Sabtu, 24 Disember 2011
HILANGNYA SEORANG TOKOH ISLAM YANG MENYINAR!! - Al Fatihah
Innalillah.. terkejut Mc dengan pasal berita ni.. Sebak pun ada.. Mc meyanjungi beliau sebagai seorang Ulamak yang low profile.. baik dan lembut orangnya..
AL-FATIHAH
Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang hari ini.dan jenazah akan di bawa ke rumah anak allahyarham di Puchong.
di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung
AL-FATIHAH
Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang hari ini.dan jenazah akan di bawa ke rumah anak allahyarham di Puchong.
di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung
Ahad, 19 Jun 2011
PAK UDA @ ZAMI ISMAIL MENINGGAL DUNIA!! Al Fatihah..
Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah pun meninggal dunia pagi tadi. Pak Uda telah meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung…Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Al-Fatihah buat arwah Pak Uda, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
jenazah Allahyarham Pak Uda akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampungnya di Tapah, Perak.
Al-Fatihah.
Sabtu, 12 Februari 2011
ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA!! Al-fatihah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia. Khabarnya beliau terjatuh di bilik air dan kemudian dikejarkan ke hospital. Beliau meninggal dunia di Hospital Temerloh jam 6.30 petang tadi.
Jenazah beliau akan dikebumikan pada esok pagi di Kuala Krau. Semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan orang yang beriman.
Al Fatihah..
P/s: Dun Kerdau merupakan kubu kuat pembangkang tapi beliau telah menewaskan parti PKR pada pilihanraya umum 2008 yang lalu dengan majoriti 1374 undi. DUN Kerdau merupakan kubu kuat PAS negeri Pahang dimana PAS negeri beroperasi di dalam DUN tersebut.
Mctheory:
Satu lagi PRK akan berlangsung!!
Jumaat, 9 April 2010
Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hui Choi meninggal dunia di kediamannya di sini pada pagi Jumaat, setelah sekian lama menghidap barah.
Mendiang Lau berusia 68 tahun.
Setiausaha sulitnya, Peter Hu mengesahkan Lau, yang juga Anggota Parlimen Bandar Sibu, meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
-- BERNAMA
MctHeory:
Pilihanraya kecil lagi!
Sabtu, 2 Januari 2010
Al-Fatihah Buat 'Tok Mat'
Mantan menteri penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Tok Mat antara menteri dalam UMNO yang amat bertanggungjawab dan tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri penerangan hingga digelar sebagai Mr Propaganda dan Mat UMNO oleh Tun Dr Mahathir. Jasamu amat dikenang Tok Mat.
MctHeory: Sedekahkan AL-FATIHAH buat Tok Mat!
Tok Mat antara menteri dalam UMNO yang amat bertanggungjawab dan tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri penerangan hingga digelar sebagai Mr Propaganda dan Mat UMNO oleh Tun Dr Mahathir. Jasamu amat dikenang Tok Mat.
MctHeory: Sedekahkan AL-FATIHAH buat Tok Mat!
Langgan:
Ulasan (Atom)





