Sponsor

Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2015

MCA Sokong PDRM Cegah Fahaman ISIS



Ancaman Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) bukan perkara baru. Pelbagai seminar, penerangan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dan agensi untuk menyedarkan orang ramai mengenai ancaman kumpulan penganas ini.

ISIS bukanlah kumpulan pejuang agama seperti mana yang mereka nyatakan. Mereka hanya mengunakan nama Islam untuk menarik sokongan umat Islam yang lain sedangkan cara mereka dan perjuangan mereka tidak langsung berpandukan Islam yang sebenar.

Di Malaysia, baru-baru ini Parti Komponen Barisan Nasional (BN) MCA menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menghargai usaha PDRM di dalam perjuangan menentang penyebaran ideologi militan di Malaysia terutama golongan ISIS.

Seminar Keselamatan Negara & Ancaman Militan IS telah dirasmikan oleh Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, seminar telah dibuat di Wisma MCA.



MCA tidak memandang ringan terhadap ancaman militan ISIS memandangkan ia boleh menggugat keselamatan negara. Dalam ucapan perasmian DS Liow berkata, jika 1% sahaja dari militan IS yang dianggarkan oleh pihak PDRM berjumlah 50,000 memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia, pasti sekali negara akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara.

Menurut Liow lagi,

Bukan sahaja Malaysia saja menerima ancaman pelampau ini, negara seperti Perancis, Filipina dan beberapa negara lain turut menerima padahnya. Pendirian rasmi MCA menurut beliau adalah berkaitan militan ISIS tiada kaitan dengan Agama atau Bangsa.

Seperti yang penulis katakan, ISIS bukan perjuangkan agama Islam.

Oleh itu MCA amat berpuas hati dengan kerja kuat yang dilakukan oleh PDRM dalam mengekalkan keamanan negara dari ancaman pengganas.

Tahniah PDRM, teruskan usaha murni ini!


Isnin, 30 Mac 2015

PDRM Penat Tangkap Penghasut, Peguam Negara Boleh Buat Apa?


Minggu ini sudah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat ditahan oleh pihak polis. Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai kesalahan, tapi jelas ianya berkaitan dengan hasutan jahat,
menghasut untuk mencemar keamanan negara.

Pihak polis juga berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan aktivis ‘songsang’ si Hishamuddin Rais yang telah ditangkap semalam. Katanya kedua-dua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Episod penahanan pemimpin PR bermula, apabila dikatakan mereka sering mengeluarkan ayat, atau perkataan yang menghasut rakyat membenci kerajaan dengan fakta yang tidak betul dan boleh dipertikaikan. Tentu ianya ada kaitan dengan penahanan Ketua Umum mereka atas kes meliwat pembantu peribadinya.

Sejak dari peristiwa penahanan tersebut, mulalah konco-konco Anwar membuat kacau diseluruh negara dengan berdemo kononnya atas nama keadilan dan mahu Anwar dibebaskan. Tak cukup dengan perkara tersebut, mereka juga pernah mengunakan nama KDYMM YDP Agong apabila dikatakan baginda tidak bersetuju dengan keputusan Anwar dipenjarakan, berdasar isu politik.

Sedangkan pada hakikatnya, Anwar dipenjara bukan atas dasar isu politik, kerana sejak bila meliwat tu menjadi satu perbuatan politik? Apakah dengan perbuatan meliwat pembantu peribadi secara paksa pun boleh dikatakan kes politik?

Macam mana pula jika ada kes lelaki India merogol perempuan melayu, apakah itu perbuatan boleh diklafikasikan sebagai RASIS? Sebab ia melibatkan India rogol Melayu? Sedangkan isu
utamanya ialah merogol, bukan warna kulitnya. Biar sesiapa pun yang melakukan perbuatan tersebut, hukumannya tetap sama.

Sebab itu kes Anwar tidak boleh dikategorikan sebagai kes politik.

Kini polis sudah pun bertindak dengan menangkap para penghasut yang mengajak rakyat membuat kacau di jalanraya. Tapi tugas polis hanya mampu menangkap dan mengumpul bukti. Untuk mendakwa mereka yang ditangkap, ianya bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.

Jadi penulis serta rakyat Malaysia, menaruh harapan yang tinggi pada Jabatan Peguam Negara untuk membuka laporan dan mendakwa mereka yang dikaitkan dengan penahanan pada kali ini.
Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?

