Sponsor

Memaparkan catatan dengan label info jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info jenayah. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mei 2015

Misteri Kubur Besar PATI Jenayah Perdagangan Manusia di Perlis



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Zahid berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh unit VAT 69 dan PGA pada minggu lepas.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau berkata khemah-khemah tersebut dipercayai telah beroperasi sekurang-kurangnya lima tahun dan ia ditinggalkan ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

"Hari ini, ketua polis negara dan timbalannya berada di sempadan Malaysia dan Thailand untuk melakukan pengecaman dan pengesahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoalkan penguatkuasaan yang longgar di kawasan Gunung Perlis di Wang Kelian di sini, kira-kira dua kilometer dari Thailand, sehingga menjadi bukan sahaja laluan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi juga penempatan mereka sejak sekian lama.

Gunung Perlis yang mengambil masa sejam setengah perjalanan mendaki dari kaki gunung tersebut di hutan simpan Taman Nege­ri di sini, turut berkongsi puncak dengan negara jiran itu di sebelah kanan.

Shahidan yang meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau kawasan kaki bukit di situ ternyata berang kerana penguatkuasaan yang lemah sehingga gagal mengesan penempatan PATI di kawasan tersebut.

“Seharusnya penguat kuasa seperti renjer meninjau kawasan itu sekurang-kurangnya sebulan sekali, namun apa yang berlaku ia menjadi penempatan PATI sejak sekian lama.

“Di situ juga saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa kita menemukan kubur-kubur besar mengandungi lebih 100 mayat warga asing. Mayat-mayat dicampak begitu sahaja (dalam lubang),” katanya di sini, hari ini.

Shahidan seterusnya percaya kegiatan itu turut melibatkan 
rakyat tempatan dan kemungkinan juga membabitkan pihak penguat kuasa, sekali gus menggesa golongan tersebut diambil tindakan sekiranya terbukti bersalah.

“Saya kesal kerana ini merupakan satu bentuk kezaliman manusia dan malangnya berlaku di negeri ini. Mereka meninggalkan kesan buruk yang cukup dalam kepada Perlis,” katanya yang enggan mendedahkan lokasi penemuan penempatan dan kubur lain.

Menurut beliau, maklumat lanjut berhubung penemuan kubur berkenaan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan melawat kawasan tersebut esok.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung penguatkuasaan yang lemah di kawasan itu bagi mengelak perkara berkenaan berulang.






Jumaat, 15 Mei 2015

Kisah Ahli Parlimen di PUKUL Kayu Besbol!



Ahli Parlimen Miri yang juga Pengerusi PKR Cabang Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, ditemui cedera di hadapan kliniknya di Jalan Sri Dagang, pagi tadi. Beliau dikatakan telah dipukul oleh individu yang tidak dikenali dengan menggunakan kayu baseball. Ahli Parlimen Miri ini dikhabarkan mengalami patah tulang dan suspek yang memukulnya telah melarikan diri dengan sebuah kereta.

Sambung baca blog CTS <-- b="" klik="" sini="">

Selasa, 27 Mei 2014

HOT! CCTV Dedahkan Pelajar Malaysia di Rogol di Bandung!


Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Dibawah ini ialah rakaman CCTV yang menampakkan susuk tubuh pelajar Malaysia yang baru sudah di rogol.


Jumaat, 16 Mei 2014

HOT!! Video Kejar Mengejar Akhirnya Penjenayah Mati di Tembak!


Kejadian berlaku di MRR2 dan ianya sangat mencemaskan. Menurut laporan, kejadian ini berlaku pada malam 13 Mei 2014 yang lalu lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Mereka bermula dari Mahameru hingga ke Pandan Indah sebelum melakukan u turn dan berakhir di flyover Klang Gates.

Penjenayah memecut laju-selajunya dan dikhabarkan sehingga 15 biji kereta polis dikejarkan untuk mendapatkan pesalah.

Dimaklumkan kejadian ini melibatkan 3 lelaki berbangsa Melayu di mana 2 mati dan seorang lagi menyerah diri. Mereka terlibat dalam kes menyeludup senjata api.


video

Ahad, 27 April 2014

INFO! Bilal Rogol Budak Sekolah Dalam Kereta?


