Sponsor

Memaparkan catatan dengan label blogger pas kedah jahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger pas kedah jahat. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

HOT! Sanusi Bekas Setpol Allahyarham Ustaz Azizan dan Blogger Pas Kedah di SAMAN!! #HanyaDiKedah




 Baru Mahfuz Omar dok canang kononnya Pas Kedah bersih suci lagi murni masa jadi Kerajaan negeri. Tu laa orang kata, jangan RIAK dan TAKABURR! Kan dah ada yang kena saman!

Baca posting dari Medan Tempur,

Masih ingatkah lagi anda tentang kisah balak Papua New Guinea yang didapati mengalami kerugian sehingga projek berkenaan direkodkan sebagai projek paling bermasalah dalam laporan audit negara..

Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.

Kes itu kini dibawa ke Mahkamah apabila ahli perniagaan Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid pemilik syarikat MAS Incorporated LTD mengambil tindakkan menyaman Sanusi Md Nor dan Blogger Tua Pas Kedah Zulkifli Yahaya



Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan Pas Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usaha sama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di Papua New Guinea.

Mc baru keluarkan posting mengenai salahlaku Pas pada zaman pentadbirannya dulu. Sapa belum baca boleh klik kat SINI.

 Belum nak dedah, dah kena saman? he he he..


McTheory:
Orang RIAK dan TAKABUR.. Allah SWT marah.. wahai Tuan Mahfuz Omar yang terlalu bijaksana!

Ahad, 7 Julai 2013

PANASS!! Blogger Pas Buka Pekung Pas Kalah Di Kedah! #HanyaDiKedah


Bila ada masa terluang, Mc suka baca blog sebelah pro pembangkang, tapi tengok jugalah blog yang macam mana. Kalau penuh dengan fitnah dan cerita mengarut tu, rasanya Mc baca dua-tiga baris pun boleh 'klik' pangkah.

Baru-baru ni, Mc ada terbaca blog 'Ketua Unit Penerangan Negeri Kedah' yang dulu, iaitu Zulkifli Yahaya, atau yang kami budak-budak TMK ni panggil dia Zul Ya.

Tak dinafikan kami seteru di alam maya, namun Mc menghormati Zul Ya sebagai orang lama dalam politik, dan sudah tentu penilaian yang beliau buat lebih 'waras' berbanding cybertroopers Pas yang lain.

Itu pun kalau beliau 'waras' la, sebab ada juga tulisannya yang lebih bersifat propa dari kebenaran.

Namun cerita kat bawah ni, adalah 'luahan rasa' sebenar mengenai keadaan Pas Kedah semasa PRU.

Baca kat bawah,

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi menggambarkan PAS Kawasan Kuala Kedah sebagai kubu kuat PAS, dilihat dari petunjuk PRU13 di mana PAS menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi. PAS menang di Anak Bukit, Pengkalan Kundor dan Kubang Rotan, manakala KeADILan menang kerusi Parlimen.

Ada pihak menganggap PAS Selangor jauh lebih kuat dari PAS Kedah kerana mampu memenangi 15 kerusi DUN berbanding hanya 9 dimenangi PAS Kedah.

Sekian lama ukuran kekuatan PAS ialah keputusan pilihanraya. PAS dianggap kuat jika menang banyak kerusi dan lemah jika keputusan adalah sebaliknya.

Sebelum PRU12 (2008) PAS dianggap kuat di kawasan majoriti Melayu. Secara realiti memang PAS bertapak dan berpengaruh di Kelantan, Kedah dan Terengganu di mana majoriti Melayunya tinggi. Sehingga kini ketiga-tiga negeri tersebut pernah diperintah dengan kekuatan PAS. Walaupun Menteri Besar dari PAS pernah memimpin kerajaan negeri Perak namun ia di atas sebab-sebab khusus yang bukan kerana kelebihan kekuatan PAS.