Harapan rakyat Malaysia janganlah dihampakan lagi. Mohon Jabatan Peguam Negara tidak tidur buat kali ini..

MyKMU

Selasa, 24 Mac 2015

Henti Pertikai Pasal Hudud Kerana ia Mengundang Kemarahan Militan IS



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya orang awam tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia akan mengundang tindak balas daripada kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah membuat komen berhubung perkara itu bagi mengelakkan reaksi daripada penyokong kumpulan itu.

“Jadi saya ingin mengingatkan orang kita yang terus membuat komen-komen berkenaan agama Islam, tentang hudud, jangan buat sebarangan komen.

Kamu undang tindak balas daripada penyokong IS,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mendapat ancaman daripada IS dan laporan risikan menunjukkan mereka merancang untuk membuat serangan.

Rabu, 21 Ogos 2013

PANASS!! Gengster Balas Dendam Anggota Polis Dalam Bahaya!



Perhatian kepada anggota polis, keluarga kepada anggota polis atau kepada mereka yang dok berlakon syok-syok nak jadi polis!!

Kumpulan 04 akan ambil tindakan balas keatas 5 orang ahli mereka yang terbunuh, setelah berbalas tembakan dengan anggota polis kelmarin. Perancangan awal untuk menyerang pegawai atau anggota polis yang bersendirian dan terpencil.

Sila ambil langkahan keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja. Elakkan menggunakan laluan yang sama dalam perjalanan. Ingat sentiasa tengok cermin pandang belakang semasa memandu. Jika boleh elakkan berhenti di trafik light.

Mana mana pegawai dan anggota yang letakkan sticker Polis pada cermin kereta, minta tanggalkan sticker tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindak balas dari ahli ahli keluarga atau geng berkenaan.

Jangan pandang remeh hal ini, kerana ia mungkin menyebabkan isteri kita akan menjadi mangsa disebabkan kealpaan kita.

Baik ambil tindakan pencegahan dari menyesal ianya berlaku.

Kisah 5 penjenayah ditembak mati ahli kumpulan kongsi gelap boleh baca kat SINI


 McTheory:
 Polis di ugut.. puak Pakatan taknak bela polis ka?

Sabtu, 3 Ogos 2013

HOT! Anak Pengasas Ambank diminta pulang bantu siasatan polis!



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.



"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari wartawan berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.


Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.

Khamis, 30 Mei 2013

PANASS!! Berita yang buat Pencacai Pakatan Haram Bengang!! #TolakPR



Kat bawah ni ada berita mengenai Polis muda dapat pengiktirafan. Sabar itu separuh daripada iman. Tengok akibat dari sabar, dapat penghargaan khas. Harap menjadi tauladan kepada anggota yang lain.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh menyampaikan Surat Perhargaaan Khas Ops Aman kepada Konstabel Muhalim Osop yang sabar menghadapi caci hamun sekumpulan peserta perhimpunan bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa pembangkang di depan Balai Polis Jinjang Khamis lepas.


Muhalim, 22, dari Sabah yang bertugas di balai itu pada malam kejadian, melayani karenah peserta pehimpunan dan mendengar kata-kata kesat mereka kepadanya tanpa mengambil sebarang tindakan agresif.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak pihak berkuasa membebaskan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Amar Singh memuji tindakan Muhalim dan menyifatkan kesabaran serta kecekalan anggota polis mengendalikan perhimpunan itu perlu dijadikan teladan oleh seluruh pasukan keselamatan berkenaan.



"Kumpulan tersebut sengaja menghamburkan kata-kata sengaja menghamburkan kata-kata kesat yang mencabar polis, tetapi beliau amat sabar dan tenang walaupun berdepan dengan cabaran besar itu.

"Ada seorang perempuan yang mendakwa dirinya peguam, menuding jari ke muka beliau, namun beliau tetap sabar dan bertindak secara profesional dengan menenangkan mereka secara baik," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Kalau orang lain, rasanya dah lama perempuan tu kena ketuk dengan cota gamaknya. he he..


Tapi kat video bawah ni Anwar kata lain? Cuba tengok..



