![]() |
| Gambar Anwar dan John Malott |
Pada sesiapa yang hairan apabila baca tajuk diatas, itu adalah reaksi biasa. Sama juga seperti Mc apabila membaca tulisan bekas Duta U.S ke Malaysia John Malott. Terbitan Asia Wall Street Journal, semalam. Adalah menyedihkan apabila John yang menetap di Malaysia sekian lama boleh menerbitkan satu artikel yang menyindir DS Najib dan kepimpinannya. Apakah ada niat tak elok disebalik tulisnya itu? Atau ada dalang yang menyuruhnya? Pada yang belum baca boleh klik sini.
Bagi pendapat Mc, sememangnya masih ada perasaan perbezaan kaum didalam rakyat Malaysia, tapi ia tidak seteruk apa yang Malott (Jenglott) katakan. Mungkin perbezaan Agama dan adat yang menyebabkan kita agak renggang berbanding kaum Indonesia yang serba serbi rojak. Kita bukan begitu, kita masih amalkan kepercayaan Agama dan adat masing2. Walaupun ada perbezaan, namun kita masih lagi hidup aman damai dibumi bertuah ini, tak ada porak peranda, tidak ada kacau bilau, walaupun ada sekerat dua yang cuba untuk menganggu gugat keamanan negara.
