Sponsor

Memaparkan catatan dengan label blogger pakatan jahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger pakatan jahat. Papar semua catatan

Ahad, 8 Disember 2013

INFO! Kenapa Syaitan Akhir Zaman Semakin Gemuk?



Kenapa syaitan akhir zaman semakin gemuk?

Cerita seorang pendita yang bermimpi bertemu dengan syaitan-syaitan yang gemuk dan bergerak perlahan. Mereka kelihatan amat bosan sekali.

Lalu bertanyalah pendita tersebut kepada syaitan,

"Wahai Syaitan kenapa kamu kelihatan bosan dan gemuk-gemuk semuanya"

Dengan muka lesu dan sayu syaitan menjawab,

"Wahai pendita, sejak akhir-akhir ini kami semua seolah-olah tiada kerja untuk dilakukan, malah kerja kami telah diambil alih oleh manusia pada akhir zaman ini"

Dengan muka berkerut pendita bertanya lagi,

"Apa maksud mu wahai syaitan?"

Syaitan menjawab,

"Maksud ku ialah manusia sekarang telah mengambil alih kerja ku dengan begitu tekun sekali, malah mereka mengunakan medium cyber untuk membuat fitnah dan mengadu domba. Hinggakan aku pun gagal berbuat demikian rupa"

Ohh.. jawab pendita..

"siapakah gerangan yang engkau maksudkan wahai syaitan?"

Sambil mengeluh syaitan menjawab..

"Manusia sekarang menghasut dan membuat fitnah tanpa berfikir walau sedetik. Malah yang membaca juga terus terima dan percaya, malah membuat sebaran akan fitnah tersebut tanpa usul periksa. Jadi kami rasakan bahawa tentera syaitan sekarang pun gagal dan tak sehebat tentera yang dihasilkan manusia ini.

Pendita tak puas hati lagi.. terus bertanya

"Siapa yang engkau maksudkan wahai syaitan?"

Syaitan dengan mata terbeliak menjawab..(bersuara dengan nada yang amat ngeri sekali)

"Tentera yang aku maksudkan ialah, bloggers dan cybertroopers Pakatan Rakyat yang memang pandai membuat fitnah dan hasut cerita jahat, hinggakan aku kehilangan kerja."

Ngeri pendita melihat dan mendengar apa yang syaitan katakan..

Pendita mengangguk faham dan berlalu pergi..


McTheory:

Kalau tak faham lagi.. taktau laa..