Nanti ada orang kata Mc main cerita lucah. Sebenarnya tak, Mc cuma nak tunjuk contoh, pakaian dan jawatan seseorang, tak memungkinkan orang tu jadi maksum dari berbuat salah. Bilal pun ada nafsu!
Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu. 
Shary A. Rahman, 50, yang juga penjual sate didakwa merogol mangsa yang merupakan anak kepada pembeli tetap sate yang dijualnya di dalam sebuah kereta Proton Wira di depan sebuah klinik di Setapak, di sini kira-kira pukul 11 malam, Mac lalu. 
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. 
Dia yang akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin depan juga mengaku tidak bersalah melakukan seks oral terhadap mangsa yang berusia 14 tahun itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. 
Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman yang sama. 
Terdahulu tertuduh yang memakai jubah biru dan kopiah berwarna merah gelap mempertikaikan pertuduhan seks oral yang didakwanya tidak dilakukan di tempat tersebut.
"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia tapi saya bukan buat kat tempat itu, tempat kejadian tu salah," katanya. 
Ekoran itu, jurubahasa terpaksa membacakan semula pertuduhan berkenaan sebelum tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. 
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh mengenali mangsa yang pernah membeli sate daripadanya. 
Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan diberikan dengan alasan dia menanggung anak yang masih bersekolah selain mengalami kecacatan lutut dan memakai kaki palsu. 
Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

P/s: Jangan fikir.. pakaian luaran menjaminkan kebaikan, kadang-kadang ia hanya lakonan!

Khamis, 10 April 2014

HOT!! Pakar Motivasi Prof Izi Ali di SOAL SIASAT Polis Atas Kes Cabul?



Kalau mengikut blog Mazidul Akmal pakar motivasi yang juga pensyarah Uitm Arau sudah disoal siasat atas dakwaan mencabul pelajar.


[ Supt. Mohd Nazri Hussien ]

Sehubungan itu, saya menghubungi Ketua Polis Daerah, IPD Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussien untuk mendapatkan penjelasan.

"Pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan kini berusaha mengesan beberapa saksi di Perlis dan di luar Perlis. Semalam, suspek dipanggil, hadir di IPD Arau, kenyataannya direkod untuk melengkapkan siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, mencabul. Pegawai Penyiasat kes kemudian akan menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ulas beliau.

Mohd Nazri dihubungi pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Cerita berkaitan pakar motivasi terbabit boleh baca kat SINI.


McTheory:
Kena cepat, kalau tak makin ramai jadi mangsa..

Khamis, 13 Februari 2014

HOT! Pasangan Sweden Yang Di Tangkap Bengis dan Sombong?


Tentu ramai orang Malaysia nak tahu cerita sebenarnya mengenai pasangan Sweden yang ditangkap kerana pukul anak tu. Khabarnya mereka pukul anak disebabkan anaknya malas sembahyang. Tapi dibawah ni lain pulak bunyinya.

hmm.. gunalah akal untuk pertimbangan,


KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.

Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.

Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.

Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.

Status tersebut berbunyi:



“Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She’s so biadap.

Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.

Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Menurut ‘jiran’ berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah ‘cara Islam’.



Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, “this is muslim way”

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman.”

Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan.

Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku…Wallahualam. -Mynewshub.my

Ahad, 10 November 2013

HOT! Penjenayah Kejam bunuh Pegawai Bank di Tangkap!

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Khamis, 24 Oktober 2013

HOT! Ngeri Pegawai Bank di Tembak Kejam!!

mangsa..
Penjenayah dicari..

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Sabtu, 21 September 2013

INFO! Anak Yatim Rakus Di Perhamba dan Di Permainkan!


Tragis betul bila Mc baca cerita kat bawah ni, manusia ka apa dorang ni? Haram jadah sungguh! Sanggup buat kat anak yatim sampai macam tu sekali. Terima la balasan dari Allah nanti!

Nak tau kenapa Mc hangin sangat? Baca cerita kat bawah ni,

Wang sumbangan termasuk duit raya yang didermakan orang ramai kepada penghuni rumah akan ‘diambil’ pengurusan dan anak-anak tidak diberi wang walau sesen pun dengan alasan mereka sudah menghuni rumah itu secara percuma.

Lebih menyedihkan anak-anak kecil yang melakukan persembahan di luar dari jam 7.30 pagi hingga kadang kala jam 10 malam dan diberi bayaran antara RM300 hingga RM400 oleh pihak tertentu juga tidak pernah dapat merasa wang itu.

