Sponsor

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Jun 2014

HOT!! Bila Azwan Ali Panggil Adibah Noor 'DinaSour' .. huhu.. #gila!


Siapa la tak kenal si Azwan Ali ni kan? Pengacara propa mulut laser yang menyakitkan hati orang. Lani, dah tak laku masuk TV, dia dok laser kat twitter la pulak.

Status Twitter Azwan Ali sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Saban hari, ada sahaja isu yang diketengahkan oleh pengacara tersebut.

Namun, beberapa status yang dimuatnaik oleh Azwan menarik perhatian kami. Malah, ia dipercayai dibalas semula dengan sindiran sinis oleh Adibah Noor.

Ha..Kalau anda memang Twitter freak dan rajin follow artis, sudah pasti anda pun dapat menghidu perkara yang sama. Tapi apa yang berlaku sebenarnya?


Antara status ‘panas’ Twitter Azwan Ali

Apa sudah jadi? Tak tahu daripada mana puncanya, suasana hangat ini dikatakan bermula apabila kedua mereka menghadiri sebuah majlis rancangan Ramadhan di RTM.

Adibah Noor juga dilihat seakan-akan tidak mengalah dan membalas status Twitter tersebut dengan sindiran yang tidak kurang pedasnya.


Ha.. berlawan kata sinis nampak. Ada tak sesiapa kat sini dapat agak ataupun nak teka apa sebenarnya punca ‘perang dingin’ antara dua bintang terkemuka ini?

Tentu ada salah faham di set, kemudian diluahkan pula di twitter. he he he..

Tapi sesiapa pun akan menyampah dengan Azwan Ali tu.. diva pala angguk dia.


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

Ahad, 20 April 2014

HOT!! Konflik Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan?


Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.

Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.

"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.

Semuanya bermula apabila Wardina minta ulamak menegur Ustaz Don, boleh baca di SINI. Kemudian Ustaz Don menjawab semula teguran Wardina, boleh klik SINI.


McTheory:
Wardina ni dah banyak kali salahfaham tentang perkara yang tak sepatutnya dia bersuara. Kaji dulu sebelum sembur je.

Isnin, 9 Disember 2013

INFO! Siti Nurhaliza Pun Lawat Mangsa Banjir..

 
Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini. 
 
Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi. 
 
"Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi. 
 
"(Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir," katanya. 
 
Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini hari ini. 
 
Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang. 
 
Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan. - rakyat news

Ahad, 3 Februari 2013

TUDIAA!! PSY Gangnam Style Turun Malaysia Sokong BN?



Fuyohh.. jika mengikut laporan akhbar The Star, bintang dunia dari Korea pelopor tarian kuda Gangnam Style si PSY akan datang ke Malaysia untuk sambut Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Biar betul ni.. jika benar PSY datang ke Pulau Pinang, Mc percaya bukan hanya rakyat Pulau Pinang yang pergi kesana, tetapi dari KL pun sanggup turun.
 
Laporan The STAR :

Penyanyi superstar Korea Selatan, Psy telah ditempah untuk membuat persembahan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di sini pada 11 Feb ini. 
Artis tersebut dijangka akan membuat persembahan lagu popularnya Gangnam Style di hadapan kira-kira 60,000 tetamu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Rumah terbuka tersebut akan diadakan di Han Chiang High School daripada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang - The STAR
Jemput si PSY tu bagus, cuma Mc harap jangan ada kontroversi lagi selepas ini. Penganjur perlu pastikan PSY dan penarinya mematuhi etika pemakaian dan tingkah laku semasa konsert atau persembahannya. Kena hormat negara orang walaupun artis itu bertaraf dunia.

Pengalaman mengajar kita, jangan peristiwa Hari Belia Negara berulang kembali.

McTheory:
Oppa Oppah Ganyang Kaw! he he..

Jumaat, 1 Jun 2012

KASI PANAS!! Video Ceramah Abby Abadi di Pentas Pas!!


