Memaparkan catatan dengan label ustaz don. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz don. Papar semua catatan
Ahad, 20 April 2014
HOT!! Konflik Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan?
Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.
Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.
Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.
Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.
"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.
"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.
Semuanya bermula apabila Wardina minta ulamak menegur Ustaz Don, boleh baca di SINI. Kemudian Ustaz Don menjawab semula teguran Wardina, boleh klik SINI.
McTheory:
Wardina ni dah banyak kali salahfaham tentang perkara yang tak sepatutnya dia bersuara. Kaji dulu sebelum sembur je.
Khamis, 17 April 2014
PANASS!! Video Ustaz Don Jawab Kecaman Wardina Terhadap Beliau!
Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunaka media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.
Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.
Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.
Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don
Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunakan ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.
Ustaz Don saran Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan itupun jika beliau ikhlas.
Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.
Ustaz Don hairan kena wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.
Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.
Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'
Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut.
Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.
Tengok video yang Mc ambil dari FB.
Tengok video yang Mc ambil dari FB.
Rabu, 16 April 2014
HOT!! Ustaz Don Amal Hadis Sesat? Ujar Wardina
Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, mengecam ceramah Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kerana dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.
Menurut Wardina dalam status facebooknya meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana kononnya dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan yang sahih.
Wardina Safiya merupakan antara 29 individu yang dilantik menjadi ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan pernah mempertikaikan DBKL menyatakan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014 adalah membazir.
Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka.
Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.
"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.
Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.
KOMPILASI HADIS PALSU & PENYELWENGAN DON DANIYAL
Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :
1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar
Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam
Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...
Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...
Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...
Must See sampai habis video ini...
Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...
Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...
Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???
Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...
Video Yang telah diedit berdurasi selama 19 minit
Sejak akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal menjadi popular dikalangan umat islam dengan menampilkan ceramahnya yang agak santai dan mudah difahami oleh pendengar.
Ceramahnya di TV Alhijrah menjadi popular dan sering diikuti oleh golongan muda dan dewasa.
Walaubagaimanapun Wardina pernah memuji ceramah yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus yang menampilkan gaya rock dengan gitar. SUMBER
Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :
1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar
Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam
Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...
Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...
Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...
Must See sampai habis video ini...
Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...
Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...
Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???
Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...
Video Yang telah diedit berdurasi selama 19 minit
Sejak akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal menjadi popular dikalangan umat islam dengan menampilkan ceramahnya yang agak santai dan mudah difahami oleh pendengar.
Ceramahnya di TV Alhijrah menjadi popular dan sering diikuti oleh golongan muda dan dewasa.
Walaubagaimanapun Wardina pernah memuji ceramah yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus yang menampilkan gaya rock dengan gitar. SUMBER
Sabtu, 6 Julai 2013
PANASS!! Bukti-Bukti Puak Pas Fake Akaun FB Ustaz Don!!
Posting laman sosial Facebook di atas menjadi bualan hangat apabila ramai yang mempertikaikan Ustaz Don Daniyal, seorang penceramah bebas terkenal yang dikatakan memfitnah TV3 kerana mengelarkan Dr Morsy sebagai diktator. Sedangkan tidak ada satupun rancangan di TV3 yang mengelarkan Dr Morsy sedemikian. Ini hanyalah fitnah yang dilakukan oleh cybertroopers pembangkang untuk memburukkan nama TV3.
Ustaz Don Daniyal hari ini tampil di dalam laman sosial rasmi sebenar beliau menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Kenyataan beliau berbunyi seperti di bawah:

Harap orang ramai berhati-hati ketika membaca status pemimpin-pemimpin serta pendakwah bebas di laman sosial dan pastikan akaun tersebut adalah sahih dan rasmi. Bagi mengelakkan kekeliruan yang berpanjangan, sertakan "print shot" laman sosial yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ustaz Don Daniyal seperti di bawah. Akaun Facebook ini mempunyai pengikut lebih daripada 55 ribu orang yang menggunakan akaun Facebook "Ustaz Don Daniyal (Original)".



Sumber CTS
McTheory:
Tak sudah-sudah memfitnah..sampai Ustaz Don pun Pas sanggup fitnah!
Ahad, 9 Jun 2013
HOT! Video Ceramah Ustaz Kazim Elias Bersama Ustaz Don!!
Bagus gabungan ni, ini ceramah agama yang berbaloi untuk didengar, kalau ceramah politik Pas tu, baik baca buku komik jepun atau layan DVD movie hollywood, sebab takdak isu pun, buat dosa saja dengar.
Sabtu, 25 Februari 2012
GEMPAR!! Apa Ustaz Don buat dengan Mahasiswa tu??
Apa agaknya ustaz Don buat dengan budak2 Mahasiswa ni? Baik tengok ler sendiri..
Jumaat, 17 Februari 2012
MUHASABAH DIRI!! Menitis Air Mata Ketika Dengar Ceramah Ustaz Don Daniyal!!
Aduhh.. taktau la kalau ada yang masih keras dan tegar hatinya bila dengar ceramah Ustaz muda macam Don ni.
Rabu, 15 Februari 2012
MUHASABAH DIRI!! Sedih tengok video ni..sesuai pada siapa yang nak jadi bapak dan ada anak!!
Ustaz Don ni muda lagi.. caranya pun agak sempoi ala-ala orang muda punya stail. Harap nanti lepas nama dah naik. Jangan lupa diri.
McTheory:
layan video ni dulu, sebelum kita terjah balik politik!!
Langgan:
Catatan (Atom)





