Sponsor

Memaparkan catatan dengan label live stream kuliah pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label live stream kuliah pagi. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Ogos 2013

PANASS! Kenapa Ustaz Fathul Bari di Halang Memberi Kuliah Pagi di Sri Mentaloon? #KedahAmanMakmur


Siang tadi Mc ada menerima email dari pengunjung kuliah pagi di Sri Mentaloon,

Salam Tuan Mc,

Pagi tadi saya ke Sri Mentaloon untuk mendengar Kuliah Pagi. Saya memang tak pernah lepas peluang untuk mendengar Kuliah Pagi ni. Tambahan untuk minggu ni pulak dikatakan pihak urusetia kuliah pagi menjemput Ustaz Fathul Bari, Ulamak Muda UMNO yang memang disegani. Dengan penuh harapan saya dan kawan-kawan pergi awal untuk berjumpa Ustaz Fathul dan mendengar kuliah Ustaz Fathul, namun kecewa apabila pihak urusetia yang dikenali sebagai Cikgu Sukarno mengatakan Ustaz Fathul tidak dibenarkan memberi kuliah pagi di Sri Mentaloon.
Alasan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno, kononnya Ustaz Fathul Bari ni tak sama fahaman dan pandangan dengan Ustaz-Ustaz Kedah. Malah Ustaz Fathul dituduh sebagai wahabi dan takut menyongsangkan para pengikut kuliah pagi. Terkejut kami apabila Cikgu Sukarno kata macam tu. Apa punca dan sebab yang menyebabkan Ustaz Fathul layak dikutuk dihina dihadapan ratusan pengikut kuliah. Apakah Cikgu Sukarno tu seorang dari bijak pandai Islam? Kalau pandai kenapa beliau sanggup menjatuhkan maruah Ustaz Fathul di bulan puasa yang mulia ni?

Malah Cikgu Sukarno juga mengunakan nama Mufti Kedah kononnya Datuk Mufti telah memberi arahan untuk menyekat Ustaz Fathul dari memberi kuliah. Minta tolong Tuan Mc untuk menyiasat perkara ini dan kami para penyokong Ustaz Fathul masih tidak berpuas hati dengan larangan untuk Ustaz Fathul memberi kuliah.
Peminat Setia Kuliah Pagi

Selepas Mc baca email dari pembaca, Mc terus menghubungi rakan yang turut berada disana pagi tadi. Memang betul, Ustaz Fathul Bari (UFB) tidak dibenarkan memberi Kuliah, malah penghinaan Cikgu Sukarno terhadap UFB juga adalah benar.

Untuk mendapat kepastian, Mc cuba tweet UFB untuk mendapatkan penjelasan,



Namun hampa apabila UFB enggan mengulas lanjut. Tapi dari 'tweet' biarlah rahsia yang beliau reply tu, bermakna memang ada something wrong somewhere la!


Mungkin ada perkara yang perlu beliau sembunyikan. Cuma sekarang ni Mc nak tau kenapa Cikgu Sukarno berani kata dan cakap bukan-bukan terhadap UFB?

Apakah perkara ini berkaitan dengan politik?

Mat Sabu syiah pun boleh dibenarkan ceramah, Anwar Ibrahim liberal pun boleh ceramah, YB DAP yang tak basuh pungkoq pun dibenarkan ceramah dalam masjid. Kenapa seorang Ulamak muda tak boleh?


McTheory:
Kerajaan negeri perlu pantau, ada yang tak kena ni..

Sabtu, 13 Julai 2013

PANASS!! Gambar Menarik Mukhriz Mahathir Menerima Kunjungan Penceramah Dari Lubnan! #HanyaDiKedah





Inilah keadaan dalam bilik menunggu, Datuk Mukhriz sempat beramah mesra bersama penceramah jemputan dari Lubnan, Dr Shiekh Jamal Saqr Al-Husainiyy. Turut sama ialah Alfadhil Mufti negeri Kedah.

Rakaman Kuliah Pagi tadi boleh tengok kat bawah,



Streaming live video by Ustream

Sempena bulan ramadhan, perbanyakan aktiviti ke majlis ilmu. Tambah pahala tu..kuliah pagi kat Sri Mentaloon ni ada tiap minggu. Jangan lepaskan peluang.. kalau tak boleh pi ke Sri Mentaloon, tunggu setiap hari Sabtu pukul 9 pagi. Live stream dari kami.

Dari Kedah untuk orang Kedah.. www.KedahLive.Tv

LIVE Stream! Kuliah Pagi Bersama MB Kedah dan Penceramah Jemputan Dari Lubnan! #HanyaDiKedah




Streaming live video by Ustream

Live Stream dari Sri Mentaloon Rumah Menteri Besar Kedah, bersama Datuk Mukhriz, penceramah jemputan dari Lubnan Dr Sheikh Jamal Saqr Al-Husainiyy dan Al Fadil Mufti Kedah Kedah sendiri.

Boleh juga tengok live stream di www.KedahLive.Tv dan KedahLive.Blogspot.com

Sabtu, 6 Julai 2013

LIVE! Kuliah Pagi Dari Rumah Menteri Besar Kedah! Rugi Kalau Tak Dengar!!



Streaming live video by Ustream

Bersama Syiekh Alaudin Dato Abu Bakar Pegawai Agama Daerah Kota Setar dan Syiekh Mohd Naim Hj Ahmad Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Boleh juga ikuti di www.kedahlive.tv dan Kedahlive.blogspot.com

Sabtu, 29 Jun 2013

INFO! Live Streaming Kuliah Pagi Dari Sri Mentaloon Terganggu Akibat Masalah Teknikal!


Salam semua, pagi ni Mc nak minta maaf sebab Live Stream Kuliah Pagi dari Sri Mentaloon rumah Menteri Besar Kedah tak dapat dilakukan atas masalah teknikal yang tak boleh dielakkan.

Kuliah Pagi tu tetap berjalan di Sri Mentaloon, cuma Live Stream saja dah takdak, Insyallah minggu depan ada rezeki kita sambung balik Live Stream ni.

Harap Maaf..