"Apabila anak-anak berkenaan bertanyakan bahagian mereka, pihak pengurusan akan mengatakan wang berkenaan perlu disumbang ke dalam sebuah tabung.

"Pihak itu akan beritahu, duit disimpan dalam tabung adalah sebagai saham untuk pejuangan Islam," katanya.

Kepada anak-anak kecil pula kata Nur, pihak pengurusan akan memberitahu lebih banyak wang disimpan dalam tabung itu, lebih besar peluang mereka menunaikan haji dalam mimpi bersama seorang pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

"Bagi penghuni dewasa, pengurusan sering mengungkit isu mereka diberi peluang tinggal di situ secara percuma," ujarnya.

Nur berkata, dia pernah memegang duit mencecah RM1,000 hasil sumbangan orang ramai namun wang itu kemudian dijadikan modal untuk pertubuhan berkenaan membuka sebuah butik.

"Wang itu sepatutnya diagihkan untuk keperluan anak-anak, sayangnya mereka tergamak menggunakannya untuk tujuan lain dan tidak menggantikannya semula,"katanya.

Apabila ditanya mana wang itu, pihak pengurusan akan mendakwa mereka sudah bayar kepada anak-anak yatim sedangkan ia tidak berlaku.

Sekiranya didesak dan perkara itu dipertikaikan, pihak pengurusan sekali lagi minta supaya penghuni tidak berkira.

Kata Nur, pertubuhan kebajikan itu menerima pelbagai sumbangan setiap hari untuk keperluan penghuni, namun barang makanan diperoleh akan dijadikan modal perniagaan untuk kafe yang dibuka pihak pengurusan.

“Sakit hati apabila melihat mereka bertindak sedemikian, makanan sumbangan orang ramai, mereka jadikan barang jualan, kalau penghuni hendak minum kena bayar, siapa tiada duit kena hutang, bila dapat duit sumbangan kena bayar balik,”katanya.

Bukan sahaja makanan, pakaian hasil sumbangan orang ramai juga perlu dibayar penghuni kepada pihak pengurusan menggunakan wang bantuan diterima.

Paling dikesali Nur, barang makanan sumbangan orang ramai juga kadang kala dikumpul dan dihantar untuk kegunaan perniagaan restoran yang dijalankan pertubuhan itu di luar negara sedangkan penghuni sendiri langsung tidak diberi peluang menikmatinya.

Pernah menurut Nur, penyumbang menghantar ikan segar ke rumah pertubuhan berkenaan, namun tidak lama selepas itu akan datang sebuah van dan membawa semua bekalan lauk pergi.

"Anak-anak hanya dihidangkan sardin dan ikan masin sahaja sedangkan ada pelbagai jenis hidangan lazat dihantar mereka yang bersimpati dengan nasib anak yatim. Hanya ikan murah, sudah pecah perut dan kurang segar ditinggalkan untuk dimakan anak-anak yatim," katanya.

"Bila pihak atau syarikat luar buat program di situ sahaja anak-anak yatim boleh makan sedap," ujarnya lagi.

Jelas Nur, hakikatnya pertubuhan itu dianggap paling kaya dengan limpahan sumbangan pihak-pihak yang bermurah hati.

Setiap kali menjelang perayaan, pelbagai pihak akan datang memberi bantuan dan menjemput anak-anak membeli keperluan raya di luar.

Namun katanya, anak-anak yatim sebenar hanya meminjamkan tubuh badan mereka sahaja untuk pengukuran saiz sedangkan pakaian itu tidak sampai ke tangan mereka.

Sekiranya, dijemput membeli pakaian raya lebih 10 kali pun, sehelai baju pun anak-anak yatim tidak dibenarkan ambil.

"Pada malam raya apabila penghuni pulang ke rumah saudara-mara atau ibu yang masih ada, anak-anak jemaah sebuah pertubuhan akan datang ambil pakaian milik anak yatim itu," katanya.

Bagi anak-anak yatim peringkat sekolah menengah, mereka akan dapat peluang mengikut agensi atau syarikat penyumbang membeli pakaian raya tetapi sekali sahaja.

Yang lainnya akan diberi giliran kepada anak-anak jemaah sedangkan mereka mempunyai ibu dan bapa.

"Puluhan tong biskut raya yang diterima pusat kebajikan itu juga tidak diberi kepada anak-anak yatim untuk dibawa pulang ke rumah mereka," katanya.

