Ahad, 20 April 2014
HOT!! Konflik Wardina dan Ustaz Don Terus berpanjangan?
Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.
Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.
Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.
Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.
"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.
"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.
Semuanya bermula apabila Wardina minta ulamak menegur Ustaz Don, boleh baca di SINI. Kemudian Ustaz Don menjawab semula teguran Wardina, boleh klik SINI.
McTheory:
Wardina ni dah banyak kali salahfaham tentang perkara yang tak sepatutnya dia bersuara. Kaji dulu sebelum sembur je.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
dia gian lama tak kuar tv dan tunjuk bagus.. ni dah jadi 'penasihat rekonsilasi' lagi la rasa hebat..
Betul. Dah byk kali tersempak dgn wardina di luar. Sombong. Bila ada majlis, ingat ok tp tetap sombong pas majlis. Xhormat orang tu. Asyik nak saman org. Ni terjah xtentu pasal. Ni namanya tak cukup ilmu. nak menunjuk alim sangat. Hiduplah scara bersederhana
terus terang le, wardina ni memang selalu buat hal. tengok je masa dia jadi juruacara sebarang program ceramah dll, dia yang melebih lebih bercakap mengalahkan panel.
We know ust don better than u wardina
Wardina tu xsedar diri.. dia tu jahil tp sejak join PKR dh rasa mcm ularmak dh.. pantang bila ada sikit yg pertikai terkena puak mereka mulalah jd mcm ni..
Ust Don tu dlm bidangnya.. lu sapa Wardina? stkt jd pencacai politik PKR.. lepas tu mau tunjuk hebat? puiiih
Bila.kena tegur..boleh pula dia ckp baik2..masa nk tegur,siap kata org yg xstju tlg rujuk kitab riyadh solihin..ini kalam org takabur..wardina..jgn skdr ckp nama kitab,anti tahu ke bgmn nk berinteraksi dgn isi kitab..jgn takabur seolah anti shja baca kitab tersebut,org lain bkn shja baca,bahkan kerkali2 khatam dan hafal isi kandungannya..
strategy anwar, burukkan apa saja yang baik, so kalau dia orang PKR itu lah perjuangan dia, cukup cukup lah melagakan orang melayu ni, anwar memang tak da integrity, sebab tu dia merosakkan ugama bangsa dan Negara..check apa anwar buat kalau nak paham..manusia munafik..
Wardina and bang non have done enough trouble for this country, both of them harus bertaubat.
Kesian wardina
Dok lah elok2
Jgn cr pasal x tentu hala
Jgn hanya pikir dlm ruang kota pemikiran diri sendiri saja
Memang akan rasa org lain saja
Bnyk lg benda2 yg di luar pemikiran logik telah dan akan berlaku
Kesian wardina
Masalahnya agak serius
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Juga dosa2 wardina yg lalu
Mgkn pemikirannya mash di takuk spanar jr kot
Cukup lah kita dah ada sorang Abby Abadi
Kita x perla "Abby Abadi II"
Baca teguran Dr MAZA dengan berlapang dada.
Bab agama ni, teguran terbuka pd aku mmg tak sesuai. Sebelum buat teguran jika kita rasa ada yg tak betul, dptkan 2nd opinion dulu dr beberapa ilmuan terpercaya. Jika tidak bakal menzahirkan kejahilan sendiri, dan memalukan diri, nak ngaku salah kemudian, jatuhkan ego sendiri.
Jika mmg pasti salah, dan bukan perkara yg ikhtilaf ulama', buat teguran atau minta penjelasan secara personal dahulu. Jika bersikap ego dan menolak teguran, minta pula ilmuan yg terpercaya utk menasihatinya. Jika masih menolak dan benda tu mmg sah salahnya, mk ketika itu mmg elok didedahkan agar org ramai tak dikelirukan.
Lebih baik Wardina fikir bagaimana nk bw remaja yg lagha ke jalan agama... ustaz Don dh buat kerja dia.. tak perlu berbalah kpd perkara yg merugikan bangsa dan agama
Nak dengar komen wardina pasal liwat, zina dengan bini orang serta LGBT. Tu aja.
Apa? Baca komen dr maza dgn lapang dada?
Pernah ke maza lapang dada baca kitab ulama silam yg muktabar?
Dia baca kitab albani,afghani,uthaimin dll yg seangkatan dgn dia la. Kesan nya lahir la murid mcm wardina dan NGO IQ.
Gile publisiti..mmg mcm tuh..konon rasa diri tu dh bgs sgt? Org tau lah kau tu mcm mana dina oiii..abby dh senyap kau pulak yg timbul..semak btul manusia mcm nie..
Setuju 100%..kalau asri xtahu berlapang dada dengan ulama lain..mcmn org nk berlapang dada dengannya.
Catat Ulasan