Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Sanusi Setpol Pemfitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sanusi Setpol Pemfitnah. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2014

HOT! Kerajaan Kedah HABISKAN Jutaan Ringgit Untuk Beli Kereta Baru? #HanyaDiKedah

Kenai dak dia ni?

Tu la gambar bekas SETPOL Allahyarham Ustaz Azizan. Nama dia Sanusi, dulu masa zaman Pas Kedah jadi kerajaan negeri, Sanusi ni memang 'buat duit' dengan jawatannya. Pernah juga sampai bersepak terajang dalam pejabat Menteri Besar akibat berebut BALAK!

Tapi baru-baru ni dia ada tegur kerajaan negeri, sebab nak beli kereta perdana.

Baca kat bawah,


Untuk pengetahuan pembaca, memang kerajaan negeri Kedah nak beli Proton Perdana baru. Tu pun selepas desakan bekas exco Kedah dulu yang mahu membeli kembali kereta yang pernah mereka naik dulu.

Kononnya kereta exco (Toyota Camry) ada unsur-unsur peribadi dengan bekas-bekas exco kerajaan terdahulu. Nak tergelak juga Mc dengar unsur peribadi tu, sebab ada kerata exco tu, baru jalan hanya 98,000 km saja. Bayangkan selama 3 tahun jadi Exco baru 98,000KM .. ha ha ha.. nampak sangat tak buat kerja! Tu pun dok sibuk kononnya ada unsur peribadi. Unsur peribadi apa kalau naik kereta pun jarang! ha ha ha.. kelakar laa..

Alaa.. kalau nak bandingkan harga Proton Perdana edisi baharu dengan Toyota Camry tu, rasanya Toyota Camry yang Pas beli dulu, jauh lebih mahal! Kerajaan negeri Kedah sudah tentu beli kereta Proton Perdana dengan tawaran harga murah dan tanpa dikenakan cukai tambahan.

Harus di ingat Semasa pentadbiran PAS di Kedah sebelum PRU13 (2010) .. PAS telah menggunakan duit kerajaan Negeri dengan membeli 10 biji kenderaan mewah untuk kegunaan wakil rakyat PAS serta pegawai kanan ketika itu.

Kenderaan mewah tersebut terdiri dari sebuah kereta mewah Mercedez Benz S350 untuk kegunaan MB, 5 buah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan EXCO serta 4 buah kenderaan SUV Toyota Fortuner untuk kegunaan pegawai kanan MB.

Kalau dulu PAS enggan dedahkan kos pembelian kesemua 10 buah kenderaan mewah yang dibeli, kenapa sekarang PAS hendak desak kerajaan dedahkan pulak kos yang digunakan untuk membeli Proton Perdana Baharu?

Kos yang digunakan PAS untuk membeli sebuah Merc S350 sahaja (tidak termasuk 9 buah yang lain) sudah mampu membeli lebih dari 5 buah kereta Proton Perdana model Baharu. Sekiranya ketika ini dijual kesemua 10 buah kenderaan yang dibeli zaman PAS dengan harga SECOND HAND sekali pun. Kesemua duit tersebut mampu digunakan membeli 10 buah Proton Perdana Baharu tanpa perlu Kerajaan Negeri mengeluarkan kos tambahan.

Ada faham?

McTheory:
Kalau tak faham, sila makan kismis cerdik.. semoga menjadi lebih cerdik dari biasa.. wahai penganut Pas!

Selasa, 31 Julai 2012

PANASS!! Sanusi Setpol 'Membunuh' Anggota Team Media Kedah!! #TukarKedah


Fitnah tu lebih teruk dari membunuh. Kerana kita menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar terhadap seseorang atau sekumpulan. Jadi pada kali ni Mc rasa Sanusi Setpol MB yang suka makan angin sana-sini ni, dah membunuh setiap anggota TMK di Kedah. Kali ada lebih 45 orang anggota TMK di Kedah dan Sanusi sudah berhutang dosa dengan setiap anggota TMK ni, dengan fitnah yang dia buat.

Ini yang ditulis dalam blog beliau
Mc diberitahu bahawa, Sanusi memfitnah TMK dengan menyatakan Padi Jantan itu adalah salah seorang anggota ahli TMK. Sebab tu Mc kata, puak Pas ni main tembak saja. Padi Jantan tidak ada kena mengena dengan kami. Walaupun Mc mengenali Padi Jantan secara peribadi, namun beliau tidak berjuang bersama kami. Beliau ada jalan beliau sendiri.

Jadi kenapa tuduh kami (TMK)?

Mengenai kisah Sanusi ditangkap sebab songlap wang tu, kami tak terlibat langsung. Jadi tolong beritahu, dari sudut mana yang kata kami ni fitnah Sanusi?

Sekarang ni, siapa yang fitnah siapa. Maruah kami dah tercemar, nama kami tercalar. Walaupun kami tidak dapat membalas apa-apa pada Sanusi, namun percayalah.. sempena hari baik bulan baik ini, kami akan tuntut fitnah beliau terhadap kami di akhirat kelak.


McTheory:
Bulan-bulan puasa pun nak fitnah..teruk betul orang Pas ni..