Menyentuh hal beriadah di luar, Nur berkata pihak pengurusan pertubuhan kebajikan itu akan buat surat minta tajaan pihak luar.

Meskipun tajaan sudah diperoleh, anak-anak yatim tetap kena bayar menggunakan duit yang ada pada mereka termasuk bantuan kewangan diberikan oleh sekolah.

Orang luar ada juga yang mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat, mereka perlu masukkan duit ke dalam tabung pengurusan bukan terus ke dalam akaun bank anak-anak sendiri.

Duit bulanan sebanyak RM300 juga tidak sampai kepada anak-anak menyebabkan baju sekolah tidak dibeli baru dan mereka dalam keadaan selekeh ke sekolah.

Bila ditanya ke mana duit anakanak yatim pemberian ibu bapa angkat mereka, pihak pengurusan kata tidak perlu bazir keluar duit beli baju sekolah anak-anak kerana boleh minta sumbangan daripada orang lain pula.

Apabila sudah dicarikan tajaan untuk keperluan anak-anak, duit itu diambil dan dibuat perkara lain.

Pernah satu ketika, Nur berkata, dia dimarahi kerana menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk mendaftarkan anak-anak tidak bersekolah ke tadika.

“Pihak pengurusan kata tidak boleh gunakan wang sumbangan hantar anak-anak ke sekolah sedangkan pada saya itu memang hak anak-anak tetapi saya dimarahi dan mereka katakan biar orang ramai lain bayarkan, jangan bayar nanti rugi," katanya.

Guna anak yatim raih simpati

Anak yatim diletakkan di hampir 100 pertubuhan kebajikan rumah amal di seluruh negara dikatakan hanya sebagai strategi pihak tidak bertanggungjawab bagi meraih simpati orang ramai.

Kewujudan pendaftaran untuk warga emas, ibu tunggal dan orang kampung yang miskin juga dikatakan menjadi salah satu taktik pusat kebajikan dinaungi pertubuhan di negara ini bagi mendapatkan lebih banyak sumbangan.

Nur mendakwa, bantuan yang diberikan kepada golongan itu hanya diberi sekali sekala untuk menutup mata awam mengenai aktiviti dilakukan pihak terbabit.

Pengurusan pertubuhan biasanya tidak memberi bantuan berterusan dan kadang kala mereka yang berdaftar dengan pertubuhan akan dilayan secara kasar sekiranya mahu meminta sumbangan walau sekampit beras.

“Ada warga emas atau orang miskin yang kadang-kadang terpaksa tunggu dari pagi sampai petang hanya untuk dapat sekampit beras sedangkan beras banyak di stor, kadangkadang mereka disuruh balik.“Apabila saya tanya mengapa tidak beri beras sedangkan bekalan ada, jawab pihak pengurusan tidak perlu tolong orang miskin selalu dan perlu lebih mementingkan mereka yang berada di sekeliling pemimpin pertubuhan itu,” katanya.

Sumbangan diberi orang ramai kepada pertubuhan adalah milik pemimpin dan hanya boleh diedar untuk rumah pemimpin sahaja. "Akibatnya, anak-anak yatim kecil dan dewasa hidup bagaikan pengemis duduk situ, ramai antara mereka yang sudah besar keluar, yang tinggal hanya anak jemaah," katanya.

Anak-anak kecil yang menghuni pertubuhan kebajikan di situ jelas Nur akan didoktrinkan untuk taksub kepada pemimpin dan mengamalkan ajarannya. Untuk mengetahui lebih terperinci ‘ajaran’ di rumah kebajikan itu, Nur mendakwa dia meletakkan anaknya sebagai penghuni untuk menyiasat perkara berkenaan.

Selepas media melaporkan mengenai kegiatan di rumah pertubuhan itu baru-baru ini, ramai anak yatim yang sudah keluar, yang tinggal hanya beberapa orang sahaja,yang lain semua anak jemaah.

"Tidak tahu ke mana hala tuju anak-anak yatim ini bila mereka keluar dari rumah berkenaan kerana majoriti mereka tidak dipantau semasa di pertubuhan dan apabila keluar dari rumah.

"Bila polis hendak buat program, mereka akan pesan anak-anak sorok gambar pemimpin pertubuhan itu, jangan sebut namanya, kalau orang tanya kenal atau tidak, kata tidak kenal," katanya.