Tu pun Anwar kata 95% polis menyokong Pakatan Haram.. ha ha ha.. 95% polis menolak kot.. menyokong tu dalam mimpi saja.
Hari-hari ceramah maki polis, kutuk polis macam-macam, kata polis mati sandiwara la, polis anjing la, tiba-tiba nak harapkan sokongan Polis? kah kah kah.. waya putuih ka apa Anwar ni?

5% polis undi Pakatan tu pun kira dah banyak la. Patutnya polis kena 100% tolak Pakatan Haram. Sebab Pakatan Haram ni yang dok buat kacau, kalau depa takdak aman damai Malaysia. Kerja polis pun senang!

McTheory:
Macam mana 5% Polis tu boleh undi Pakatan? Takdak hati dan perasaan kot?

Rabu, 29 Mei 2013

TUDIAA!! Beberapa Lagi MACAI Anwar akan ditangkap!! #SupportPDRM


Bila polis mula bertindak, mulalah mangkuk-mangkuk PR ni meroyan takut kena tangkap. Kalau taknak kena tangkap, duduk rumah diam-diam la. Sapa suruh pi demo sana sini. Sendiri buat, sendiri tanggung la.

Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat.

Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa.

Polis kini tengah mengesan aktivis dan pemimpin Bersih 2.0 Hishamuddin Rais.

Hishamuddin merupakan satu-satu suspek yang belum diberkas walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 petang tadi.

Empat lagi yang lain—iaitu Mohd Tamrin Abdul Ghafar, Harris Fatillah Mohamed Ibrahim(Haris Ibrahim), Muahmmad Safwan Anang @ Talib, and Chua Tian Chang(Tian Chua) telah diberkas tadi.

Mengikut satu kenyataan akhbar, timbalan ketua polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh, waran tangkap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dikeluarkan oleh mahkamah majistret.

“Penama di para 1 hingga 4 waran tanggap telah disempurnakan dan dikehendaki hadir mahkamah Seksyen Jenayah 1, Kuala Lumpur pada 29 mei 2013 jam 8.30 pagi.”

McTheory:
Tangkap pengkhianat negara...tangkap!!

Khamis, 23 Mei 2013

TERKINI!! Makin Ramai MACAI Anwar Telah Di Tangkap!! #SupportPDRM


Betina garit dok maki polis..

Makin ramai macai Anwar di tangkap kerana membantah! Seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini, malam tadi.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut.

Terkini, sebentar tadi Polis menahan 2 ekor lagi penghasut negara, Tian Chua dan Harris Ibrahim, dibawah section 4 (1) Sedition Acts. Kedua-dua ekor penghasut ini dibawa ke balai Polis Jinjang untuk disoal siasat.

Mc percaya, malam ni ramai macai-macai bawahan Anwar yang akan buat kacau di depan balai Jinjang. Harap mereka membawa lilin dengan stok yang lebih banyak. Kerana, kedai sekitar Jinjang dah kehabisan stok lilin, disebabkan aktiviti ber'vigil' oleh puak macam Anwar.


McTheory:
Kalau Polis hantar depa 'Vigil' dalam Lokap pun ok juga..

Rabu, 5 Disember 2012

PANASS!! Abby Albody Tuduh Kerajaan Malaysia TIPU Salur Bantuan Ke Palestine? @NajibRazak @PDRMsia @Abby_Abadi112 @HishammuddinH2O



Rasanya dalam banyak fitnah yang Abby Albody ni buat. Mc rasa yang ni paling teruk dan paling berniat jahat. Kerajaan Malaysia saban hari membantu rakyat Palestin, malah berjuta-juta sumbangan bantuan kemanusiaan yang dihantar. Namun dalam twitter Abby ni, dia menafikan segalanya.

Mc taknak pertikaikan siapa Abby untuk dia berkata demikian. Namun apa yang Mc nak 'pegang' ialah, benarkah 'TIADA' sumbangan Kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin?

Mc harap ada wakil dari Kerajaan Malaysia yang nampak ini sebagai 'Bola Tanggung' dari Abby Albody untuk mengheret dirinya ke mahkamah!

Tuduhan yang berat tuu.. Mat Sabu dan Mahfuz pun tak berani nak kata macam ni.. kiranya Abby ni lagi 'takdak otak' la dari dua orang tu.

P/s: Jangan sampai ada cerita Malaysia 'TIPU' hantar bantuan ke Palestine!!


