Sponsor

Memaparkan catatan dengan label isu air kedah dan penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu air kedah dan penang. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

HOT! Datuk @MukhrizMahathir, Guan Eng Ni Mana Reti Bahasa Melayu!! #HanyaDiKedah



Guan Eng dok bising Kerajaan negeri Kedah minta duit air. Dia ni faham bahasa melayu ka tak faham. Dulu sekolah mana? Tu la sekolah pek kong, sebab tu bodoh tak faham bahasa melayu.

Cuba baca bawah ni, faham ka dak?

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membincangkan caj penjualan air mentah dari negeri ini kepada Pulau Pinang.

Beliau berkata ini susulan Lim dilaporkan meminta untuk mengadakan perbincangan namun belum menetapkan tarikh yang sesuai.

Mukhriz berkata Lim telah salah faham mengenai tuntutan kerajaan negeri Kedah itu kerana tuntutan itu lebih bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

"Itu yang kita hendak sampaikan kepada Guan Eng namun belum sempat kita nak cakap apa-apa dia dah tolak. Sebagai negeri berjiran banyak perkara kita boleh saling bantu membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 280 Guru Al-Quran Sukarela dan Bidan Kampung kawasan Parlimen Jerlun pada majlis berbuka puasa di Kampung Pida Tiga.

Mukhriz berkata perbincangan peringkat pegawai antara kedua-dua kerajaan telah dibuat dan boleh diteruskan pada peringkat kerajaan.

Lim sejak awal lagi menegaskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut oleh Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa Pulau Pinang tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Kedah membuat tuntutan untuk mengenakan caj tersebut atas alasan air yang dibekalkan adalah melalui Sungai Muda dan wang yang dikutip akan digunakan bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air di kawasan Empangan Pedu. - Bernama

McTheory:
Orang nak bagi senang kerja, bukan nak menyusahkan.. bodo guan eng ni..

Sabtu, 15 Jun 2013

PANASS!! Kedah Patut Tegas Dalam Isu Air Dengan Pulau Pinang!!


Selama berpuluh-puluh tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengemis belas daripada Kerajaan Negeri Kedah agar menyalurkan air mentah kepada negeri berkenaan. Ketika Pulau Pinang berada di bawah Barisan Nasional, masalah tidak banyak timbul ekoran negeri Kedah juga ditadbir oleh Barisan Nasional dan persefahaman mudah dicapai.

Namun apabila Pulau Pinang berada di bawah Lim Guan Eng dan DAP, lain pula ceritanya. Lim Guan Eng yang diketahui sangat gemar bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia seorang Ketua Menteri yang sangat hebat, pernah berkonfrontasi dengan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berhubung isu air mentah.

Lim Guan Eng berkeras enggan membayar walau satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Kedah walaupun pada masa yang sama, amat berharap Kedah tidak menyekat bekalan air mentah kepada Pulau Pinang. Apabila Azizan berkeras dan mengancam untuk memanjangkan kes berkenaan ke mahkamah menerusi proses undang-undang, Lim Guan Eng dengan segera mendapatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim agar mereka bertiga berunding bagi pihaknya dan bagi membolehkan Pulau Pinang terus menikmati air percuma dari Kedah tetapi mengenakan bayaran yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang.

Memandangkan pentadbiran negeri Kedah sudah berubah, manakala Lim Guan Eng pula masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sudah sewajarnya Kerajaan Negeri Kedah memperbetulkan semula segala kesilapan sebelum ini. Tiada yang percuma perlu diberikan kepada sebuah negeri di mana Ketua Menterinya cukup sombong dan angkuh.

Pemberian secara percuma tidak pernah dihargai oleh Lim Guan Eng mahupun DAP. Bahkan mereka beranggapan ia adalah kewajipan Kedah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kedah sudah kalah kepada Pulau Pinang dalam beberapa hal dan kes. Tuntutan Kedah untuk mengembalikan semula Pulau Pinang sebagai salah sebuah daerahnya, nampaknya semakin kelam dan tidak berpenghujung. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yang mahu menuntut Pulau Pinang agar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya, Pulau Pinang dibiarkan terus menjadi sebuah negeri sekalipun sebenarnya Kerajaan Persekutuan sendiri terikat dengan perjanjian menerusi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.