Amalan pelik selepas solat

Menurut Nur penghuni pertubuhan kebajikan akan solat mengikut waktu namun yang menghairankan wujud pertambahan bacaan. Jika ada tetamu datang berkunjung, penghuninya akan solat seperti biasa namun jika sebaliknya kesemua mereka wajib membaca zikir memuja pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia.

Apabila Hari Raya pula, mereka tidak solat di surau atau masjid tetapi di surau sendiri dan akan membaca khutbah mengenai pemimpin mereka yang kononnya memiliki seribu satu keajaiban. Kanak-kanak kecil dipesan supaya tidak melakukan amalan pelik itu di depan orang dan tidak menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Katanya, sesiapa yang tidak mahu mengamalkan ‘pencak’ dan zikir berkenaan akan dimarahi. Amalan ini turut disedari penjaga sehingga ada yang mengambil keputusan membawa anak-anak yatim keluar dari rumah itu.

"Bila ada orang meninggal, golongan jemaah akan kata mudahmudahan ditempatkan bersama pemimpin yang sudah meninggal itu," katanya. Bagi mereka beruntunglah sesiapa yang dapat duduk dengannya. Lepas Maghrib, kesemua jemaah dan anak-anak akan buat ‘pencak tarik power’ hingga Isyak.

Ketika aktiviti itu dilakukan, mereka tidak dibenarkan sama sekali membawa telefon bimbit dan tidak boleh merakam gambar.

Pengakuan anak yatim perempuan 10 tahun

'‘ Abah (bukan sebutan sebenar tetapi ganti panggilan kepada pemimpin pertubuhan itu yang sudah meninggal dunia) tolong selamatkan kami dari sihir... tolong beri kami program banyak... dapat makanan banyak...’ itu antara zikir yang perlu dibaca anakanak yatim pertubuhan berkenaan. Menurut bekas penghuni rumah anak yatim itu, setiap hari selepas solat Subuh, mereka akan buat pencak kemudian berzikir menyebut nama pemimpin itu supaya menolong mereka... Abah tolong kami... sebanyak 50 hingga 100 kali.

Menyentuh soal makanan, meski sumbangan banyak, mereka tidak boleh tambah nasi dan lauk, sekiranya berdegil akan dipanggil 'anak setan'. “Orang sumbang macam-macam tetapi kami tidak dapat rasa, ayam seketul pun kena berkongsi,” katanya.

Pengakuan anak yatim lelaki 10 tahun

Bagi bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Muhammad, dia sedar amalan-amalan diajar di rumah berkenaan pelik dan tidak masuk akal, namun setelah lama menghuni rumah tersebut, perkara itu menjadi kebiasaannya.

Biasanya penghuni akan disuruh menolak syaitan dengan kaedah berdiri sambil menolak dan menarik tangan ke depan ke belakang. "Benda ini kena buat secara bersembunyi, kalau ada tetamu datang kena solat biasa, belakang-belakang kena baca zikir itu," katanya. Kalau tidak buat, akan dipukul dengan batang bendera dan dicubit sehingga rasa macam nak terkencing.

“Mak yang keluarkan saya dari rumah itu bila nampak ada yang pelik,” katanya. Sejak menghuni rumah itu Muhammad berkata, dia hanya memperoleh duit belanja sekolah 50 sen sehari, kadang-kadang tidak diberi meski pun tahu banyak sumbangan diperoleh rumah berkenaan.

Pengakuan anak yatim perempuan 17 tahun

“Langsung tiada baca doa memohon kepada ALLAH, kalau nak minta sesuatu mesti mohon daripada 'Abah',” kata bekas penghuni rumah berkenaan yang melarikan diri kerana tidak sanggup mengamalkan ajaran pelik di rumah anak yatim itu. Katanya, jemaah yang dewasa ada tasbih sendiri berbentuk seperti gelang dan dipakai di tangan.

“Bila orang tiada mereka akan berzikir menyebut 'Abah', saya tidak tahan duduk sana, duit sumbangan orang ramai diberi kepada kami diambil selepas itu kena pula amal ajaran bukan-bukan," katanya.

Ahad, 15 September 2013

HOT! Anggota Polis Bunuh Isteri dan Keluarga Sendiri!


LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

“Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

“Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

“Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia,” katanya. - HM

Selasa, 10 September 2013

INFO! Kisah Sedih Yang Tak Sanggup Kita Baca, Di Cucuk dan Maut!


Jenayah berada dimana-mana, itulah yang berlaku pada seorang pemuda yang cuba untuk membantu seorang tua,


Namun semalam beliau sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.

Ini kisah benar dan bukan rekaan, ambil sebagai pengajaran dan sebarkan..

Khamis, 29 Ogos 2013

INFO! Bila PKR Sokong Kumpulan Edar Dadah!



Seorang pemandu lori berketurunan India, YOGESWARAN a/l MARIAPPAN, 30, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 324 Kanun Keseksaan dan dua kes 148 Kanun Keseksaan telah ditembak oleh dua orang suspek yang menaiki motosikal dan memakai helmet bertutup penuh.

Mangsa yang merupakan seorang pemandu lori telah ditembak di Jalan Padang Serai ketika menghala ke Kongsi 14, Division Bukit Selambau semalam lebih kurang jam 5:00 petang.

Tembakan satu das itu yang dilepaskan oleh suspek, menyebabkan dia mengalami kecederaan pada jari telunjuk dan jari sebelah tangan di bahagian kanan.

YOGESWARAN sekarang ini sedang dirawat di Wad Kenanga 5 Tingkat 5 Hospital Abdul Halim.

Adalah difahamkan, mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek kerana lori yang dipandu olehnya tidak mempunyai pintu atau lori lama. Mangsa kemudiannya telah dihantar oleh dua orang rakannya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Pihak polis percaya, kejadian ini mempunyai kaitan dengan kes lampau di Bukit Lembu dan mempunyai kaitan rapat dengan kes perebutan kawasan pengedaran dadah.

Mangsa merupakan salah seorang anggota GANG 08.

Bukit Lembu merupakan kawasan panas di Kuala Muda di mana sering berlaku pergaduhan melibatkan kumpulan GANG 35 dan GANG 08 yang bersaing merebut kawasan itu bagi pengedaran dadah. Namun begitu, pergaduhan yang berlaku, jarang dilaporkan kepada pihak polis. - Sumber
Tanya usul periksa, Latipah Koya terus-menerus mempersalahkan polis jika mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit. Takkan polis nak biar kumpulan dadah bergaduh sesama sendiri hingga membahayakan orang awam?
Nak bela pun agak-agak la.. otak ada ka?
McTheory:
Selalu, penjenayah yang suka bela penjenayah ni..

Rabu, 28 Ogos 2013

INFO! Pasangan Porno Langgar Perintah Mahkamah!!



Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.

Jika dilihat, pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.






Pada masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.

Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.


Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari?

Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet?

Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - Mynewshub.my

Rabu, 21 Ogos 2013

HOT! Kenapa Dap Marah Polis Cegah Jenayah?!! #DAPigs



Tiada di kalangan orang awam di negara ini yang tidak gembira dan menarik nafas lega apabila polis memulakan Operasi Cantas secara rasmi bermula tengah malam tadi dan hari pertama Ops Cantas ‘diserikan’ dengan terbunuhnya lima orang penjenayah dari Geng 04 di Pulau Pinang dalam satu kejadian tembak-menembak dengan polis awal subuh tadi.

Namun, di sebalik kelegaan dan kegembiraan orang ramai, rupa-rupanya ada yang tidak senang hati dengan peperangan yang dilancarkan oleh pihak polis terhadap kumpulan penjenayah. Mereka adalah pimpinan DAP dan konco-konco penjenayah mereka.

Awal pagi lagi, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah mempersoalkan cop gangster yang diberikan oleh polis kepada kelima-lima orang lelaki India yang ditembak mati di sebuah apartment di Pulau Pinang itu. Kemudian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula muncul dengan idea yang pastinya akan membuatkan para penggemarnya mendabik dada dan memuji-muja kebijaksanaannya.

Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berbincang dengan PDRM untuk memetakan lokasi-lokasi penjenayah dan diletakkan di tempat-tempat awam sebagai peringatan kepada orang awam. Sekali dengar, murni benar hasrat tersebut tetapi sebenarnya menyerlahkan sifat sebenar Lim Guan Eng dan DAP yang amat bimbang sekiranya operasi penghapusan jenayah turut melibatkan kawasan-kawasan yang sememangnya sarang penjenayah di Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan DAP.

