Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunaka media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.
Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.
Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.
Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don
Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunakan ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.
Ustaz Don saran Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan itupun jika beliau ikhlas.
Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.
Ustaz Don hairan kena wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.
Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.
Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'
Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.
Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.
Tengok video yang Mc ambil dari FB.
Tengok video yang Mc ambil dari FB.
8 ulasan:
Syabas Ustaz. Penjelasan yang amat baik. Semoga tiada lagi yang akan memanjangkan cerita ini. Kalau ada lah sesiapa secara individu atau kumpulan yang mempuyai niat yang tidak baik, harap hentikan kan. Apa salah Ustaz Don sehingga ada yang meletak beliau di dalam suasana yang tidak selesa. Kalau Ustaz Don tidak jurus haluan sesiapa, jangan lah aniaya beliau. Ingin diingatkan bahawa ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa melindungi hamba Nya.
MENGAPA PERLU MENGHENTAM DI MEDIA MASA/FACEBOOK ......KAN ADALAH LEBIH BAIK SI WARDINA BERSEMUKA DENGAN USTAZ DON BERTANYAKAN AKAN PERKARA TERSEBUT......
MACAM NAK TUNJUK BAGUS JE...INGAT JANGAN SAMPAI ORANG AKAN BUKA AIB ANDA DI MEDIA MASA WAHAI PN WARDINA........
Bila orang bukan Islam menghina Nabi,mengatakan orang Melayu bebas murtad mengapa tak hentam orang tersebut,Wardina ni musuh dalam selimut walaupun bertudung
ini dinma hiprokrit atau munafik...
melarang org lain upload video yg bole memburukkn org lain... video yg x sahih.. tp die sndri melakukn perkara tekutuk tu... malah memperbesar2kn yg die sndri x pasti
Memasukkan komen negatif dlm media social mesti bertujuan hendak hentam seseorang. Kenapa hentam seorang ustaz? Dia menyebar ilmu. Dia mengajar. Kalau tak setuju boleh cakap dengan dia, berbincang dgn elok. Kamu berdua saja yg tahu. Ini masuk media. Ramai orang tahu. Kan dah menyusahkan kamu.
Bala bila orang rasa ada ilmu..tetapi hakikat dia cuma ada maklumat ttg agama,bkn ilmu agama..
siapa wardina ni?..
bertudung pastu kawan dgn org2 agama kira lesenla kot blh tegur ustaz2 alim ulama...kaji la dl sblm tegur...dh tak psl2 jd mcm ni..menimbulkan slh fhm d kalangan masyarakat..menyusahkan org namanya ni...jgn la jd mcm ostaz zah A B pe tu..diam dh skrg,,,adoiii..apapontakboleh.
saya telah banyak mendengar ceramah jenaka dari astro oleh Ustaz Don yang kebanyakanya jenaka bodoh dan menyesatkan. Syabas wardina kerana berani menyatakan yang benar. tidak semestinya orang yang disanjung tinggi dan fasih berbahasa arab dan cepat merujuk ayat ayat koran untuk memperkuatkan kelemahan kelemahan pendapat mereka itu benar sentiasa. Buang ler ketaksuban kepada Ustaz Don ini. Ianya banyak jenaka bodoh dari fakta agama Islam sebenar
Catat Ulasan