Sudahlah kehilangan dua buah daerah, nampaknya Kedah juga bakal kehilangan air mentah tanpa mendapat sebarang pampasan daripada Pulau Pinang. Lim Guan Eng mungkin berasakan dia seorang Ketua Menteri yang bijak kerana berjaya menakut-nakutkan Kedah dan pentadbiran negeri. Kali pertama dia berjaya menggertak dan memperdayakan pentadbiran Kedah yang diterajui Azizan Abdul Razak.

Adakah kali ini, ketika Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir, dia juga akan berjaya melakukannya?

Adakah Kedah akan terus memberikan khidmat percuma kepada Pulau Pinang, atau barangkali Kedah sudah mula memikirkan kaedah untuk mendapatkan pampasan atau bayaran daripada Pulau Pinang setelah sekian lama Kedah bertindak sebagai badan kebajikan untuk Pulau Pinang?

Kedahan69

Ahad, 23 Disember 2012

PANASS!! Sebab 20 Juta Kedah Sanggup Berperang dengan Pulau Pinang!! #TukarKedah


 Nampaknya isu air Kedah dan Pulau Pinang sudah sampai kemuncaknya bila wakil-wakil dari Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang saling bercakaran dengan statemend pedas masing-masing.

Bermula dari sidang Dun Bajet Kedah 2013 yang dimulakan oleh Azizan, kemudiannya disambut oleh Guan Eng yang menyanggah keyakinan Azizan, Guan Eng berkata bahawa tuntutan pembayaran air mentah itu adalah satu kekeliruan di kalangan pegawai Azizan di Kedah dan “Khalifah” kesayangan PAS itu menyuruh PAS Kedah “selesaikan” hal berkenaan dengan pegawai berkenaan.

Dalam bahasa mudah, Guan Eng enggan membayar sebanyak RM20 juta bagi harga air mentah yang diperoleh dari Sungai Muda yang asalnya mengalir dari negeri Kedah ke Pulau Pinang.

Begitu mudah sekali Guan Eng “menampar” dan memalukan Azizan Razak? PAS tak malu melihat Menteri Besar mereka “ditampar” begitu saja oleh DAP?

Mungkin berlakon dan cuba mempertahankan air muka Azizan, seteru politik dalaman Menteri Besar itu, Phahrolrazi Zawawi tampil baru-baru ini menempelak Guan Eng dan memaksa Ketua Menteri Pulau Pinang itu membayar tuntutan tersebut.

Malangnya, Guan Eng tidak mempedulikan langsung kemarahan Exco Kerajaan PAS Kedah itu dan hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa untuk menjawab gertakan Phahrolrazi.

Kata Jaseni, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu membayar tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kedah itu memandangkan Sungai Muda turut mengalir di dalam kawasan negeri Pulau Pinang dan mereka hanya menggunakan sumber air yang mengalir di dalam negeri itu sahaja.

Sekali lagi Pas Kedah dimalukan begitu saja oleh Dap.

Mc diberitahu, Pas Kedah tidak akan berdiam diri. Mereka akan menghantar rayuan ini ke Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku diantara kedua-dua Kerajaan Negeri.

Kesungguhan Pas Kedah menuntut bayaran rm20 juta dari Pulau Pinang, menunjukkan Kerajaan Negeri Kedah sememangnya sudah menghadapi masalah kewangan yang amat serius.

Nak tebang balak takut kena marah, sebab dah terlalu banyak tebang. Lebih 15000 hektar telah ditebang selama 5 tahun ni. Kalau ikutkan Pejabat Hutan, hanya 2000 hektar saja setahun, ni dah lebih 5000 hektar. Pas Kedah ada hutang 2 tahun setengah lagi.

Kalau tebang lagi, takkan Pas Kedah nak hutang balak sampai 10 tahun kot? he he.. Jadi mereka terpaksa paksa Pulau Pinang bayar air. Tu pun kalau Pulau Pinang nak bayar la.

Kalau tengok muka si sombong tokong Guan Eng tu, sampai bila-bila pun dia takkan bayar.

Biasa la Dap, mana nak kisah apa Pas cakap, sebab Pas ni dalam Pakatan hanya pencacai pacak bendera saja, sedangkan Dap antara bos besar. Mana ada bos nak peduli cacai macam Pas ni? he he..

McTheory:
Mat Sabu tu.. takat tukang gilap kasut Guan Eng saja... hehe