Dap draf sendiri laporan polis untuk ahli keluarga penjenayah


Menjelang petang, DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu.

DAP sentiasa terlibat dalam sebarang usaha menggagalkan usaha PDRM mencegah dan memerangi jenayah. Sekalipun pada masa yang sama, mereka mendabik dada konon-kononnya merekalah parti yang memperjuangkan keamanan, hakikat yang ditunjukkan oleh parti tersebut, tidak ubah seperti Parti Likud di negara haram Zionis Israel yang amat menyokong pembunuhan rakyat Arab Palestin dan membela setiap penjenayah Zionis.

Dengan kekuatan barisan peguam yang terkemuka namanya dalam DAP, parti itu sudah tentu sedang memujuk ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 untuk memulakan prosiding mendapatkan pampasan ratusan juta ringgit daripada Kerajaan Malaysia dan PDRM sepertimana yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

Dan akhirnya setelah mempertimbangkan permintaan dan desakan tersebut, mahkamah mengarahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM membayar ganti rugi, pampasan atau saguhati kepada ahli-ahli keluarga penjenayah itu.

Sekaligus masyarakat melihat dan membuat tanggapan, mahkamah serta sistem perundangan di negara ini bersekongkol dan membela penjenayah hanya semata-mata kerana takut dikecam oleh Pakatan Rakyat kononnya sistem keadilan di negara ini tidak adil dan terlalu menyebelahi pihak polis.

Sudah ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan melakukan perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan itu. DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC yang sebelum ini ditolak oleh PDRM. DAP akan menjadikan kes tersebut sebagai salah laku dan salah guna kuasa serta senjata oleh polis.

Sokongan serta bantuan daripada PKR dan PAS, akan memudahkan kerja DAP. DAP hanya perlu menumpukan perhatian kepada masyarakat Cina dan India yang nampaknya sekarang ini sangat menyokong mereka, manakala PAS dan PKR cuba meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera agar menentang dan mengurangkan kuasa pihak polis dengan pelbagai alasan termasuklah alasan agama.

Kita hanya perlu perkembangan selanjutnya dalam masa yang singkat. Yang pasti, DAP tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat India, terutama sekali menjelang pemilihan CEC yang bakal mengenepikan sekali lagi penyokong-penyokong India mereka bagi melangsungkan survival KETUANAN CINA dalam DAP!

sumber : perak today

PANASS!! Bukti Gambar 5 Penjenayah yang ditembak Mati ahli kongsi gelap, Siap Ugut Polis!!



Ada puak Pakatan tak percaya 5 orang penjenayah yang ditembak mati oleh polis tu dari kumpulan kongsi gelap yang berbahaya.

Tapi kenapa Dap marah?

Baca dan tengok gambar yang Mc ambil dari blog Pisau.net

5 penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis di Pulau Pinang mencetuskan kemarahan oleh pihak pakatan terutamanya DAP. Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP tampil kehadapan membela nasib para penjenayah ini.

Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.

Hari ini mereka sudah menghantar isyarat seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .

Gambar dibawah anda saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP..



ugutan bunuh di Tembok sebuah balai polis



perarakan diadakan sambil membawa bendera kongsi gelap

Selasa, 13 Ogos 2013

HOT! Video kejadian Ragut di Bukit Mertajam, Pulau Pinang!


Jenayah ada dimana-mana, tolong berhati-hati. Selepas banyak akta yang menjaga rakyat Malaysia selama ini dibubarkan. Jenayah semakin menjadi-jadi. Walaupun hanya 2600 orang penjenayah dibawah akta ordinan darurat dibebaskan kerana desakan pembangkang. Kesan daripada itu menyebabkan berpuluh-puluh kes tembakan dan baru-baru ini letupan bom juga telah berlaku.

Jadi salah siapa sekarang? Sampai bila kita nak tahan dengan kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi ni?

Isnin, 12 Ogos 2013

PANASS!! Kisah Letupan BOM di Kelantan, Seorang Terkorban!




Ya Allah, makin banyak pulak kes jenayah pelik-pelik di negara kita sekarang ni. Dari tembak-tembak hingga ke bom pulak. Kenapa jadi macam tu? Kalau ia melibatkan kumpulan kongsi gelap atau mafia tu tak heranlah sebab, tembak menembak tu kerja depa. Tapi ia melibatkan seorang kerani sekolah? Apahal kerani sekolah boleh kena BOM?