Benarkah keputusan pilihanraya adalah adalah gambaran atau ukuran kekuatan PAS? Saya ingin merujuk situasi di Kedah untuk menjelaskannya. PAS menang di Anak Bukit (10.56 % pengundi Cina), Pengkalan Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Kuala Ketil (6.75%, I: 10.58 %) dan Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %). Jika tanpa undi Cina PAS atau bukan Melayu adakah PAS mampu memenangi kerusi tersebut? Kecuali Anak Bukit, selainnya hampir pasti PAS kalah.

Hanya tiga kerusi yang mampu dimenangi PAS tanpa bantuan undi Cina iaitu Tokai (Melayu 90.88 %), Bukit Pinang (M 93.04 %) dan Sungai Limau (M 93.19 %). Jika dicampur dengan Anak Bukit, bermakna hanya empat kerusi mampu dimenangi PAS, tanpa bantuan Cina. Kedudukannya lebih buruk dari PRU 2004 di mana PAS mampu menang 5 kerusi DUN. Jadi tidak tepat untuk mengukur kekuatan PAS berdasarkan keputusan pilihanraya.

Dalam analisis yang lebih mikro, kita mendapati banyak 'pengalaman baru' diteroka ahli-ahli PAS di semua peringkat yang dahulunya tidak pernah berlaku. Dahulu, sehebat mana perbezaan dalaman ia tidak pernah ditonjolkan dengan menggunakan media takibarut BN untuk menunjukkan kepada dunia bahawa 'kami sedang berkrisis'. Kini, ada.

Dahulu calon ditentukan sepenuhnya oleh pihak atasan. Petugas akar umbi cuma menerima keputusan dan bekerja sepenuh hati untuk memenangkan parti. Kini, ada protes dan ugutan. Tidak terhenti setakat itu ada aktiviti menutup markaz dan lebih buruk lagi bersekongkol dengan pihak lawan untuk mengalahkan calon parti sendiri.
Ada kelompok yang mengadakan solat hajat memohon si anu si anu tidak tercalon mewakili PAS. Ada yang mengadakan kenduri kesyukuran kerana calon PAS yang tidak disukainya kalah sekalipun dia sedar calon yang menang ialah BN. Cerita ini tak masuk akal untuk PAS sedekad lalu, kini ia benar-benar berlaku di kalangan ahli.

Secara peribadi saya berjumpa dengan ramai aktivis PAS yang hidup mati bersama jamaah, ada memegang jawatan ahli Majlis Ketua Kampung tetapi tidak mengundi calon PAS tertentu di Jerlun. Mereka ada hujah mengapa calon itu 'wajib' dikalahkan. Di Pendang, calon Parlimen Haji Mohamad Sabu hilang banyak undi berbanding perolehan undi DUN. Antara yang tidak mengundi ialah ahli PAS yang membuat pengakuan terbuka "Ana tak undi Mat Sabu kerana Syiah."

Pengerusi Tetap PAS Dato' Abu Kasim Abdullah mengembalikan nostalgia zaman pemudanya. "Kami pimpinan negeri boleh bertanding di mana-mana kawasan, tiada siapa yang akan pertikai keputusan parti, " ujarnya. Zaman itu sudah berlalu. Pengalaman PRU13 menunjukkan bahawa PAS mampu kalah jika keputusan dibuat tanpa mengambilkira pandangan akar umbi.

Mungkin fenomena itu hanya di Kedah. Kerana Pesuruhjayanya tidak dihormati. "Keputusan yang dibuat oleh Mursyidul Am pun boleh bawa kekalahan kerana tidak disetujui aktivis akar umbi," ujar seorang rakan parti yang banyak mengkaji isu dalaman. Dia sebut Mursyidul Am, adakah maksudnya Kelantan juga begitu? "Iyalah calon pilihan tok guru kalah tipis di Selising kerana bantahan akar umbi walaupun PRU12 dulu menang," hujahnya. Entahlah, tidak pasti hujahnya berasaskan fakta atau emosi. Namun realitinya, tetap wujud masalah dalaman di mana sekalipun.