McTheory:
Tindakan undang-undang perlu diambil segera!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

PANASS!! Bekas Ketua Polis Negara Ada Hubungan Dengan Anwar?


Musa Hassan marah sungguh bila orang kata beliau nak masuk PKR. Lebih-lebih lagi bila beliau dikatakan ada hubungan dengan Anwar, disebabkan kes mahkamahnya tu. he he.. rilek bro..

KUALA LUMPUR - Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

“Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.

“Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar,” kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku “salah faham” dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

“Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

“Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah,” kata Musa.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.

Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

“Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara”, ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.

“Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik”, kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.

P/s: Saja nak usik bekas KPN!!

Rabu, 11 Januari 2012

KASI PANAS!! Apa Cerita Dengan Menteri KDN ni? @HishammuddinH20


Nak tau apa cerita? Baca laa sendiri..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji komitmen dan kerja kuat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat persiapan dan bertugas 24 jam semasa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Menurut beliau, kejayaan polis mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan.

Sabtu, 10 September 2011

TUDIAA!! Laporan Polis! Polis Malas Buat Kerja Ka? Atau Takut Kat Mat Sabu??



KITA kembali disajikan dengan berita beratus-ratus laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang marah dan kecewa dengan kenyataan celupar Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang melabel satria negara yang terkorban dalam peristiwa bersejarah dan berdarah Bukit Kepong sebagai bukan pejuang tanah air.

Saya percaya, ramai lagi yang berkongsi sentimen sedemikian tetapi hanya mampu memendam rasa dan berdoa semoga Mat Sabu kembali bermuhasabah diri dan memohon keampunan kepada ahli keluarga bekas pejuang yang dihinanya, terutama di bulan Syawal yang mulia ini.

Tetapi Mat Sabu tetap Mat Sabu. Kesombongan dan bongkaknya sebagai pemimpin nombor dua Pas tetap dipertahankan, sama seperti Tok Gurunya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Kedua-duanya keras kepala dan tidak pernah menyesal dengan kenyataan songsang dan fitnah dan penghinaan terhadap orang. Mereka menggunakan apa saja modal untuk tujuan politik sempit mereka.
Jika tidak ada modal atau isu, mereka akan mencipta yang baru melalui khayalan dan dongengan mereka asal ada sahaja bahan untuk diputarbelitkan dalam ceramah politik mereka.

Berbalik kepada cerita laporan polis terhadap Mat Sabu, yang kini berjumlah melebihi 500 kesemuanya, saya dan mungkin ramai lagi akan bertanya apa seterusnya akan berlaku setelah rakyat berduyun-duyun membuat laporan tersebut?

Dulu kita juga disajikan dengan berita mengenai lebih 1,500 laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Ambiga dan kedegilannya yang berkeras mahu menganjurkan perarakan haram Bersih. Sudah pun dibuatnya, tetapi mengapa laporan-laporan polis tersebut tidak ada tindakan susulan daripada pihak yang berwajib?

Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap Ambiga?
Begitu juga dengan laporan palsu yang dibuat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes video seks beliau?

Laporan polis juga dibuat. Cerita laporan palsu Anwar Ibrahim kini ditimbulkan semula oleh Pergerakan Puteri UMNO melalui Naib Ketuanya Shahanim Mohd. Yusof yang membuat laporan polis di IPD Kuala Muda, Kedah, kelmarin.

Yang peliknya, trio Datuk T yang bercakap benar dan mendedahkan perlakuan jijik Anwar pula didakwa.

Bak kata orang Melayu 'Pelik bin Ajaib' perkara begini boleh berlaku dalam negara kita yang mendokong sistem demokrasi dan berpaksikan pada undang-undang serta keadilan. Kedaulatan Undang-undang juga menjadi teras kepada Lima Prinsip Rukun Negara yang didokong oleh kerajaan dan rakyat negara ini. Tetapi secara ringkasnya, di manakah keadilannya?

Saya serta rakyat lain yang menuntut keadilan, percaya laporan oleh Puteri UMNO semalam tidak akan membawa apa-apa erti dan sekadar menambahkan lagi statistik jumlah laporan polis untuk direkodkan sebagai data PDRM.

Yang pasti, Mat Sabu tetap dengan keceluparannya dan Anwar dengan sandiwaranya. Kita akan terus menjadi penonton dengan cerita palsu mereka.

sumber Pisau.

