Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bnyct. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bnyct. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

PANASS GILA! Nabil Akhirnya Mengaku Menyokong Dasar Barisan Nasional Kerana Kebenaran! #BNYCT



Nabil pelawak popular yang memenangi Raja Lawak, berani mengakui bahawa beliau menyokong dasar Kerajaan. Artis seperti beliau tidak takut untuk berhadapan dengan cemuhan dan tohmahan semata-mata untuk memperjuangkan kebenaran. Ternyata Mc mengagumi semangat Nabil.

Artis yang sokong BN bukan artis yang dah expired dan suam-suam kuku, semuanya artis popular. Bukan macam Pakatan, artis mak janda meroyan, artis tua yang kedut seribu, pelawak basi dan hero malaya gila betina. Tak best langsung!

Disebabkan demikian, Mc minta para cybertroopers Pro BN menyokong perjuangan ikhlas Nabil, jangan biar artis seperti Nabil berjuang seorang diri. Takut nanti, lama kelamaan mereka menjadi takut dan undur diri dari bidang seni.

Lagi satu, tolong LIKE video ni boleh tak? Support la sikit! Tak semangat langsung! he he..

McTheory:
Sokong Nabil 100% dalam perjuangannya..

Jumaat, 17 Ogos 2012

TUDIAA!! Video Panas Pemimpin Dan Artis Buat Apa Ni? #BNYCT


Video Promosi BNYCT.. kalau ada suka dan pro BN sila LIKE!! Kalau anda Pro Pakatan, sila pergi main jauh-jauh.. ha ha ha..

Khamis, 9 Ogos 2012

TUDIAA!! Apa Itu BN Cyber Youth Team Ganti UMB Kah? #BNYCT



Khairy Jamaluddin, Datuk Razali Ibrahim dan Tun Faisal Ismail Aziz 


bersama pemimpin kompenen Pemuda BN melancarkan BN Youth Cyber Team.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan satu lagi platform baru untuk anak muda yang bergiat aktif dengan media sosial iaitu BN Youth Cyber Team (BNYCT) di Aras 23 Dewan Sri Endon, Menara Dato Onn PWTC.

Dalam ucapannya Khairy berkata melalui penubuhan BNYCT ini ianya dapat wujudkan satu gelombang baru dari pihak Barisan Nasional dalam penyebaran maklumat serta fakta-fakta berkaitan dengan kerajaan kepada masyarakat Malaysia.

“Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut,” ujarnya di hadapan lebih 200 para tetamu yang terdiri dari penggiat-penggiat media sosial pelbagai bangsa.

Menurut Khairy lagi, dalam masa terdekat Pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus melalui BNYCT tetapi beliau berharap agar ramai anak muda menyertai BNYCT kerana ianya berbeza daripada 'cybertroopers' seperti UMB. UMB yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang, berbeza dengan BNYCT yang lebih kepada memberikan pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

BNYCT dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz mensasarkan golongan muda yang bergiat aktif dengan media sosial, mereka yang memiliki bakat dalam bidang kreatif untuk bersama menyertai BNYCT seterusnya menyumbang segala idea, artikel, karya atau apa sahaja kebolehan yang dimiliki sama ada ianya berkaitan sukan, ekonomi, perundangan atau sebagainya

baca selanjutnya di portal BN Youth CyberTeam

http://www.bnycyberteam.net/2012/08/bny-cyber-teamplatform-baru-untuk-anak.html