Memaparkan catatan dengan label mahfuz omar mangkuk ayuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahfuz omar mangkuk ayuh. Papar semua catatan
Sabtu, 30 Jun 2012
TUDIAA!! Mahfuz Omar Buat-Buat Tunjuk Terer Lagi!!
Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu. Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.
Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.
Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional. Justeru, tiada isunya di sini. Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar.
Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?
Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti. Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.
Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional. Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan. Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.
Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya .
Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun. Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang.
Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan. - BB
Khamis, 7 Jun 2012
TUDIAA!! Lagi Projek Mahfuz di Pokok Sena, Masuk Angin Keluar Asap!! #SaveKedah
Pendedahan di bawah telah dibongkar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Dan blog CTS menyambutnya dengan sebuah pendedahan bergambar yang menarik.
Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena adalah sebuah projek yang melibatkan dana sebanyak RM230 juta. Ianya meliputi 1,811 buah rumah termasuk 579 rumah kos rendah. Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Seri Temin Corporation, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini telah dilancarkan oleh Kerajaan pakatan Haram Kedah 30 bulan yang lalu!
Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena adalah sebuah projek yang melibatkan dana sebanyak RM230 juta. Ianya meliputi 1,811 buah rumah termasuk 579 rumah kos rendah. Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Seri Temin Corporation, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini telah dilancarkan oleh Kerajaan pakatan Haram Kedah 30 bulan yang lalu!
Semasa bulan Januari 2010, Kerajaan Kedah telah mengumumkan sebanyak 128 unit rumah teres dua tingkat telah dapat dijual untuk fasa pertama berjumlah RM140,000. Projek ini sepatutnya dapat menyelesaikan masalah perumahan di Kedah, terutamanya Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Lihat apa yang berlaku sekarang. Uztaz Azizan sama kurang lebih dengan Nik Aziz. Sana sini umum projek. Sana sini buat upacara pecah tanah. Akhirnya semua terbengkalai!
McTheory:
Projek Mahfuz, masuk angin keluar asapp!!
Ahad, 8 April 2012
PANASS!! Mahfuz Terkena Penyakit 'Tarik Mengkarung'!! @MahfuzOmar
Mahfuz laaa Mahfuz oii... cuba la jangan dok buat lawak bodo teruk-teruk sangat. Cuba hang buktikan dulu, kemudian baru la tuduh. Kalau nak tuduh tu, bawa keluaq bukti sahih. Tunjuk kat kami kata benda tu wujud, dan bukan rekaan hang semata-mata. Kalau setakat cakap, budak tadika pun pandai kelentong bro.
Ahad, 1 April 2012
TUDIAA!! Rahsia PERIBADI Mahfuz Omar PECAH Tersebar di Alam Maya!!
Langgan:
Catatan (Atom)