McTheory:
Pihak PDRM takdak rasa nak bertindak ka?

Khamis, 21 Julai 2011

PANAS!! NAMPAKNYA ADA PIHAK YANG NAK KENA HENTAM DENGAN POLIS!!

lembukan rakyat Malaysia..

Mula-mula kita baca apa yang portal keldaiandaily tulis mengenai tuduhan gas pemedih mata yang polis gunakan untuk suraikan perhimpunan haram.

“Pihak polis yang diketuai Ketua Polis Negara perlu menjelaskan secara terpeinci kerana dakwaan ini adalah serius, dari satu sisi ia amat bahaya kepada negara kerana menunjukkan pengaruh Israel yang meresap dalam pasukan PDRM,”


“Kita bimbang Syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel ini kemungkinan turut menerima pakai nasihat dari Apco,” ujarnya kepada Keadilandaily.


Latheefa sebelum ini mendedahkan kanister itu mengandungi gas Combined Systems (CS) memuatkan bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.


Kanister jenis yang sama juga pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.


Malah beberapa penduduk palestin pernah terbunuh akibat serangan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel.


Menurut Shamsul, beliau juga khuatir kematian Baharudin Ahmad, 59 yang dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi jantung semasa serangan FRU di KLCC, berpunca dari serangan gas tersebut.


“Kita menuntut KPN juga menjelaskan secara terpeinci punca kematian Baharudin, kerana pihak polis mengatakan ia disebabkan kompilasi jantung. Apakah kematiannya sebenarnya berpunca dari gas tersebut,” ujarnya. Nak baca artikel penuh boleh klik sini

Bawah ni jawapan dari Timbalan Ketua Polis Negara mengenai tuduhan portal Keldaiandaily,

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.


”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.


Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.


Antara lain, laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.


Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.


"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – Bernama

Jawapan dari Timbalan Ketua Polis tu, diambil dari Bernama.

Mc dok nampak ada pihak cuba jolok sarang tebuan. Puak ni memang gila bila cari pasal dengan polis. Sebelum ni pelbagai tuduhan mereka lakukan terhadap polis, kononnya polis jahat, kejam dan zalim semasa perhimpunan haram Bershit. Namun kali ni Mc rasa tindakan dan tuduhan mereka amat melampau dan mencabar maruah pasukan Polis.

Tuduhan melulu dengan tujuan menjatuhkan maruah PDRM perlu di ambil tindakan TEGAS kepada mereka yang memulakan pertuduhan.

PDRM jangan bagi muka pada puak seperti ini.. makin dibiar, makin teruk perangai buruk puak Pakatan Haram ni.

McTheory:
Sokong PDRM bertindak tegas demi maruah pasukan Polis!!

Sabtu, 9 Julai 2011

TABIK PDRM! PDRM MEMANG TERBAIK!!

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama

Khamis, 30 Jun 2011

PANAS!! AZIZ BARI KATA POLIS TAK BOLEH TANGKAP ORANG BERSIH!! Betul ke?


Semalam Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,”.

“Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.
Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua. - Keldaian Daily

Wahai Aziz Bari atau Aziz barua meh nak habaq meh, rasanya polis membuat kerja mereka melalui laporan polis yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia. Laporan polis terhadap bersih rasanya sudah mencapai hampir 2000 laporan.

Dalam laporan polis yang bertimbun-timbun itu juga menyatakan orang-orang Bersih tapi kotor ini ada agenda lain disebalik perhimpunan haram jadah itu. Malah jika di tanya kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, apakah mereka mahu penganjur Bersih ditangkap, Mc percaya pastinya perkataan 'Ya' akan keluar dari mulut mereka.

Polis juga rasanya mempunyai bukti yang menyatakan perhimpunan Bersih tapi Kotor ini hanyalah perhimpunan menghasut supaya rakyat menjatuhkan kerajaan.

Sebagai Polis yang menjaga keamanan negara, kami rakyat Malaysia menyokong Polis menangkap semua penganjur, penghasut dan semua yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih tapi kotor ini. Gunakan segala akta dan undang-undang yang ada untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan bagi menjaga keamanan negara.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

McTheory:
Tabik Polis di Raja Malaysia!!