Mungkin ada yang tak percaya Abby pernah berceramah atas pentas Pas. Di sini Mc ada video untuk membuktikan semua itu. Namun mengikut pengakuan yang dibuat Abby sendiri, beliau takkan menyertai Pas, beliau naik ke pentas Pas atas kerana jemputan.. kalau tak percaya boleh baca sendiri kat SINI

Isnin, 28 Mei 2012

GEMPAR!! Wardina Di Ganggu Panggilan Lucah!!


Semalam Mc dimaklumkan seorang artis wanita yang sudah bertudung iaitu Wardina diganggu dengan panggilan lucah. Namun tak pula setakat mana lucahnya panggilan itu, yang beliau beritahu hanyalah panggilan lucah.

Mari kita tanya Wardina setelah terkena panggilan lucah, apa tindakan yang dia akan buat?

“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

Wardina, minta pihak berkuasa tolong selesaikan masalah ini.. buat laporan polis, kan senang.


McTheory:
Orang Gila Seks memang ramai..

Jumaat, 25 Mei 2012

PANASS!! Gambar Nora Danish Mabuk dan Terselak!!


Perhatikan perempuan yang memakai topi berbaju putih yang skritnya terselak tuu.. adehh.. kata dah insaf, tapi?? Diberitahu, dia sedang mabuk dan tidak sedar skrit putihnya itu terselak hingga nampak celana dalamnya.. baru balik umrah dah jadi macam ni.



McTheory:
Insaflaa sebelum terlambat..

Isnin, 21 Mei 2012

PANASS!! Abby Abadi Nafi Sertai Pas!!

Semalam Mc ada mengeluarkan artikel mengenai Abby Abadi naik pentas bersama pimpinan Pas di Marang Terengganu. Nak baca artikel tersebut boleh klik kat SINI. Bukan Mc saja yang mengeluarkan artikel tersebut, blogger puak Pakatan Haram, siap confirm lagi Abby nak sertai Pas. Lawak betuii..

Semalam Mc ada bertanya, apa agaknya motif si Abby ni naik ke pentas Pas. Nak tahu jawapannya? tengok twit yang Abby bagi semalam.


Mc rasa penjelasan yang si Abby bagi dah merungkai segala persoalan yang timbul. Kepada puak blogger Pakatan haram.. jangan bersedih yaa... cuba lagi.. ha ha ha..


McTheory:
Tuan punya diri dah bersuara.. nak kata apa..

Khamis, 3 Mei 2012

TERKINI!! Bob Kuman Meninggal Dunia - Al Fatihah!




Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

Sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Bob Kuman,semoga Allah S.W.T menempatkan Arwah bersama orang-orang yang beriman

untuk mengetahu kisah lebih lanjut tentang arwah Bob Kuman sila klik sini

McTheory:
Al-Fatihah pada Allahyarham..

Sabtu, 7 April 2012

PANASS!! Pelakon Wanita Berubah Baik Kena Masuk Pas?? #PASrabut



Betui ka pelakon wanita ni nak berubah baik kena masuk Pas? Bawa dulu..

Pelakon wanita, pengacara dan juga model, Haryati Hamzah atau Yatt Hamzah akhirnya terbuka untuk berhijrah memakai tudung setelah merasakan niat dan serunya untuk berubah telah datang.

Yatt yang telah memakai tudung secara ikhlas meluahkan, niat untuk dia memakai tudung itu sudah lama tertanam dalam dirinya namun, masih lagi belum tiba waktu yang sesuai.

Selasa, 27 Mac 2012

PANASS!! Rumah MAWI di ROMPAK!!



Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.

Jumaat, 17 Jun 2011

PECAH LOBANG!! PATUT LA SI ARTIS NI MEROYAN, RUPANYA DAH GILA!!


Sedang Mc mencari jawapan kenapa Yasin artis yang menghina sistem kehakiman negara ni boleh jadi macam tu. Akhirnya Mc dah dapat jawapan. Memang sah dan memang benar si artis ni mentalnya dah tak berapa nak betul sebab tu dia boleh buat video kata-kata macam tu. Baca cerita dibawah.