Dahulu, ketidakpuasan hati secara dalaman jika tidak dapat diselesaikan mungkin hanya berlegar di kalangan sekelompok manusia. Kini, bukan lagi berupa bisikan perang saraf atau surat layang tetapi edaran secara elektronik di media sosial. Sekali papan kekunci komputer diketuk, ribuan manusia dapat mengikutinya. Dari Presiden hingga pemimpin bawahan, tiada siapa terkecuali dari kecaman dan kutukan. Bahasa yang digunakan kadangkala bukan bahasa orang beriman, sekalipun mereka yang mengutuk itu juga orang PAS.

Sesekali kita termangu lalu bertanya, adakah sekarang PAS semakin kuat atau semakin lemah? Jika kita mengukur kekuatan parti sebagai perolehan jumlah kerusi maka hakikatnya kita sedang tertipu.

Kekuatan seharusnya diukur dari aspek penghasilan ahli-ahli berkualiti seramai mungkin, memahami tanzim dan disiplin jamaah serta yang penting ialah mampu membuat keputusan terbaik berdasarkan ilmu dan realiti semasa. Bukan ahli bawahan saja, pemimpin pun kena begitu. - Zul Ya

Selalunya Mc jarang nak bagi kredit atau 'back link' kepada blogger Pas ni, sebab depa pun kalau petik artikel dari Mc atau budak-budak TMK, tak pernah nak bagi 'backlink' pada kami pun. Mungkin depa takut pembaca blog Pas Kedah, akan ke blog pro BN dan baca pembongkaran yang kami buat selama ini.

Nampak sangat penakut!

Dalam tulisan Zul Ya tu, akhirnya mengakui semua pendedahan kami selama ini. Tentang pepecahan dalaman Pas, markas Pas tutup, ahli Pas taknak undi Pas, Pas Pendang tolak Mat Sabu, Dr Mail di tolak orang Pas Jerlun, ugutan untuk jatuhkan calon Pas, tak hormati Pesuruhjaya Pas, semua itu pernah kami tulis dan pernah blogger Pas Kedah nafikan, dengan menuduh kami fitnah.

Namun selepas baca tulisan di atas, pembaca sendiri boleh agak, siapa sebenarnya pembohong, diantara blogger Pas dan blogger pro BN.

Allah tu maha kuasa, dok tuduh kami kaki fitnah, akhirnya beliau sendiri bukak pekung.

Alhamdullilah, akhirnya semua dengan izin Allah SWT.


McTheory:
UMNO Kedah pun jangan dok rasa kuat sangat, kalau bukan sebab masalah dalaman Pas, susah juga kita nak menang.

Isnin, 10 Jun 2013

PANASS!! Kisah Pemuda Pas dan Amoi Paha Putih!!



sekadar hiasan
Cerita terbaik yang Mc ambil dari blog Medan Tempur Kedah, kisah paha putih!! Paha sapa putih? Baca la kat bawah tu.

Kecoh beb 3,4 hari lepas si ketua pemuda Pas Aloq Staq Azam Awang atau nama panggilan mesra Pak Tam buat kenyataan kepada Sinar mengatakan bahawa Kerajaan negeri membenarkan tarian " tunjuk paha " diadakan di Kedah..

Sebenarnya aku kesian dengan Ketua Pemuda Pas Aloq Staq ni, dah la berakal pendek tak brapa cerdik pulak tu.. Sampai tak boleh nak beza program orang cina atau program orang melayu.. Dah terang terang tertulis kat atas tu Opera Fantasy Mask.. Opera ni sinonim dengan masyarakat cina.. Cuba tengok ada tak orang melayu dalam gambar bawah ni ??



Bila Orang cina buat program untuk orang cina, Pas nak salahkan BN yang hanya baru sebulan mentadbir negeri, walhal Kerajaan BN belum lagi ubah dasar dasar dari pemerintahan zaman Pas..