Selasa, 7 September 2010

MUSA HASSAN BENGGANG BILA KDN CAMPUR TANGAN URUSAN POLIS!


Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Kepada satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Sumber Malaysia Instinct

P/s: Bila Musa Hassan meninggalkan kem PDRM, Anwarlah orang paling gembira. Dendamnya pada Musa Hassan sejak dari kes 1998 hinggalah sekarang tidak pernah padam.

MctHeory:
'Respect' Musa Hassan, Jasamu tetap dikenang!

Jumaat, 9 Julai 2010

PAKATAN HARAM LEBIH SOKONG PENJENAYAH DARI POLIS!


Bodoh dan bebal! Itu perkataan yang patut diberikan kepada puak-puak Pakatan Haram. Dari dulu hingga sekarang, tak sudah-sudah menghentam Polis dengan pelbagai tohmahan yang jahat. Bila penjenayah kena tembak, mereka bising bagai nak rak. Tapi bila polis kena tembak, mereka langsung tiada perasaan, senyap dan sunyi. Apakah ini menunjukan bahawa mereka lebih menghormati penjenayah dari Polis?

Atau mungkin Pakatan mahu menubuhkan Polis sendiri? Sebab itu Pakatan tidak mahu mengiktiraf Polis Diraja Malaysia. Mereka sengaja mencari salah polis, jika ada pertempuran dan polis menembak penjenayah, mereka turut menyalahkan polis yang begitu berani menjalankan tugas. Apakah ini salah satu rancangan dan motif mereka untuk hilangkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada PDRM?

Baca berita dari HaramKahdaily:

Sebanyak 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor hari ini menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab ke atas tindakan pihak polis melepaskan tembakan sesuka hati sehingga menyebabkan kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ianya berikutan dua kes tembakan rambang secara berasingan yang berlaku di Johor masing-masing melibatkan kematian dua pemuda India dan seorang pemuda Melayu berusia 18 tahun.

Kit Siang selepas menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.
- sambung baca sini.

Tentunya setiap tindakan PDRM bersebab. Bayangkanlah jika anda seorang polis, anda sedang membuat rondaan cegah jenayah, kemudian anda terjumpa dengan seorang yang kelakuannya amat pelik dan mencurigakan, anda mengarahkan orang yang disyaki berhenti untuk diperiksa, tiba-tiba suspek tersebut, menyerang anda dengan sebilah parang, apakah tindakan anda, semasa kelam kabut mempertahankan diri dan nyawa anda?

a- Cuba mengarahkan suspek supaya letakkan senjata.

b- Menyambut serangan tersebut dengan 'redha kerana ketentuan Tuhan'

c- Cuba melepaskan tembakan dibahagian kaki, kena 'aim' betul-betul kang tak kena.

d- Mempertahankan diri sambil melepaskan tembakan.

Mc ingat kalau polis tindakan polis berpandukan jawapan a, b, dan c, pasti polis terbabit dah mati ditetak oleh penjenayah. Hanya orang yang tak faham situasi saja yang selalu menyalahkan Polis. Perlu diingat polis juga manusia seperti kita, mereka juga tahu takut, mahu mempertahankan nyawa mereka. Tak ada manusia yang sanggup mati kena tetak semata-mata nak tembak kaki penjenayah dulu. Situasi penjenayah pula, sanggup buat apa untuk lepaskan diri, jadi faham-faham la, kalau polis tak bertindak, pasti nyawa mereka yang akan melayang.


Mc pernah mengikuti polis dalam operasi membenteras dadah dan kongsi gelap. Mc tahu betapa mengigilnya kaki bila diserang oleh penjenayah. Bila seseorang penjenayah itu menyerang polis, dia takkan fikir panjang, penjenayah terbabit akan buat apa saja untuk lepaskan diri. Polis pula, lebih bahaya kerana perlu memberi amaran kepada penjenayah, perlu memastikan penjenayah tidak bertindak membabi buta dengan menyerang orang awam dan hanya perlu bertindak mempertahankan diri selepas penjenayah bertindak keatasnya.


Betapa susahnya menjadi seorang polis. Sudahla kerjanya bergadai nyawa untuk negara, dituduh pula dengan tohmahan yang pelbagai. Polis bukan minta untuk disanjung, cuma nak dihargai atas pengorbanan mereka selama ini. Mc cadangkan, supaya polis membenarkan wakil pemimpin Pakatan mengikut operasi Polis, supaya mereka tahu bagaimana pahit getir dan susahnya menjadi seorang anggota Polis.