Minggu lepas Niezam ada tulis pasal penyanyi Yassin (Brothers) yang dimasukkan ke hospital gara-gara menghadapi tekanan emosi.


Lepas keluar cerita tu, ada kisah lain pula yang Niezam dapat daripada peminat-peminat Yassin.


Kebanyakan mereka bukannya simpati dengan keadaan Yassin tu tapi ramai pula yang marah-marah pada dia. Terkejut juga jadinya.


Kata peminat, dia orang terkejut bila baca beberapa status dalam laman Facebook milik Yassin yang agak pelik.


Ada peminat kata setiap beberapa saat Yassin akan mengemaskini status Facebook dia dengan menulis menggunakan bahasa yang kurang enak.


“Bukan itu saja ada juga perkataan tak senonoh dan macam-macam lagi. Kami nak tanya ni betul ke Yassin yang tulis macam tu?” soal peminat.


Ahad lalu masa Niezam minum petang dengan beberapa rakan artis di Puchong, dia orang pun bercerita perkara yang sama.


Bila rakan artis tu buka komputer riba dia, kami pun baca status Facebook Yassin itu beramai-ramai dan memang betul apa yang dikatakan peminat.


Kalau difikir-fikirkan takkan Yassin sanggup tulis perkataan yang kurang enak itu?


Nak kata orang lain menyamar jadi Yassin tak mungkin pula kerana kebanyakan kawan yang terdapat dalam rangkaian Facebook dia tu memang orang yang Niezam kenal dan mereka mengakui akaun Facebook itu memang milik Yassin.


Siasat punya siasat, ada pula pihak yang berkata Yassin memang menghadapi masalah emosi yang agak kronik dan dia tak mahu diganggu buat masa ni. sambung baca sini

Tengok tu, si artis yang dok kutuk kerajaan ni rupanya menghadapi masalah mental yang agak kronik. Memang sah la, pada siapa yang menyokong pakatan haram, sememangnya menghadapi masalah mental, kalau tak mereka takkan sokong puak pembangkang.

Kesiann Mc pada si Yasin ni.. muda-muda dah gila.

Pada sesiapa yang belum tengok video si Yasin ni hina sistem kehakiman negara boleh klik sini

Dengar cerita, dia ni dah tak laku, sebab tu cari jalan sama macam Bob Lokman, buat kontroversi sikit, lepas tu nama naik dan masuk Pas. Tak dapat jadi artis popular, dapat jadi artis Pas pun takpa, senang naik pangkat Ularmak.

McTheory:
Hanya orang gila saja yang sokong Pakatan rakyat.. 

Khamis, 16 Jun 2011

PANAS BERAPI!! SEORANG LAGI ARTIS MENYOKONG PAKATAN DAN MENGHINA SISTEM KEHAKIMAN NEGARA!!


Ni apa hal mamat ni tiba-tiba takdak angin takdak ribut tau-tau buat video dok mengamuk maki sistem kehakiman dan undang-undang negara. Siapa agaknya mamat ni yang pandai dan layak mempertikaikan sistem kehakiman negara.

Macam mana seorang penyanyi boleh cuba masuk campur dalam undang-undang negara. Tidak pula si mangkuk ni beri contoh apa kes yang dia kata, undang-undang negara berat sebelah dan tidak berlaku adil pada rakyat biasa.

Selalunya yang mengutuk sistem kehakiman, badan berkanun dan penjawat awam, hanyalah mereka yang memihak kepada puak Pakatan Haram.

Kalau benar dia ni nak sokong Pakatan Haram sekalipun, tak payah la pertikaikan benda yang tidak sepatutnya.

Pasal politik fitnah pula, Mc sarankan pada mangkuk ni, pergi lah tanya puak Pas dan Pkr, mereka lebih terer dan cekap dari semua orang.

McTheory:
Kalau anak ko kena rogol, ko nak panggil sapa? bukankah pada polis juga yang ko laporkan. Kalau ko nak dakwa si perogol tu kat mana? bukankah kat mahkamah Malaysia juga yang ko gunakan. Tak suka Malaysia, sila pindah dan keluar dari sini!!