Memaparkan catatan dengan label kedai rakyat 1 malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai rakyat 1 malaysia. Papar semua catatan
Jumaat, 11 November 2011
GEMPAR!! Barang di Kedai 1 Malaysia Mahal?? Atau Pembangkang Bangang!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyifatkan dakwaan bahawa harga produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) lebih mahal daripada harga pasaran adalah tidak berasas kerana perbandingan yang dibuat adalah salah.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan itu yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua adalah satu pembohongan dan cubaan mengelirukan rakyat.
“Dia telah membuat perbandingan yang salah kerana membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk Carrefour Big Savers yang mempunyai perbezaan daripada segi kualiti.
“Dia sepatutnya membandingkan harga produk Kedai Rakyat dengan produk yang berjenama dan bukannya dengan produk yang tidak berjenama di pasaran,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