Mc tahu, bukan semua Polis baik. Tapi dalam 50,000 anggota Polis, bukan semuanya jahat. Ramai yang masih ikhlas untuk mempertahankan negara. Cuma ada sebilangan anggota polis sahaja yang tak sedar diri hingga membusukkan nama PDRM dengan gejala rasuah dan salahlaku. Harap pihak atasan PDRM dapat memantau semua ini. Kembalikan keyakinan rakyat kepada pihak Polis. Jangan beri peluang kepada pembangkang mengunakan isu Polis untuk menghentam kerajaan Pusat.


Agaknya.. puak-puak pembangkang yang dok menghentam Polis kata polis jahat, polis zalim dan macam-macam tu, bila rumahnya kena rompak. Agak-agak siapa yang dia hubungi untuk membuat laporan dan mengadu dahulu? Takkan nak panggil Unit Amal untuk menangkap pencuri kot? Takkan pula nak panggil RELA? Nak atau tidak, dia mesti laporankan kepada Polis. Tak tahula lepas ni, kalau geng Pakatan nak panggil penjenayah yang jaga rumah mereka. Kan mereka tak percayakan Polis, pergi la panggil penjenayah tangkap perompak tu.


Sebenarnya puak-puak ni hanya cari isu untuk hentam polis dan kerajaan je. Diorang bukan peduli pun apa jadi pada rakyat. Apa yang mereka mahu hanyalah menang kerusi adun dan parlimen. Caranya ialah, menganggu gugat sistem kehakiman dan polis dengan mengurangkan keyakinan rakyat terhadap dua-dua institusi, semata-mata mahu melemahkan kerajaan, seterusnya biarkan negara huru-hara kerana terpedaya dengan dakyah sesat mereka.


MctHeory:

Usung Kit Siang dan N.ajis bawak pi ikut operasi Polis, agak-agaknya dua-dua orang tua ni, mati keras la kot kerana takut kena tembak dengan penjenayah!.

Khamis, 6 Mei 2010

KES AMINULRASYID POLIS SALAH?


Ops! Tajuk diatas bukan menuduh! tapi persoalan yang cuba Mc timbulkan. Otak Mc ni berfungsi sebagai seorang rakyat malaysia yang tidak berpihak kemana-mana pihak. Cuma tidak adil kita terus menuding jari kepada pihak Polis yang telah diamanahkan untuk menjaga keamanan negara kita ini.

Sesetengah pihak punya la seronok menghentam polis hinggakan ada saja kesalahan yang terbabit dengan polis, terus saja disalahkan polis. Apa jua kes, polis juga yang salah. Pernahkah anda terfikir bahawa Polis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan?

Polis juga punyai rasa takut, curiga, gementar, panik dan semua perasaan yang kita ada. Di Malaysia, kita cuma ada lebih kurang 50,000 anggota polis termasuk yang bertugas dipejabat. 50,000 ditugaskan menjaga lebih 27 juta rakyat Malaysia. Jumlah jagaannya terlalu besar.

Oleh itu kita perlu faham tugas polis yang sebenar, kadang-kadang kita hanya pandai hentam saja. Sedangkan kita sendiri pun taktau apa kerja polis yang sebenar. Manusia memang pandai bercakap dan menuduh kesalahan orang. Jika kena pekung sendiri, pandai pula nak mengamuk.

Dalam Kes Aminulrashid, perlu ada ketelusan dari kedua-dua pihak. Kawan Aminul si Azzimuddin, bercerita tentang kejadian yang menimpa kawannya semasa ditembak. Kejadian bermula apabila mereka keluar untuk menolong seorang kawan yang tayar motornya pancit.

Kemudian terjumpa roadblock polis. Mereka melarikan diri, memecut, cubaan melanggar polis, polis peronda terus mengejar. Diberi arahan untuk berhenti, degil untuk bekerjasama. Amaran untuk menembak, tapi tidak dihiraukan. Kemudian tayar kereta ditembak, kereta terbabas menuju kearah polis, polis terus menembak kerana disyaki suspek cuba melarikan diri dan melawan.

