Sponsor

Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dadah. Papar semua catatan

Khamis, 8 April 2010

PENGEDARAN DADAH DI SELANGOR!



Pada pembaca dan pengikut blog mesti pernah membaca post Mc sebelum ini mengenai pendedahan aktiviti pelacuran dan kedai arak yang bersepah-sepah tumbuh di sekitar Selangor bagaikan tiada halangan.

Kali ini Mc mendedahkan kisah pengedaran dadah yang terancang di Selangor. Dah lama Mc cuba siapkan aktikel ini. Tapi disebabkan kesibukan kerja dan kerja ini agak sulit, menyebabkan artikel ini banyak kali tertangguh.

Gambar hotel di atas merupakan markas pengedaran terancang. Hotel murah ini agak popular disekitar Petaling Jaya. Mengikut siasatan Mc, pengedar dadah (tokan) menginap disalah sebuah bilik dihotel ini setiap hari, tanpa menukar bilik pun.

Modus operandinya menyewa bilik hotel dan menerima panggilan dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk kedalam bilik hotelnya. Di lobi hotel pula ada 'tonto' upahan yang memerhati jika ada sebarang gerakan yang tidak diingini.

Apakah pemilik hotel berkenaan tidak sedar? Atau pemilik hotel berkenaan bersubahat dengan pengedar terbabit. Ini yang cuba Mc dedahkan, apabila salahguna hotel dan cara pengedaran terancang yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.



Gambar diatas merupakan contoh dadah syabu (ais, kristal, batu, kaca) dan peralatan yang selalu dibawa oleh pengedar atau pun konco-konco pengedar atau mereka ini dipanggil 'pusher' oleh pelanggan mereka.

Mc mendapat maklumat ini dari salah seorang 'pusher' pengedar terbabit. Mengikut kata pusher, pengedar terbabit berbangsa cina, berumur dalam lingkungan 30an. Selalu bersama seorang perempuan (amoinya) dalam bilik tersebut.

Dia mengelarkan dirinya 'abang' pada konco-konconya. Seperti Mc katakan tadi, hanya orang yang terpilih sahaja yang boleh masuk kedalam biliknya.

Si 'abang' tadi mempunyai ramai 'pusher' untuk memasarkan barangnya disekitar Petaling Jaya, Sunway dan Subang. Pusher si abang tadi terdiri dari berbilang kaum, termasuk melayu dan india.

Yang paling menyedihkan, kaum cina adalah paling kurang mengambil dadah jenis ini. Dadah jenis syabu dan eramin 5 menjadi kegemaran remaja melayu. Pelanggan mereka pula terdiri sebilangannya adalah remaja melayu dan ada juga budak sekolah.

Kembali kepada pengedar terbabit. Apa yang Mc nampak, ada rangkaian terbesar disebalik pengedaran dadah disini. Pembekal, Pemilik hotel, pengedar dan konco bawahan. Mc juga diberitahu bahawa pengedar terbesar pun selalu singgah dihotel berkenaan untuk memberi stok baru kepada pengedar.

Apa yang Mc tak faham kenapa aktiviti yang bergiat cergas ini tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa? Kongsi gelap cina melakukan aktiviti sebegini dengan sewenang-wenangnya. Takkan nak tunggu ada orang buat report baru nak bertindak?



Dadah adalah musuh nombor 1 negara. Dadah jenis sintetik seperti syabu, eramin 5 dan estacy merupakan dadah jenis baru yang boleh merosakkan saraf otak seseorang yang mengambilnya. Jika kita terus membiarkan aktiviti sebegini berlaku, ia akan membahayakan generasi kita akan datang.

Kenapa sejak Pakatan Haram berkuasa di Selangor, aktiviti dari kumpulan kongsi gelap semakin cergas? Apakah ada dalang disebalik semua ini? Parti DAPigs sepert yangi kita tahu, merupakan parti politik yang amat berkait rapat dengan kongsi gelap. Apakah ada ahlinya yang terbabit dengan 'bisnes gelap'?

Patutla exco dan geng-geng DAPigs kini semakin kaya. Rupanya mereka ada bisnes gelap untuk menyara kehidupan mereka. Mahukah kita biarkan orang sebegini berkuasa dan memerintah kita?

Pastinya Mc tidak akan berhenti menyiasat dan membongkar masalah sosial di Selangor dan kesan selepas pemerintahan dua tahun Pakatan Haram di Selangor!

MctHeory:
Masalah sosial selalu dibabitkan dengan BN yang kononnya mengamalkan sekular. Tetapi sekarang, sejak Pakatan Haram berkuasa, semakin teruk pula nampaknya kegiatan sosial di Selangor. Jadi apa pendapat anda?