Kita tengok gambar kat bawah dulu,






Mengikut maklumat yang Mc dapat boleh baca dibawah,

BOM control yang diletakkan di bawah sebuah kereta diletupkan di Taman Sri Periuk Chabang 4 Tumpat. Seorang kerani Sek Keb Guchil Kuala Krai mati dengan kedua tangan putus dan perutnya pecah.

Maklum kes menarik perhatian berkait Chabang Empat dalam Report : 670/13

A ) FAKTA KES :
1. Pengadu : Rf 84216 Zaibullah bin Ismail
Caw Gerakan IPD Tumpat

2. Mangsa : Mohd Yusrizal bim Mat Zai
Kpt : 810618-03-5649 (32 thn)
Almt : Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan
Kerja : Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin ank seorang (perempuan, 4bln)

3. Tempat kejadian: hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan

B) KETERANGAN KES :
Pada 11/8/2013 jm lebih kurang 1100 hrs semasa pengadu bertugas di bilik gerakan ipd terima panggilan dari 999 mengenai kejadian letupan gas di taman seri periok chabang empat tumpat. Dan 1 mangsa cedera. Pengadu buat repot pertama.

1. Menurut saksi mangsa keluar dari rumah ibu mertua untuk melihat suatu benda atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Tiba2 dengar letupan kuat dan dapati mangsa terbaring atas jalan mengalami kecederaan teruk dan dapati meninggal dunia.

2. Mangsa alami kecederaan putus dua belah tangan dan perut terburai.

3. Tiada saksi yg lihat kejadian

4. Telah maklum unit Forensik, unit bom dan unit K9 untuk tindakan.

5. OCCI hadir di tempat kejadian.

Siasatan lanjut masih diteruskan.


P/s: taktau nak komen apa, berdoa semoga Malaysia kembali aman.


McTheory:
Tentu ada sesuatu disebalik semua ini.. apakah ianya perancangan, atau terancang?

Rabu, 7 Ogos 2013

PANASS!! Lagi Mangsa Tembakan Jarak Dekat! Bila Nak Selesai Ni?


Seorang lelaki berbangsa Cina mati ditembak sewaktu sedang mengisi minyak kenderaanya awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di Segamat, Johor.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala akibat ditembak dari jarak dekat.

Mc ambil berita dari SINI untuk sambung baca.

Selagi tidak diwujudkan balik akta dan undang-undang yang telah dilupuskan tu. Selagi itulah ada kes tembak-menembak ni.

Puas la hati manusia yang mahu akta Ordinan Darurat dilupuskan, biar penjenayah dok menembak-menembak macam koboi.

Berdoalah supaya negara kita kembali aman damai macam dahulu kala..

McTheory:
Pom Pom Pom.. ingat mercun, rupanya bunyi tembak.. naya-naya.

Sabtu, 3 Ogos 2013

HOT! Anak Pengasas Ambank diminta pulang bantu siasatan polis!



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Pascal Najadi, anak pengasas Ambank Hussain Ahmad, kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan kes pembunuhan bapanya.



"Kembalilah ke Malaysia dan bekerjasama dengan pihak polis supaya kita boleh tahu apa yang sebenarnya berlaku," kata Mohmad kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Masjid India malam tadi.

Mohmad (kiri) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari wartawan berhubung penafian Pascal yang kematian bapanya ada kaitan dengan satu urusan hartanah.

Semalam, Pascal Najadi dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.


Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, (kiri) terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon di ibunegara.

Mahmod berkata Pascal tidak berada di Malaysia dan mungkin dia tidak mengikuti perkembangan berhubung perkara tersebut.

"Dia membuat penafian di luar negara. Dia bukan di Malaysia tetapi di Rusia," kata Mohmad sambil menambah bahawa penafian tersebut tidak akan menyelesaikan kes itu.

Oleh itu, beliau mengulangi bahawa Pascal yang juga timbalan pengerusi Arab Investments for Asia Kuwait Limited (AIAK) patut pulang ke Malaysia.

'Suspek masih di negara ini'

Mengenai perkembangan terkini siasatan kes tersebut, Mohmad berkata suspek utama, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di negara ini.

"Kami sedang berusaha untuk mengesannya dari semua sumber, termasuk rakan-rakannya, keluarganya dan jiran-jirannya," katanya.