Sebelum Pak Tam si beloger Pas Kedah nak tuduh kerajaan BN benarkan penari cina tayang paha depan orang cina, elok cermin dulu apa yang jadi masa di himpunan blackout505 negeri Kedah bertempat dalam markas Parti Islam Semalaya ni..





sekor ostat pas, sekor lagi ostat dap

gmbar ini di padang amcorp mall

Tengok sendiri si anak anak cina ni tayang paha depan orang cina ka depan pak pak lebai Pas, orang melayu beragama Islam.. Jadi dimana letak maruah hang Pak Tam a.k.a beloger Pas ?? Depa tu tayang paha sambil pegang bendera pas dah diangkat sebagai muslimah Pas ??? Macam tu ka orang Pas mau ??


Gambar di atas tarian separuh bogel di majlis PKR Kulim masa Kedah di tadbir oleh Pas.. Ada nampak Ketua Pemuda Pas Aloq Staq melompat pasal isu ni ?? Ada ?? Teloq hangpa tu elok buang ja dalam sungai Kedah..

Tak guna nak salahkan orang lain kalau diri sendiri tu busuk macam tahik !!

Lepas ni aku nak cabar Pak Tam pi berguling pulak depan House Bar, memandangkan depa ni nak tunjuk hero aku bagi peluang kat depa pi berdemo berguling macam hindustan.. Lepas dah ada gambaq depa berdemo depan tu, baru aku nak dedahkan siapa yang bertanggungjawab buka pusat hiburan tu dengan sapa yang makan komisyen..

Nak tau ?? suruh pak tam pi berguling dulu..


McTheory:
Hangpa main jahat, kami lagi jahat..tunggu satt..

Jumaat, 24 Ogos 2012

EKSKLUSIF!! Bila Blogger Upahan Pas Sudah Terkantoi!!


Blogger Pas kedah yang lebih dikenali sebagai Tok Senapi atau Zulkifli Yahaya baru-baru ni menafikan bahawa beliau pengendali blog Kedah La. Zul Ya kata dia tak ada banyak masa nak tulis dalam blog Kedah La sebab ada banyak komitmen, serta berjawatan dalam kerajaan negeri dan Pas kawasan Alor Star..Tapi sayangnya, sebab lagak dan sembang besaq Zul Ya dalam blog Kedah La yang berselindung disebalik nama Tok Senapi, akhirnya makan diri lepas dikantoikan.


Sebelum tu tok senapi a.k.a Zul Ya keluarkan artikel memfitnah kononnya Umno mengupah samseng pukul cybertroopers pas Asfanizam Abdullah (AA) baca artikel di bawah..




 http://kedahla.blogspot.com/2012/08/kumpulan-samseng-umno-belasah-asfanizam.html 

Malangnya artikel tersebut telah dikeluarkan, selepas AA dapat tahu dan nak ambil tindakkan saman ke atas pemilik blog ( baca SINI ) dalam pada itu Zul Ya menjelaskan dalam status FBnya bahawa beliau bukan pengendali blog kedahla cuma penulis jemputan sahaja..Tapi status itu pun Zul Ya buang sebab dikantoikan sekali lagi bila identiti sebenar disebalik blog Kedah La dibongkarkan..


Rupanya pemfitnah tua Kedah La yang berselindung di sebalik nama dan karektor karektor dalam blog tersebut hanyalah untuk mengaburi mata pembaca sahaja kononnya ada ramai penulis dalam  blog terbabit..Tapi hasil risikkan hanya 2 atau 3 orang sahaja penulis dalam blog tersebut..

Hak Eksklusif Team Media Kedah

Mc nak tambah sikit, kalau blogger Pas dan Pas Kedah sibuk nak cari kami.. takpa, kami pun nak cari hangpa semua juga. Kita tengok sapa yang kantoi beradap nanti. TMK bukan sorang atau dua orang, kami ramai. Kami ni satu batalion perang yang dah sedia untuk gempur kemungkaran segenap pelusuk Kedah. Kalau tak percaya, kita tunggu tengok!! ha ha ha..


McTheory:
Lepas raya ni banyak lagi keluar nak... tunggu noo..