Suspek terkena tembakan, tapi kereta terus bergerak, disyaki suspek cuba melawan, polis teruskan tembakan bagi melumpuhkan suspek. Akhirnya kereta terbabas, kawan suspek cuba melarikan diri, polis cuba menangkap, suspek kedua dapat ditangkap, polis melepaskan suspek kedua, setelah dikenal pasti polis telah tersilap dalam tindakan mereka. (teori kronologi Mc)

Sebenarnya ada kesalahan dikedua-dua belah pihak. Pertama mangsa Aminul melarikan diri setelah diberi amaran. Itu salah yang paling besar, sudahla bawah umur dan takde lesen, melarikan diri lagi. Bagi pihak polis, melarikan diri semasa sekatan jalan raya, adalah melakukan jenayah peringkat yang agak tinggi.

Peringkat tinggi termasuk, bunuh, rompak, rogol, kecurian kereta atau penjenayah yang dikendaki polis. Melarikan diri setelah diberi amaran menimbulkan lagi peringkat kesalahan, cubaan melanggar polis pula sudah termasuk cubaan mencederakan penjawat awam. Satu peringkat kesalahan paling tinggi dan boleh ditembak.

Mc tak faham kenapa budak-budak terbabit tidak takut dengan segala tindakan polis. Kalau kita manusia yang waras, bunyi tembakan pun boleh menyebabkan kita tergamam dan menyerah. Pihak polis pula terlalu cuai dalam mengenal pasti mangsa sebelum membuat tindakan.

Semuanya ada salah masing-masing. Mc bersetuju supaya ditubuhkan badan penyiasatan khas bagi mengenal pasti dan menyelesaikan kemelut yang melanda dalam kes ini. Usahla kita rosak dan selitkan kes ini dengan politik. Jika sudah diadun politik, ia akan jadi lebih buruk malah lebih teruk dari sedia kala.

Jadi dari semua yang berlaku, perlukah kita salahkan pihak polis seratus peratus? Fikirkanlah!

Mctheory:
Polis juga manusia biasa!

Rabu, 17 Mac 2010

DENDAMNYA ANWAR PADA MUSA HASSAN!



Sama ada pembaca sedar atau tidak, sejak perlantikan Tan Sri Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara pada 2006 yang mengantikan Mohamad Bakri Omar. Musa Hassan sentiasa dihentam oleh pengikut-pengikut Anwar yang masih berdendam kepada beliau kerana menjadi ketua penyiasat kes liwat pertama Anwar pada tahun 1999.



Mereka masih lagi berdendam dengan beliau dan mereka juga masih menyalahkan Musa Hassan yang kononnya Musa Hassan terbabit dengan konspirasi antara UMNO dan Polis bagi menjatuhkan Anwar dengan sabitkan Anwar dengan kes liwat yang pertama. Dendam mereka terhadap beliau tidak akan padam selagi beliau masih memegang jawatan Ketua Polis Negara.

Dahulunya mereka mengadakan siri ceramah menghentam Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dan menaikkan kain rentang 'protes' disekitar Lembah Kelang bagi menunjukkan rasa tidak puas hati atas perlantikkan Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara. Mc masih lagi ingat perkataan dikain rentang yang dinaikkan oleh puak-puak PKR ini "Siakap Senonong Gelama Ikan Bilis, Bercakap Bohong lama-lama jadi Ketua Polis".

Jadi tidak hairanlah jika sekarang mereka amat beria-ria memberi tekanan kepada Musa Hassan untuk meletakkan jawatannya. Bermula dari dua tahun lepas dan hinggalah sekarang, pelbagai cara dan tekanan yang diberikan kepada Musa Hassan. Termasuklah surat layang, berita palsu dan sindiran demi sindiran. Bagi Mc, harap Musa Hassan patut abaikan saja suara nyalakkan pembangkang yang sememangnya suka menyalak.

Yang terbaru, akhbar China Press yang menerbitkan aktikel mengatakan Musa Hassan sudah memberi surat perletakkan jawatannya kepada PM dan KDN. Sebagai rakyat Malaysia, Mc berpendapat tindakan akhbar China Press itu adalah keterlaluan dan memang patut KDN memgambil tindakan kepada akhbar berkenaan.

MctHeory:
Patutkah KDN mengambil tindakan kepada akhbar terbabit? Sila beri komen anda wahai pembaca!