Lihatlah ke Iran. Bagaimana Yahudi di negara yang presidennya selalu gembar-gembor akan menghancurkan, mencaci maki bangsa Yahudi.
Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis!
p/s : Percaya tak percaya, itulah realitinya!
Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.
Padahal, orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran.
Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya. Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?
Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.
Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.
Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.
Sejarah sudah menyimpan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034:
“Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi.” Ala kuli haal, Yahudi-Yahudi di Isfahan , Iran selalu mengenakan selendang. Wallahu alam bi shawwab.
3 ulasan:
Bagus kerana mendedah fakta ini, sudah lama iran bersandiwara dan buat kekacauan di dunia Arab khususnya, harap orang islam akan sedar peranan Iran terhadap Islam.
Lebih baik kukuhkan pegangan agama rakyat dahulu dari terus salahkan Syiah. Kalau dah kukuh datanglah fahaman apa pun. Siah ke, Miah ke dah tentu rakyat faham dan tolak.
Pemimpin tak perlu sibuk menakutkan orang dengan syiah kalau mereka sendiri caca merba amalannya. Ustaz2 mereka tahu ajar bab sembahyang dan puasa ja + bodek sikit.
Bab halal, haram dan akidah ni tak berapa berani sentuh takut tersentuh batang tubuh pemimpin.
Mengajar ketam berjalan.
Apa nak heran....kat Iskandriah pun berlambak Yahudi...memang depa dah duduk arrea-area tu sejak beribu tahun lagi...Oriental Jewish....
Catat Ulasan